Semalam dia masih bersembang dengan isterinya..masih makan bersama dengan anak2 dan isterinya..semalam dia masih menonton rancangan kegemarannya dan semalam dia masih mampu bergurau senda di kedai makan usahanya suami isteri
Hari ini ..pagi ini kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergiannya.kematiannya sungguh mengejutkan kami.tiada sakit yang melarat..tiada kemalangan yang berlaku..dia pergi meninggalkan semua org dalam lenanya malam..sunyinya pagi...dan ternyata benar kata2..disaat ALLAH ingin memanggil kamu..dia akan datang dlm keadaan apapun kamu..kamu pasti akan dijemputnya...
Aku yg mendengar berita..berasa agak terkejut..bergegas kami ke rumah mamak pusako.dalam istilah mudah pakcik atau bapa saudara..ternyata sudah ramai di sana..dan ini pengalaman pertamaku melihat mayat terbujur kaku di ruang tamu.jika sebelum ini aku hanya melihat dari kaca tv atau pembacaan atau penceritaan orang ke orang..tapi kali ini aku berpeluang melihat secaradepan.Adanya satu perasaan halus hadir dlm hatiku..perasaan kehambaan yang begitu kuat..terasa kerdilnya diri..terasa sayunya hati apabila aku memikirkan jika yg terbujur itu adalah aku..masih sempatkah aku bertaubat sebelum aku kaku begitu atau adakah aku mati semudah itu?sedangkan aku sedar betapa dosa ku masih selangit pahala ku masih setitis...rasa hiba menyelubungi diri..air mata bercucuran..
ku lihat mak yang datang terus mencapai surah yasin dan membacanya.memegang wajah mayat yang dan ada air mata yg mengalir.kulihat isterinya begitu setia disebelah mayat..nampak sudah hampir kering air mata..dan kulihat anak perempuannya duduk bersimpuh selari dengan kepala mayat..ada air mata yang cuba tertahan..ada sedih yang diselindungkan..mungkin cuba kuat sebagai anak..aku masih duduk disudut...aku termenung sendiri..masih galau memikirkan sesuatu...
pakcik ini adalah org kuat di selayang..ini adalah pakcik ku yang ke 3 yang disegani dalam kelompok keluarga kami..yang lagi dua pun sudah arwah.pakcik ini adalah tempat rujuk..tempat meminta nasihat..dan juga tempat mengadu jika ada sesuatu yg berlaku dalam kumpulan minang saiyo selayang gombak..keluarga besar akan rapat dan minta kata sepakat..semuanya atas usaha pakcik ini..yang ditinggalkan adalah seorang anak lelaki yang masih muda..yang baru berkahwin..ternyata tanggungjawab itu akan digalasnya kelak..ternyata kehilangannya begitu dirasakan kerana masih ramai yang masih belum dpt menjiwai peranannya
lamunan ku terhenti ...ku ternyata lama berkhayal..dan ku rapatkan diri dan ku duduk betul2 selari tapak kakinya..ku ingin sentuh mayat ini..ternyata pakcik ku yang kuat dan gagah stamina saat ini tidak mampu berbuat apa2..ku sentuh tapak kakinya dari sebalik kain yang menutupi badannya.terasa dingin..bagaikan sesuatau yg tidak mengalir lagi..ku sentuh lagi..ternyata beginilah rasanya bdan tidak lagi bernyawa..dingin...sejuk...aku bingkas bangun untuk mengambil wuduk..walaupun ku hanya berseluar jeans agak sendat dan bertshirt lengan pendek hard rock ..bukan seperti yg lain berjubah dan berbaju kurung..aku sepertinya layak aku..aku terus mengambil wuduk dan niat untuk mnyedekahkan surah yasin kuteruskan..ku duduk di pinggir sedikit jauh dr kelompok wanita2 muslimah lain kerana aku bukannya muslimah sangat..perlahan2 ku baca dengan penuh tanda keinsafan..
ternyata air mata ku tumpah lagi..aku tidak tahu kenapa air mata ini tumpah..mungkin memikirkan dimana kesudahan hidupku..atau memikirkan dosa2ku..atau memikirkan jiwa ku tidak sesetia itu..setiap saat pandangan ku kalih pd isteri pakcik ku..ternyata begitu setia masih berada disitu..disebebelah kepala pakcikku..terus menahan air mata...alangkah indahnya..perginya dalam pelukan isteri..ya isteri yang baik..utk suami yang baik..perginya ke hadrat ilahi dalam keadaan baik..disamping org2 tersayang..
bacaan ku teruskan lagi..pemikiran ku melayang..melayang..jauh melayang..insafnya aku..betul kata2 selalulah pergi pada acara kematian..percayalah kamu akan berasa begitu tenang..elakkan diri dari selalu berada di pasar2 atau majlis keramaian.kerana disitu banyak tusukan jarum syaitan yang menggoda...disaat berlakunya kematian.kita akan berasa insaf dan terfikir seketika apakah sebenarnya tujuan hidup ini...dan apa sebenarnya yang kita cari dlm hidup ini?
disaat usainya bacaan..pihak polis pun datang utk mengambil mayat untuk di post mortem.kerana pakcik ku meninggal tanpa sakit apa2 kan..jd tanggungjawab polis untuk menghantar ke hospital untuk dibedah siasat..aku tidak hairan semua itu dan menjadi akta prosedur di negara ini..tapi yang agak kurang menyenangkan aku..budi bahasa seorang wanita aku tak tahu apa pangkatnya...ketika datang..tiada salam terus meminta semua yg berkerumun untuk ketepi utk dia mengambil gambar..suaranya kuat..dan tiada rasa simpati..walaupun ini bukan saudaramu tp gunalah bahasa yang sedikit sopan..walaupun kamu seorang polis..kasihan..ternyata isteri pakcik ku tidak mahu mayat dihantar untuk bedah siasat..tp apakandaya..mmg mereka tidak berpendidikan tinggi..atau xtau apa2 undang mahupun akta..tp kenapa harus mengeluarkan akta itu ini disaat org sedang bersedih..biasalah kalau ahli keluarga tidak mahu kerana emosi terganggu...kamu harus bijaksana sebagai org terpelajar menggunakan budibicara dan menjelaskan dengan lebih baik apa tujuannya mayat itu dibawa kehospital...ternyata kdg2 aku merasakan ada manusia yang memandang sebelah mata...jgn sangka mereka itu tiada apa2..kalau nak membeli bangunan balai polis pun dia mampu..cuma mereka nampak tiada apa2..kerana memang begitu sikap mereka...dan kamu..kamu..berlembutlah berkata2..kerana kata2 yg lembut mampu membuat org senang denganmu..dan hormat pdmu..
aku agak terkilan..tp aku pun tidak mampu berbuat apa2..kdg2 berurusan hal2 rasmi dengan wanita itu lebih payah,,,kerana kdg2 ada wanita itu hanya lembut pd namanya..tpi kdg2 wanita itu keras suaranya dan ego lagaknya...kdg2 beurusan dengan kaum lelaki lagi mudah..mereka tidak byk bicara..ckp apa yg perlu...ermm..mungkin dlm satu kejadian hanya satu dlm seribu..tp kdg2 itulah hakikatnya..owh wanita belajarlah menggunakan kelembutan walaupun kita sedang bertugas..dan aku terfikir..mungkin juga aku begitu dlm bertugas seharia2an tanpa aku sedari..ALLAH mengajarku secara halus..supaya berhati2 dlm bersuara selepas ini..ada satu pelajaran yg ku perolehi disini...tp selalunya aku kalau org tua atau bukan org ada2 yg berurusan..seboleh2nya aku ingin memudaakn urusan mereka kerana simpati..bukan untuk angkat bakul sendiri..itulah yang cuba aku lakukan..tp kalau org berlagak yng berurusan mmg aku pandang pun tidak..ckp pun sambil lewa...malas aku nak layan
dan disaat perginya hamba ALLAH INI..banyak pelajaran untuk mengingatkan aku untuk ku ambil iktibar setiap yang berlaku dlm episod hidup hari ini...
16.08.15
16:45pm
PERGINYA SEORANG HAMBA ALLAH
irdagarmin
isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata.
Menulis dalam kesibukan keluarga dan kerjaya.Jika ada yang bermanfaat buat anda,alhamdulilah.Kongsikan kepada yang lain ya.Jika ada salah dan silap dalam berkarya,maafkan khilaf saya.Yang baik itu dari ALLAH swt,yang buruk itu dari saya yang serba tidak sempurna.
Post a Comment
Thank you,come again :)