Assalammualaikum readers,

Neutrogena,seindah namanya sebaik kualiti produknya.Bertahun irda pernah dengar nama ni dan pasti anda  dikalangan pembaca pernah guna produk pencuci muka dari neutrogena dan pastinya masih setia menggunakannya hingga kini.Ternyata pilihan anda memang tepat.

Irda yang baru menggunakan neutrogena seminggu  terus melekat dengan netutrogena dan rasanya akan menjadikan Deep Clean dari neutrogena ni benda wajib dalam listing shopping barang keperluan.Jatuh cinta dengan keberkesanan produk neutrogena,

Irda pernah share kan sebelum ni yang irda  pernah buat rawatan di wellness clinic dan baru-baru ni irda pernah buat fractional C02 di medicSpa.Cost?JANGAN kira lah,banyak juga lah habis duit,bukan ada masalah muka apa sangat pun,saja gatal nak mencuba,Perempuan kan,obses pada kecantikan.Motifnya nak kurangkan bekas lubang jerawat,huhu...

Sudahnya bila terdedah dengan treatment FRACTIONAL CO2,kulit wajah jadi kering pula rasanya,dan ia satu masalah bila terasa kering dan kalau sentuh wajah bagaikan kertas pasir.Huhu dahsyat perumpamaan tu,jadi irda macam malas dah nak buat treatment ,facial ka,malas,,lantaklah situ kan.Faktor kesibukan kerja dan lambakan kerja juga buat irda abaikan bab penjagaan wajah.

Finally,satu hari tu irda dapat email dari neutrogena untuk try product mereka,Irda yang kebetulan tiada pencuci muka yang irda setia gunakan hingga kini,kejap pakai jenama A,kejap pakai jenama B,jadi irda tak dapat bezakan kualiti sesetengah produk.Jadi why not cuba produk baru kan?

No automatic alt text available.

Paling best irda dapat satu parcel yang sangat comel dan dalam tu ada 3 jenis produk pencuci untuk irda cuba bersesuaian dengan masalah kulit yang irda alami sekarang.Packagingnya sangat cantik,dihantar ke rumah dengan kotak yang menarik.Suka sangat hati ini..:)senyum seharian bila dapat parcel ini..

Deep clean Blackhead Eliminating Daily scrub by Neutrogena
Packaging yang sangat menarik.

Bila tengok tiga jenis produk pencuci Deep Clean neutrogena ni dalam kotak ni,alahai sayangnya nak guna.sebab comel sangat,Dalam kotak yang cantik ini irda dapat 3 jenis produk :

1.Deep clean hyrating-foaming cleanser
2.Deep hydrating cleansing oil to foam
3.Deep clean blackhead Eliminating Daily Scrub

Setiap satu produk irda picit dengan kuantiti yang sikit je,sebab sayang takut cepat habis,tapi walaupun sikit,bila basuh ke muka ia cukup untuk satu kali basuhan.berat 100g kalau macam ni boleh tahan berbulan-bulan ni,mesti boleh jimatkan.

Deep clean Blackhead Eliminating Daily scrub by Neutrogena
warna yang sangat lembut
Bila hidu setiap pencucinya,bau harum dan segar.Warna nya pun menarik,Deep hydrating cleansing oil to foam warnanya kebiruan sikit,dan Deep clean blackhead eliminating daily scrub tu macam colour peach sikit.To be honest,irda suka guna ketiga-tiga deep clean dari neutrogena ni.Walaupun pernah menggunakan pelbagai pencuci muka di pasaran sebelum ni,ada yang lebih mahal dari neutrogena ,tapi tetap deep clean dari neutogena yang best.Yang paling irda suka  sekali ialah Deep clean blackhead Eliminating Daily scrub.
i fall in love with neutrogena


6Tahu sebab apa?
Bila irda pakai ,selalunya waktu pagi sebelum pergi kerja dan apabila balik kerja.
Pagi tu bila pakai irda rasa segar sangat,dan kalau balik kerja,selalunya bila seharian pakai speck mata dan menghadap laptop di office,mata irda terasa letih dan kuyu je,tapi lepas cuci muka dengan Deep clean blackhead eliminating daily scrub by neutrogena,bukan sahaja kulit muka rasa anjal dan tegang,ia juga menyegarkan mata dari keletihan.



Deep clean Blackhead Eliminating Daily scrub by Neutrogena
Abaikan selendang yang basah tu,ni sebab nak tunjuk betapa i begitu ikhlas menggunakannya.hehe..sambil pegang camera sambil cuci muka.

Deep clean Blackhead Eliminating Daily scrub by Neutrogena
Another close up!fhew..segar betul lepas cuci muka dengan daily scrub neutrogena ni.
Yang paling buat irda suka Deep clean blackhead eliminating daily scrub,  irda guna dua kali sehari.Sebelum ni bila irda sentuh kulit wajah,selalunya rasa berpasir-pasir,macam ada pokok nanas tumbuh agaknya,huh!tapi sejak gunakan Deep clean blackhead eliminating daily scrub,agaknya dia cantas kulit-kulit mati di wajah.Sebab tu bila sentuh pipi terasa lembut sahaja.

Deep clean blackhead Eliminating Daily scrub
Suka pegang pipi sendiri sekarang.Me selepas cuci muka dengan neutrogena deep clean.
Deep clean blackhead Eliminating Daily scrub yang paling irda suka ni juga selain ia mampu mengikis sel kulit mati,ia juga membantu mengecilkan liang pori-pori dan menghilang bekas -bekas jerawat.Sebab tu lepas pakai kulit wajah terasa bersih dan bersinar .
irda makin suka pegang wajah sendiri,terasa anjal dan tegang,kadang-kadang picit-picit pipi sendiri,kadang-kadang tampar-tampar manja pipi sendiri..sebab rasa seronok pula,rasa macam menguli tepung untuk buat donut rasanya..haha,punyalah lembut je rasa...

Image may contain: one or more people, selfie and close-up
muka masih terasa lembap lepas mencucinya.
ye uols,percayalah..kalau nak feel macam irda feel,uols cubalah Deep clean blackhead Eliminating Daily Scrub.Irda punya teruja,siap suruh adik bujang lelaki irda guna,lelaki kan,kulit muka lagi lah kasar-kasar,once dia guna,asyik nak mintak je guna lagi.kalau nak lagi beli sendiri.Cause this packaging is mine!huhu

Then irda suruh mak pula guna,mak pun cakap dia nak pakai jugalah deep clean neutrogena ni,memang rasa lembut je pipi tau!

Anak irda umur 9 tahun pun pandai dah nak menggunakan neutrogena,.
Bila balik sekolah,muka penat-penat kalau ada aktiviti ko -kurikulum mesti nak cuci muka
"mama ,alya nak pakai neutrogena mama ya!"wahh suka nya dia...ni rasa nak sorok dari semua orang ni,sebab sayanglah nanti cepat habis.

Haa kalau irda dah bagi adik ,anak dan mak sendiri guna,maknanya irda amat sukakan neutrogena ESPECIALLY Deep clean blackhead eliminating daily scrub!serius lepas ni nak cari dan beli buat stok di rumah untuk kegunaan satu keluarga.

Lagi satu lepas irda cuci muka  dengan menggunakan Deep clean blackhead eliminating daily scrub,bila kita sapu pipi dengan foundation rasa smooth je. Dahulu ada kawan office tegur irda kalau foundation nampak muka kering,alhamdulilah sejak seminggu pakai neutrogena rasanya dapat kurangkan sikit kulit kering di wajah dan tiada lagi foundation bertompok-tompok akibat kulit yang kering,Deep clean blackhead Eliminating Daily scrub dari neutrogena telah mengatasinya.Terima kasih neutrogena,Iloveyou!

Deep clean blackhead Eliminating Daily scrub
Deep clean blackhead Eliminating Daily scrub 


So kepada readers yang tercari-cari produk yang terbaik dengan masalah kulit kering seperti irda,bolehlah cuba Deep clean blackhead Eliminating Daily scrub neutrogena ni,Serius tidak akan kecewa dan yang pastinya lebih hemat dalam berbelanja untuk produk kecantikan.

Irda rasa lepas ni tak perlu lagi rawatan facial ka,wellness di spa ka,neutrogena sudah ada boleh cover all the treatment,more cheaper,less cost and jimat masa juga.Kita boleh lakukannya dirumah bersama keluarga tersayang.

Bak kata iklan TV,buat apa bayar lebih kalau kita boleh dapat yang lebih baik dengan harga yang lebih murah.Jika rawatan wellness makan belanja ribuan ringgit ,kenapa tidak untuk Deep clean blackhead Eliminating Daily scrub yang harganya hanya RM20++  untuk 100g .

irda telah membuka minda,dan menetapkan hati,jika ingin mencari pencuci muka,pastinya deep clean neutrogena pilhan hati,and bila lagi?

24/7  Happy skin-happy ME!

daa....







thank you for reading this entry...appreciated :)

6 Comments

Thank you,come again :)

  1. Pernah cuba produk ni dan memang best. Rasa bersih je kulit lepas guna tu.

    ReplyDelete
  2. Laki pun boleh guna ke produk ni? hahaha rasa macam nak try pula sebab ada blackhead juga dekat hidung ni ha

    ReplyDelete
  3. yang penting kena kasi licin muka kan

    ReplyDelete
  4. Bersihnya kulit Irda . Nadia pakai safi rania gold tue . Produk tue elok utk kulit Nadia jadi Nadia malas nak tukar produk buat masa nie.

    Entri irda pasal neutrogena nie convinced me to try plak . Tgk lah nnt one day if tiba2 nak tukar baru bleh cuba. =)

    ReplyDelete
  5. product ini mmg buat kulit licin dan bersih..

    ReplyDelete
  6. menarik.yaya suka guna scrub..scrub muka skrng yaya guna safi gold.ok jgk..
    tp itu cuma boleh guna 2-3 x seminggu je..yg Kak Irda guna ni boleh guna hari2 ye..? wahh bgusla..mcm nak try juga ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post