DE JAVU

"BUTTERFLY TERBANGLAH TINGGI...SETINGGI ANGANKU UNTUK MERAIHMU..."

 lagu ini bagaikan satu memori indah...walaupun kutidak pernah menonton drama ini tp lagu ini cukup menyentuh perasaan..de javu adalah satu istilah yg digunakan untuk melahirkan satu perasaan seakan pernah melalui atau berada disuatu situasi tersebut.DEJAVU adalah perkataan dr negara perancis yg bermaksud kita seakan2 pernah mengalami sesuatu situasi samaada dlm mimpi atau terasa mengalaminya sebelum ini  .dan ternyata sy juga mengalami situasi yg dipanggil de javu.contohnya ketika kita sedang berbual2 dgn rakan kita merasakan pernah atau sudah mengalami perbualan itu sebelum ini.
atau sy sedang berada disuatu tempat tp sy merasakan sudah berada ditempat itu sebelum ini..itulah deja vu..

DEJAVU



seindah rama2..ku ingin seperti nya
terbang tinggi penuh warna warni hinggap disetiap  dahan
ranting yg halus masih mampu menahan

seindah rama2,,hasilnya dari ulat  yg 
dulunya dlm kepompong,kini sang ulat bertukar wajah
tersenyum terbang indah
penuh pesona dengan pelbagai warna

terfikir olehku..tidakkah sang ulat berjanji utk tidak meninggalkan kepompong itu,,,kenapa ia berubah apabila diri bertukar wajah..dan trfikir olehku tidakkah sang rama2 LUPA menjenguk asal usulnya.disaat diri dipuja sampaikan lupa dimana asal kejadianya.dan ternyata inilah namanya perjalanan kehidupan.

kadang2 manusia juga begitu
kdg2 kita merasa trsandar dari hiruk pikuknya org hanya merenung sesuatu yg pernah dialami..kdg2 kita merasa kita lupa pd diri
kdg2 kita merasa ada sesuatu pernah kita alami..namun semua itu tak pernah membawa kita ke belakang..tak pernah membuat kita sedar pd semuanya hanya mainan perasaan
dan kita terus cuba melupakan dan meneruskan episod kehidupan.dengan meraih dan cuba mencari kegembiraan..sedangkan kegembiraan sebenarnya adalah merasa tenang..bukan dengan cuba mencari dan mencari sesuatu yg mungkin pernah kita rasai dan alami...

dan kadang2 kita lupa
merenung sejenak apa yg sedang dialami dahulu..itu baik untuk bermuhasabah diri..
kdg2 kita lupa..kalau  hidup ini hanya ladang utk diakhirat
dan jika kita tidak lupa tidaklah kita terlalu lelah dengan urusan dunia dan sebesar2 masalah tidaklah kita terlalu memikirkannya kerana yakin akan janjiNYA

lihat sahaja fenomena kejadian rama2
suatu saat ia akan meninggalkan kepompongnya sedangkan disitulah tempat perlindungan dan tempat berteduhnya..apa nak dihairankan setiap yg berlaku pasti ada sesuatu dan setiap sesuatu hanyalah rencah kehidupan.







9.8.2015
3.30pm





 

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post