08.08.2015

GLC OPEN DAY@Convention centre Kuala lumpur

Ditugaskan hadir pada hari itu dan oleh kerana rasa ingin berada disitu dengan rasa kemalasan ku dtg jua.

sepatutnya timetable ku adalah 9-1..tp ku datang kul 12pm-2.30 pm.almaklum ku tahu ku dtg hanya memenuhkan syarat

terlalu ramai pengunjung terutamanya fresh graduate yg mencari pekerjaan.di setiap hall 1-5 terdapat banyak syarikat yang mempromosikan produk masing2(yg dapat ku lihat..malaysiaairlines,khazanah,pnb,bank islam,maybank,umw,dan pelbagai lagi) dan ada juga peluang kerjaya .Ramai pengungjung adalah lepasan graduan dan  para graduan ini membawa resume masing2 untuk di serahkan di setiap syarikat yang mereka suka..mereka suka..mereka bagi resume..mungkin akan dipanggil kalau ada rezeki untuk interview dan mungkin resume mereka di kiv..tapi takpelah kan sekurang2nya mereka mencuba..

di suatu sudut aku hanya memandang..ramai betul orang..kaki pun dah sakit berjalan sepanjang hall.sempat juga singgah di booth competitor .. mereka tawarkan produk mereka padaku dan aku pun tawarkan produk syarikatku pd mereka.masing2 memakai baju berlainan warna tp kami masih boleh bergurau senda,,,ye lah yg bersaing adalah syarikat kami..kami masih manusia biasa,,,akhirnya adalah sorang pekerja ni apply satu produk dari aku..dan produk mereka terpaksa ku tolak..bukan xnak tolong tp aku dah ada dah apa yg mereka tawarkan.dan aku terus berjalan..ternyata dlm keramaian jiwaku tiada disitu,,mata ku terasa mengantok..bunyi muzik rancak tidak membawa sebarang semangat hari tu..ada sesuatu yg menggangu fikiran ku..dan membawa fikiran ku tidak disitu waktu itu..aku memang begitu,,banyak berkhayal..hemm bilalah nak berubah..dan sebenarnya aku tidak begitu gemar berada dalam keramaian...dan skill untuk aku mempromosi produk tidak mampu digilap jika terlalu ramai yang lalu lalang...

jadi sebelum ku dilanda kebosanan...terusku tinggalkan booth tempat ku bekerja dan ku angkat kaki untuk berjalan pulang...ternyata  jiwaku tidak menguasai suasana ketika itu..ada sesuatu buat hati ku tidak disitu..



 
"ternyata berasa tenang itu ting
gi harganya... "


09.08.2015
19:47pm

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post