As salammualaikum readers,merujuk entry irda  sebelum ini,tentang ASB2 dan ASB,ramai pula yang wassap,yang call dan ada juga yang email yang brtanyakan hal itu,ada juga yang mengadu buat asb loan macam ini dan macam itu.


irda ingin jelaskan disini,dividend tiap bulan itu tiada untuk ASB,di ulang tiada untuk ASB,dividen setiap bulan.Cuma bila anda buat loan asb,yes setiap bulan anda still kena membayar dan dividend diagihkan setiap tahun berakhir,contohnya untuk ASbB1 bulan January,dan ASB2 bulan April.Mungkin ada percanggahan bahasa dalam entry sebelum ni,hingga ada readers yang tertanya-tanya dividen tiap bulan?hehe...

Persoalan anda tentang ASB LOAN dan dividen 

 Apa maksud dapat dividen secara berterusan?

Yang dimaksudkan untuk anda mendapatkan dividend berterusan dari PNB adalah dengan ada semua jenis pelaburan dengan PNB.Setiap akaun berbeza bulan penerimaan dividennya dalam setahun.

 

Jika anda ada semua jenis pelaburan PNB seperti ada akaun :ASW2020,AS1M,ASM,ASN,ASG(Amanah Saham Gemilang Pendidikan,Persaraan,dan  Kesihatan),ASD,ASN2,yang mana anda boleh simpan dengan menggunakan wang sendiri(tiada loan)atau pun potongan dari epf(seperti unit amanah yang lain),jadi mungkin anda boleh menerima agihan dividen yang berterusan.

 ingat tau,tiada loan untuk akaun-akaun tersebut,kena simpan guna duit sendiri.,Hanya ada loan untuk masa ini adalah ASB2 dan ASB,ini anda boleh apply dimana-mana ejen perbankan yang menyediakan facility tersebut.

Dan sebelum anda buka semua jenis akaun diatas,anda kena bertanya dulu apakah jenis simpanan akaun tersebut,fixed income atau variable fund ya,cause ada yang RM1=RM1 for pincipal,dan ada juga variable RM1:variable.Jadi kena bertanya dengan lebih terperinci,dan pilih ikut matlamat kewangan anda.Kalau buka semua akaun pun takde masalah,pelbagaikan jenis simpanan kan..

kalau ada banyak kad kredit,kenapa tidak ada banyak buku simpanan kan?

 
contohnya:ASG & ASN2 macam anda menyimpan dalam unit trust
boleh pakai cash atau potongan dari EPF.


Loan ASB

 


Untuk Loan  ASB pula,anda kena walkin dekat bank untuk tahu any promo pada masa tu.So far,hingga April ini,apa yang irda tahu,CIMB offer special rate 4.8% interest rate kepada mana-mana pelanggan yang apply loan asb dengan mereka.Tapi adalah term&conditionnya.Cause kebanyakan bank sekarang interest rata ASB loan adalah 5.2% dan ada juga yang 5.3%.Jadi anda sebagai pelanggan,kena bijak compare promo ni,kalau boleh tawaf je semua bank yang ada loan asb dan ambil setiap brochure untuk buat perbandingan terlebih dahulu sebelum sign up ok.


Jika buat asb financing ataupun asb loan.Apa yang perlu anda buat perbezaan samada loana sb di Maybank kah,loan asb di CIMB kah ,RHB kah atau pelbagai lagi yang menjadi agen kepada PNB.


  • -interest rate untuk loan
  • -any lock in period
  • -insurance for loan
  • -interest for late charges


jangan compare dividen asb pula,setiap bank dividen sama je,sebab dividen tu dari PNB,bukan dari bank,Bank hanya menyediakan facility.Kena faham tu.

interest for late charges?

Jika loan asb lambat dibayar lebih dari due date,ada charges kah?

Semua sedia maklum,bila buat pinjaman dengan bank,sudah semestinya ada tempoh bayar,selalunya due date untuk repayment adalah setiap 1hrbln,jadi jika anda gaji 7 haribulan tiap bulan,kenalah stanby awal gaji bulan lepas untuk pembayaran loan asb bulan ini.Kalau lewat nanti kena late charges pula kan.

Macam mana pengiraan late charge jika lambat bayar loan asb?

contohnya.


Setiap 1 hb kene bayar installment Rm1049/month, then uols terlupa, terlewat, terbusy, uols  bayar pada 7hb, so dah lewat selama 6hari.
Jadi interest yg dikenakan adalah:
RM1049 x 6 ÷ 365 x 1% = RM0.17 (credit to:affandi ibrahim,my CIMB consultant)

sebab tu kalau boleh buat je auto debit untuk bayaran bulanan tu untuk elakkan terlupa membayar.Ingat tau,dua bulan anda tak bayar loan,selalunya bank akan terminate loan dan jual sijil anda .

Kelmarin ada client saya bertanya,saya kena bayar ke bank RHB penalti kak sebab pernah buat loan asb tak bayar.Sijil dah terjual ,perlu bayar juga ke?

Jawapan nya YA.Dulu kebanyakkan bank ada penalti jika batalkan asb loan dengan sengaja atau tanpa sengaja kurang dari 3 tahun.Penaltinya 3 % dari loan amount.Namun sekarang tiada lagi penalti jika anda batalkan loan.

Cuma sebelum anda batalkan atau buat tak tahu sahaja tanpa bayaran pastikan insurance anda ada cash value jika batalkan.Jangan biarkan dua bulan tak bayar sampai bank jual sijil.Kalau hasil jualan itu ada cash value ya oklah,bank boleh paid off tunggakan dua bulan tu.Tapi kalau tiada cash value dari pembatalan asb tu,nak tak nak,anda tetap kena bayar tunggakan loan asb.

Apa berlaku jika tidak bayar tunggakan loan asb yang sijilnya dijual oleh bank?

Nama anda akan ada ccris record.Anda akan menerima surat saman dari peguam bank. Nama anda sudah tidak boleh mohon apa-apa loan pun lagi.Jadi sebelum tunggakan itu terus bertambah kerana ada interest,jadi jangan abaikan.Selesaikan dengan segera.Sebab tu orang kata buat loan asb kena buat jika betul-betul faham.Ambil juga jumlah sijil mengikut kemampuan kita untuk membuat bayaran bulanannya.






thank you for reading this entry...appreciated :)

11 Comments

Thank you,come again :)

  1. Dulu2 labur asn waktu mula dilancarkan amat menguntungkan devidenya...la ni dh semakin susut setiap tahun.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing Irda..
    Lepas ni jelaslah apa itu AS1M..
    LZ terus setia dengan ASB..

    ReplyDelete
  3. Masa ASN dulu, tinggi dividennya tapi takde duit nak labor.
    La ni ASB seciput aje dividennya.

    ReplyDelete
  4. OK baru tahu. Baru terjawap semua persoalan dalam kepala ni. Btw, thanks for the info. kene pin entri ni.

    ReplyDelete
  5. baru tahu pasal perkara ni, good info irda

    ReplyDelete
  6. good info, meningkatkan kefahaman ttg pelaburan..

    ReplyDelete
  7. Memang jenuh nak jawab satu satu kan , tapi irda tetap bagi masa dan tuliskan garis panduan ni. bagus irda. keep it up! moga bermanfaat buat pembaca yg lain :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for the sharing. dah kena belajar-belajar dah pasal ni sebab nak kerja dan bergaji sendiri dah kan sekarang huaaa.

    ReplyDelete
  9. Menarik tapi yg paling menarik saya terjumpa perkataan "kebusyan".

    Hebat. Kalah dewan bahasa.

    ReplyDelete
  10. yaya buat maybank asb loan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post