HIMPUNAN NOTA-NOTA UGAMA UNTUK DIRI SENDIRI, DAN SOALAN-SOALAN YANG AKU CUBA JAWAB (SECARA UMUM, BUKAN SECARA PERSONAL) SEBELUM NAIK KERETA MAYAT.
Sejak mengikuti blogger hamka kereta mayat..walau bukan pengikutnya sejak dr awal tapi sejak diperkenalkan  aku mula  tertarik pd penulisan ceritanya walaupun  banyak lebih kepada 18sx walaupun tidak secara terperinci..tp lawak2 hamka cukup buat aku tergelak sorang..tp itu hakikatnya org lebih tertarik kepada cerita yg diselang seli unsur itu..kalau tidak hambar dan susah membuat org khusyuk untuk membacanya..sbb selagi org normal..pasti itu jadi humor dalam perbualan semasa mahupun pembacaan..pendekatan yang baik walau sesetengah org sukar nak menerima cara dia menulis..tapi dia tidak meniru sesiapa.itu caranya dia..dan kalau ada ustad mahupun ustazah menegur kerana kdg2 bahasanya agak kesat atau kurang sopan..itu cara dia...hanya org jadi diri sendiri akan menjadi lain dari yang lain.apabila org cuba mengikut kehendak org lain dan cuba menjadi org lain..percayalah ada sesuatu yg tidak kena dalam pencapaian dan kita gagal membuat kelainan kerana kita cuba meniru atau memenuhkan kehendak org lain..syabas hamka anda ada cara tersendiri...dan ku pun sudah teruja untuk membaca buku blogger hamka bertajuk permata yang hilang dan kerana keterujaan ku sudah membeli tajuk yang sama sampai dua buah...niat dihati untuk dihadiahkan pada seorang kenalan..moga ada yang baik untuk kami
ku promote sedikit dari blognya.#hamkakeretamayat..jgn terkejut bila membacanya kerana ia agak ganas dan kalau anda membacanya sambil minum kopi takut tersembur je nanti.jd pastikan anda tidak memegang apa2 bila membaca buku penulis blogger hamka

ok lupakan topik hamkakeretamayat
berbalik kepada tajuk ku yang agak makan dalam ni..ku ingin mengupas sedikit sebenarnya konsep dakwah dan nasihat.untuk pengetahuan aku bukan perasan bagus atau nak tunjuk bagus...aku selalu juga jadi pakar rujuk oleh kwn2..kdg2 dalam masalah cinta..masalah kerja..masalah rumahtangga..masalah nak motivate dlm kerja..masalah skandal cinta..walaupun ku bukan lah pakar kaunseling atau pakar motivasi bertauliah..kdg2 masalah aku sendiri pun sudah nak memecahkan kepala ku ini jd dua.kalau terbelah dua kepala ini maka almarhumlah aku dengan masalah2 dunia ku...tp aku semangat bagi karangan atau kata panjang2 kepada kenalan.mungkin kerana keinginan aku untuk menulis itu lebih banyak berbanding keinginan lain..sbb tu dlm keadaan gelap mahupun terang aku mampu menaip panjang2 kepada mereka yg malas buka buku tapi mencari aku di wassap mahu pun email..maka aku bermurah hati memberi nasihat yg dicedok entah dimana kepada kwn2 yg memerlukan makanan jiwa..terasa diri ada sumber riak disitu kerana perasan diperlukan.abaikanlah sesungguhnya aku wanita akhir zaman:..kdg2 bila aku sendiri ada masalah pun jdkan mereka pendengar setia

..jd boleh dikatakan dlm hidup brkawan selain menjadi ruang bergosip kdg2 kita perlukan kawan jd pendengar..aku taktahulah mereka mendengar dengan ikhlas atau saja nak amik hati aku kerana selama ini aku jd pendengar dan memuntahkan segala kata2 hikmah utk mereka kembali semangat..ternyata saat aku pula memerlukan mereka juga sudi..tahniah untuk aku kerana mempunyai kwn2 yg sudi memberi dan menerima.(terasa diri ini sungguh bahagia sebentar)

tapi hakikatnya sejauh mana kita boleh bercerita kepada org lain apa yg kita rasa kan..apa tekanan kita..tentu tidak lama kan..hari ini kita brcerita..mungkin sampai menangis teresak2..dan kwn kita menyabarkan kita ..tapi kalau esok kita bercerita lagi..mungkin mereka bosan dah..(eeh ko ni semalam cerita yg sama..aku dah bagi nasihat ko okdah..eeh hari ni cerita tu lagi..bila nak habis cerita ko ni)mungkin itu pada pandangan manusia bila anda kerap bercerita ttg diri anda..masalah anda..tp anda tiada penyelesaiaan

mungkin hari ini anda kata kepada rakan sekerja..aku xsihatlah beb..pening..n badan panas..dan mungkin kawan kita kata..berehatlah beb.penat sgt tu..takpun pergi jelah amik mc..bawak berehat dirumah..esok cuba anda datang kerja dan mengulang bende yg sama pasti rakan sekerja anda akan berkata dalam hati(nak mc lagi la tu)..walaupun  kita digalakkan husnudzon atau dalam istilah berprasangka baik..tp percayalah kdg2 manusia ini ada batas baiknya..sebaikmana pun imannya..kdg2 kalau acap kali diberitakan hal yg sama mereka akan mula bosan..itu hakikatnya manusia..kerana manusia itu xlepas dr bisikan syaitan

jd nak dimudahkan cerita..dalam apajua masalah hidup kita..selain bercerita pd kawan yg anda percaya..percayalah kebergantungan kita pd ALLAH yang satu itu lebih utama..ceritalah bagai nak rak sampai habis kopi berbaldi2..pd hakikatnya anda pulang kerumah...amiklah wudhuk dan solatlah..renunglah seketika..dengarlah muzik2 yg tenang..atau alunan al quran dan keluarkanlah airmata..dan selepas itu kita akan bangun dengan lebih semangat..dan percayalah tidak berlakunya sesuatu jika tidak untuk ALLAH jadikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yg lebih baik..

bila aku menulis entry baik2 atau kata2 hikmah baik2..ada seorang kenalan yg bagi aku baik auratnya..mungkin jugak lebih baik imannya dari aku pernah menyuarakan sesuatu pada aku..
kita tulis kita kena buat..tp bila kita tulis kita  takbuat..salah tu..kita bagi nasihat berapi2 pd org2..dan kadang2 kata2 hikmah berjela2 di wall2 fb..tp hakikatnya kita belum sempurna..mcm mana tu...rasanya lebih baik diam kan?aku hanya tersenyum..

tapi ingatkan kita pada cerita zaman nabi?seorang pelacur masuk syurga?seorang penari kelab yg hanya menghormati azan dijanjikan syurga?atau ingatkah kita pd seorang ahli ibadat yg sangat rajin dimasukkan neraka..atau ingatkah kita cerita org yang memberi air pada anjing dengan kasutnya..ingatkah ?aku xingat sebab tu aku bertanya..aku cuma pernah terdengar dan mungkin pernah terbaca tp aku tidak mampu menceritakan tarikh kejadian dengan begitu baik kerana faktor usia ku ini selain menyebabkan rambutku semakin banyak gugur ia menyebabkan tahap ingatanku dan penglihatanku semakin kabur...

aku xperlu samakan kamu atau aku seteruk pelacur tp akhirnya masuk syurga .nanti ramai pulak yg mendebatkan isu ini..cukup aku amik cerita ini..sebagai konsep pemahaman aku..dosa pahala ALLAH YG menilai..bukan kamu atau aku...jd apa salahnya kamu memberi nasihat pd org lain walaupun kamu tahu diri kamu tidak sebaik mana..daripada kamu terus memenuhkan wall fb kamu isu2 politik...atau isu2 yg tiada yg baik untuk dibaca..apa salahnya kamu kreatif sedikit dalam mengolah idea dan org lain membacanya lebih positif...bukan lebih menjadi pemarah atau menjadi lebih antagonis pada sesuatu isu yg aku dan kamu sendiri belum tahu samaada benar atau tidak.

Firman ALLAH surah al-fath:4"dialah tuhan yg menurunkan ketenangan ke dalam hati org yg beriman,supaya keimanan mereka bertambah drpd keimanan yg telah ada.kepunyaan langit dan bumi,dan Allah itu maha tahu dan bijaksana"
berasa tenang dan bersifat qanaah(berasa cukup)adalah satu nikmat hati yg patut disyukuri.bayangkan kalau hati kita tidak tenang dan kita sentiasa dilanda kegusaran..apakah yg terjadi pada perlakuan kita?wajah kita?ambil contoh yg dekat bila aku cermin diri sendiri...aku rasa tiada seri langsung di wajah..kepala terasa berat..dan respon pada sekeliling amatlah tidak baik..dan terfikir olehku apakah menyebabkan hati tidak tenang?jawapannya mudah apabila kita memikirkan hal dunia lebih drpd kita memikirkan hal akhirat.apabila kita memikirkan hal2 lain lebih drpd kita memikirkan hal kematian...sebb itu ada satu kata2 menyebut..jika kamu ingat pd ALLAH nescaya tenanglah hatimu..lapanglah fikiranmu..mudah untuk disebut tp kdg2 kita lupa...apalagi bila perasaan menguasai rasionalnya akal

"ko kalau bercakap ...bukan main lagi..cedok habis buku agama"itu mungkin sedikit komen kwn..ya aku brcakap cedok habis..tp xsalah kan aku memberitahu apa yg aku tahu..walaupun kdg2 aku juga lepas pandang dr mempraktikkannya..tp sentapkah kita bila diberi komen sedemikian.tidak...sbb org yg memberi komen ttg diri anda maknanya kita harus berterima kasih  dan  kita harus sedar diri bahawa kita ini dlm proses belajar dr hari ke sehari..jika kau sama dengan aku yg imannya itu masih dalam fasa ujian..dan jiwa kau itu masih mencari2 sesuatu..maknanya kau adalah manusia yg sentiasa berada dalam tahap yang masih boleh diperbaiki...kerana kita masih sedar bahawa diri belum sempurna...dan sebenarnya dakwah yg baik adalah memberi dakwah pd hati sendiri..face to ur heart..then baru face to others..

"hidup ini kena balance...50-50,,jgn baik sgt nanti org pijak..jgn jahat sgt nanti masuk neraka'statement ini sebenarnya agak memuakkan org yg mendengar..mana ada org yg baik tp jahat..org yg jahat tp hakikatnya baik.peningkan??.robbin hood kah kita mencuri harta org lain tp dengan niat untuk membantu org lain?

"aku bercinta...bergayut lama dengan awek..lepastu aku ingatkan dia ttg solat"atau "pagi2 subuh i call bf i..kejut dia bangun subuh."sejak aku kenal dia ni jarang aku terbabas subuh..."atau..."walaupun kitaorang dating..tp time solat kitaorang berhenti untuk solat"
walaupun kat rumah i kdg2 solat diakhir waktu.bila ngan bf/gf terus solat awal waktu..yelah nak tunjuk i ni bakal suami yg baik untuk memimpin"ini baru disebut cerita atau statement tentang solat..belum bab2 lain...
disini aku tidak mahu menjadi ustazah segera untuk menghuraikan hukum bercinta..atau berdua2an dengan bukan muhrim..sbb aku yg hina tidak layak untuk menghuraikan isu itu...cuma disini aku cuba memahami satu situasi..adakah kita bertopeng agama dlm bercinta?berapa org yg menyebut NAMA ALLAH dalam perbualan dan perbuatan..kita sedang melakukan larangannya..tp pd masa yg sama kita melakukan suruhannya...kita kalau brsama tidak berasmara dana..bukan cintalah namanya kan..tp berapa pula org bercinta itu lebih positif dlm hidup..contoh seperti diatas..mungkin lebih rajin solat untuk meminta ALLAH memudahkan perjalanan hubungan..mungkin solat sunat lebih banyak supaya diteguhkan perasaan pasangan..semuanya mengharap pd DIA yg satu..sbb tu kdg2 kalau cinta yg kena pd jalurnya pendekatan diri pd ALLAH itu lebih kuat,,tp kalau cinta hanya bertopeng agama pula..bila diri dirundung pilu..habis solat tah kemana..takdir ALLAH pula disalahkan kononnya kenapa ditakdirkan aku bertemu dengannya..habis semua sifat2 baik..dan jika cinta bertunjangkan nafsu...lain pula jadinya...jadi pada pandangan aku.yg hina ini..kerana dlm proses belajar..biarlah kita dikatakan menggunakan agama untuk memikat hati gadis..konon lelaki budiman akhir zaman..menyuruh bf/gf perkara yang baik2 dan mengingatkan ttg solat..biarlah kita dianggap ntah apa2..dan  dikira begitubegini..tp hakikatnya kamu cuba melakukan sesuatu iaitu berpesan2 pada kebaikan..samada kamu ikhlas atau nak menunjuk alim..hanya kamu yang tahu..dan ALLAH yg tahu..tp percayalah satu perbuatan kalau dilakukan tidak ikhlas..percayalah bahagia itu sukar dicapai..sbb itu walaupun konsep bercinta itu salah(sila rujuk ustazah bertauliah..kerana aku bukan orgnya)..tp melestarikan cinta penuh dengan unsur nasihat dan kebaikan...hanya kamu dan TUHAN mu yg maha mengetahui.siapa org lain untuk menilai ikhlas atau bertopeng agama kah kamu..dan siapa manusia menilai dosa pahala mu..syurga atau neraka kah akhirmu..suul khotimah(buruk) atau husnul khotimah(baik) kah kematian aku dan kamu..

"kamu solat..tp pakai ketat"..tapi .bagaimana pula yg bertudung dan berlengan panjang ..siap pakai sarung tangan..tp solat tidak pernah?bukankah solat itu wajib,jika tidak dilakukan..maknanya ibadah lain sia2..aku beranalogi  sendiri lagi..bagaimana pula yg solat..tp xlepas mengumpat..ahh sekali lagi prsoalan demi persoalan menerjah fikiran..apa salahnya yg bertudung dn sentiasa berpakaian longgar itu menggunakan sedikit masa dr membalas msg2 atau menggerakkan jejari membaca newsfeed fb utk solat..khusuk atau tak belakang cerita..yg penting cuba gerakkan kaki tu dulu...lama2 khusyuk akan dtg sendiri..boleh ke jawab?mungkin dia belum dpt hidayah..tp hidayah menutup aurat dah ada?atau yg solat tp berpakaian ketat..mungkin sbb hidayah belum dpt..tp solatnya complete 5 waktu..pening aku pening..inilah kelumit masalah muslim akhir zaman..dan aku sebahagian dari umat ini..

dan ketika aku memerhati dr sudut pandang berfikir seperti org ilmuwan(walaupun hanya ilmu ku setitis berbanding ilmuwan2 lain..aku tetap dengan caraku suka berfikir hingga berkerut2 dahi sendiri.nasib ku sudah kahwin if not mesti xde org nak dah sebab asyik berkerut je...hheeh)..n.kdg2 kita terlalu sukar mentafsir org..aku pernah melihat awek pakai skirt dtg surau untuk solat..pernah nampak wanita2 ala2 pengkid solat dengan memakai telekung pun mcm ganas..aku nampak..dan sempat berbual..itu cara mereka..dan andailah ada org yg melihat mereka hanya bertopengkan agama untuk meminta sesuatu tp belum sempurna akhlaknya..org itulah harus memperbetulkan pemikiran dulu..aku bukan suruh kamu untuk berkelakuan pelik dan kemudiannya sujud pd ALLAH..CUMA aku nak tekankan disini..akhlak & ibadah yg sempurna adalah lambang muslim sejati..tp ada sebahagian kita akhlak sempurna ibadah belum tentu..dan begitu sebaliknya...itu aku nak tekankan..kita bukan siapa2 untuk menilai org..jd lepas ni kalau nampak org begitu..jgn sesekali berprasangka.kerana baik buruk org kita belum pasti berjaya untuk menentukannya..only ALLAH knows!(pinjam kata2 hamka)

Dan ada juga org yg menawarkan sesuatu pd org lain menggunakan agama untuk meraih perhatian org lain..'Demi ALLAH"sy ajak anda join business ini kerana ingin membantu anda sama2 kaya..sama2 berjaya...kerana itu yg dituntut dalam agama..anda cuma keluarkan modal sebegini dan carilah lagi ahli lain untuk berjaya juga"tidak dinafikan mmg benar ada org2 yg benar2 ikhlas untuk membantu org lain sama2 berjaya dlm business atau apa saja yg diceburinya..konsepnya mudah..anda ingin membantu..bila yg dibantu berjaya..anda pun sama2 berjaya...tp bila anda ingin membantu..yg ingin dibantu tidak mahu ikut serta atas alasan tertentu..anda berasa tidak puas hati dan terasa kwn anda yg rapat sebelum ini tidak mempercyai anda ttg apa yg anda ingin promosikan.disini anda jgn sampai disebut bertopeng agama..konsepnya mudah..jika niat anda ikhlas untuk membantu org lain kerana ALLAH swt tp yg ingin diberi bantuan belum sudi atau belum mahu ikut serta biarkan saja..jgn sampai ada benci dan berkata:berlagak..org nak tolong xnak pulak"cukup anda berkata..tak apa nanti kalau terbuka hati untuk join.. dtglah ya."disini konsep ikhlas itu harus dan perlu..jika tidak hari ini dia ikut serta mungkin esok..tp ada juga org yg berkobar2 memberi taklimat kepada kwn2..tp bila kwnnya tidak mahu ikut serta disebabkan alasan2 tertentu sampai ada yg memutuskan silaturrahim sedangkan"sesiapa yg ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menjalinkan silaturrahim"dimana konsep agama itu kita letakkan?


 


aku berhenti sejenak dengan memberi pic air terjun untuk menenangkan minda sebentar sebelum jejari aku terus menari menaip dengan lebih laju..untuk pengetahuan pembaca semua yg focus pada pembacaan aku..aku menulis tajuk ini bukan pula untuk menunjuk baik..tp sebenarnya aku sedang bermonolog dalam sendiri..walaupun aku menulis ni banyak lagi kerja rumah aku yg tertangguh..kain minta dilipat ..rumah minta disapu..oleh kerana ketagihanku pd penulisan ini..akan ku settlekan semua tu nanti..if not neuron dan bendalir dalam otak aku tak mampu berehat dengan tenang...

lagi satu contoh aku cuba tuliskan adalah di majlis keramaian..setiap kali ada kursus..atau2 apa event atau apa mkn2 yg aku dijemput dengan terhormat(perasaan dihormati)satu perkara aku cuba elakkan adalah makan berdiri macam org putih atau mkn bercampur darat dan laut..tp setiap kali aku cuba elak..setiap kali itu aku gagal..kdg2 aku pelik...tidak tahu kah kita makan secara berdiri itu sebenarnya tidak elok untuk kesihatan.dalam islam juga dilarang..tp mengapa setiap kali penganjurnya adalah org islam kdg2 gagal menyediakan kerusi yg cukup.sampai kebanyakan peserta kursus bila waktu tea time atau break terpaksa berdiri sambil minum dan makan..pernah juga suatu masa dulu bila aku teringat hadis nabi.

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”

aku yang berlagak muslimah walaupun hakikatnya tidak terpaksa mencari kerusi untuk duduk hanya untuk menikmati makanan pagi..maka berjalanlah aku dr hall maknan untuk masuk kedalam dewan untuk duduk sendiri di penghujung itu hanya untuk makan dan minum secara beradab!tahniah untuk aku walaupun nampak rock tp hati aku sentimental..siapa percaya dalam kekecohan aku sanggup memencilkan diri hanya utk mkn ikut sunnah nabi:) tp kdg2 aku pun leka juga...ada jugaklah suatu hari di suatu keramaian tu aku terpaksa minum dan makan berdiri dalam kelompok kwn2 sebab aku rasa nak menyembang dengan mereka..ciss..syaitan berjaya memujuk aku untuk melanjutkan perbualan dan makanlah aku seperti kambing meragut rumput sambil ketawa melayan kwn2 ku..owh iman kenapa kau senipis kulit bawang.
disini aku nak copy paste tentang buruknya makan & minum berdiri.korang bacalah sendiriya..sesungguhnya setiap yg ditegah dalam agama itu semuanya baik untuk kita
 Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal
.Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

saja aku kecikkan tulisan tu sbb aku tahu korang mesti malas nak baca kalau bersangkut ngan sains ini..lagipun tajuk ni bukan menarik sgtkan utk yg malas  membaca?..jadi terfikir oleh ku..kenapa sekecil2 perbuatan di majlis keramaian aku gagal melaksanakan tuntutan agama islam dan menunjukkan agama islam itu indah kepada org yg beragama lain?sepatutnya aku harus tunjukkan islam itu melarang umatnya makan berdiri..maka aku carilah kerusi..mknlah dengan tenang..dan bila kwn2 aku yg berbangsa india mahupun cina..akan lebih respect dengan kelainan agamaku..bukan ikut sama serta dengan mereka..dan dimana letaknya kelainan agama aku?ya ALLAH sumpahlah aku lepas ini lebih beradab ketika makan..

baiklah...nampaknya aku sudah penat..walaupun jejari ku masih ingin begerak seperti terkena parkinson..cukuplah ku noktahkan disini dulu..kalau semua ku tulis disini..mcm xbest pulak semua cerita dlm satu tajuk..selalunya cerita yang best banyak commercial break...hehe...jd nantilah aku tulis lagi tajuk yg lain pula...

salam petang hujung minggu

23.08.2015
18:26pm


Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post