Apabila sembuh dari sakit tidak sabar rasanya untuk beraktivitas dengan aktif dan cergas..usia masih muda.impian masih banyak..selagi kuat dan terdaya apa salahnya kita berusaha dengan kerja keras.orang yang produktif adalah orang yang sentiasa menyibukkan dirinya dengan urusan2 yang bermanfaat.
tajuk muka utama ini menarik perhatian."padanlah doa tidak makbul"keluaran solusi 78.saya baca satu2 bagaikan ada ilmu baru yang wajib untuk saya kongsikan kepada pembaca.kan saya cuba ringkaskan untuk mudah difahami
i)berdosa pada diri sendiri
bekerja keras setiap hari,mengharapkan rezeki melimpah ruah.kita bekerja mencari kita rezeki yang halal.kita berdoa semoga ditambah rezeki tapi ada yang kita lupa iaitu melambat2kan solat atau mengabaikan orang tua,kita perasan sibuk sampaikan orang tua kita jarang kita bertanya khabar.zohor kita apabila nak masuk asar dan ada yang diantara kita semata2 nak menjimatkan masa dengan alasan kesibukkan kita solat zohor dan asar sekali.
ii)memakan makanan yang haram
secara nyata makanan yang haram seperti yg telah tertulis dlm AL-Quran seperti daging babi dan arak.
"seorang lelaki dalam musafir yang jauh,bajunya kusut dan berdebu,lalu dia mengangkat tangan menadah langit,wahai tuhan,wahai tuhan,sedangkan yang dimakannya haram,yang diminumnya haram,bagaimanakah doanya diperkenankan'riwayat muslim
selain itu cara mendapatkan rezeki itu haram seperti rasuah mahupun curi tulang.
rasuah bukan saja melibatkan tokoh2 besar untuk mendapatkan sesuatu projek itu adalah rasuh yang besar,tapi ada juga rasuah sekecil2nya yang mungkin kita tidak perasan.contoh terdekat sebagai seorang banker yang terlibat secara langsung dengan aktiviti proses untuk meluluskan pinjaman atau apa saja,ada diantara banker ini yang menggunakan juruguam yang merupakan kenalan saja,dan tidak membuka peluang untuk legal lain membuat urusan business,kadang2 kita tahu peguam yang kita kenal itu lebih tinggi caj harga dikenakannyasedangkan ada peguam lain yang lebih memberi harga yang lebih rendah,kenapa kita tidak membantu pelanggan kita yang brurusan untuk menjimatkan kos 'legal documentation'dengan mengesyorkan peguam yang lebih telus kerjanya dan lebih murah pembiayaannya?ada juga yang telah membuat perjanjian untuk menerima beberapa percent keuntungan untuk dikongsi.disini bagi saya jelas ada sumber rezeki yang diragui.Untuk kes curi tulang mungkin ada yang tido di surau waktu kerja atau mengambil waktu rehat yang lama dari masa yang diberikan.semuanya ini akan menyebabkan doa kita tidak makbul.moga kita sentiasa beringat2
iii)Tidak ikhlas berdoa kepada ALLAH
ikhlas berdoa kepada ALLAH bermaksud hanya meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah swt tanpa unsur syirik.ada org berdoa kepada ALLAH,solat pun tidak tinggal,tp pada masa yang sama masih meletakkan harapan pada orang lain sepeti tok bomoh mahupun pawang."Maka janganlah kamu berdoa kepada sesiapapun bersama2 dengan ALLAH"(Al-Jin 72:18)
iv)Berdoa dengan hati yang lalai
"Berdoalah kepada ALLAH dalam keadaan kamu yakin ALLAH akan memakbulkannnya,Ketahuilah sesungguhnya ALLAH tidak menerima doa daripada hati yang lalai'(Riwayat al-Hakim).Termasuk dalam hal lali adalah berdoa dengan tergesa2,tidak khusyuk dan tidak memahami apa yang didoakannnya.berapa ramai orang yang berdoa tapi dengan keadaan tergesa-gesa selepas solat kononnya perasan sibuk.Tiadalah kesibukkanmu akan mudah diselesaikan tanpa pertolongan ALLAH,dan bermohonlah permudahkan setiap urusan harianmu dengan solat dan doa yang bertenang.
v)Tidak melakukan amar makruf nahi mungkar
"Demi jiwaku yang berada di tanganNYA,hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran atau Allah mempercepatkan azab dari sisi-NYA untuk kamu.Kemudian apabila kamu berdoa tidak akan dimakbulkan bagi kamu"Riwayat al-Tirmizi
Jika terlibat dengan perkara maksiat nescaya apa yang kita doakan tidaklah akan terlaksana.apaguna berdoa sedangkan kita jauh dari kasih syg ALLAH.Tapi ada juga org menyatakan orang itu tidak berdoa dan tidak solat tetapi hidupnya senang dan dilimpahi kekayaan.awas itu petanda istidraj(istidraj bermaksud orang yang diberikan kekayaan dan kesenangan melimpah ruah supaya ia semakin jauh dari ALLAH)
Itu kalau kita terlibat secara langsung dengan maksiat,bagaimana pula kalau berlakunya maksiat didepan mata tetapi kita tidak menegurnya atau mencegahnya?Mencegah kemungkaran dikaitkankan dengan iman.Iman tidak akan tega dengan. kemungkaran.Rasullullah bersabda"sesiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya(kuasa).Sekiranya dia tidak mampu,hendaklah dia mengubah dengan lidahnya(nasihat).Sekiranya tidak mampu,hendaklah dia mengubah dengan hati(tidak meredai perbuatan tersebut)yang demikian adalah selemah2 iman"Riwayat muslim.Memang benar jika orang lain melakukan kesalahan bukanlah dosa kita untuk menampungnya di akhirat,tapi apabila kita mengetahuinya tapi tidak berbuat apa2 untuk mencegah maka balasan dari ALLAH kan menimpa kita di dunia.Ketika kamu melihat kemungkaran dan kamu hanya berdiam kamu bukanlah ibarat malaikat tapi hanyalah merupakan syaitan bisu.saat itu jika orang soleh berdoa tidak akan dimakbulkan,jika meminta pertolongan tidak akan dibantu,dan jika mereka beristighfar,tetap tidak akan diampun!
vi)putus asa dalam berdoa
Rasulullah bersabda"Doa seseorang hamba akan sentiasa dimakbulkan selama dia tidak mendoakan untuk perbuatan dosa,tidak memutuskan silaturrahim dan tidak tergesa-gesa dalam berdoa"
sahabat bertanya bagaimanakah tergesa-gesa tersebut.Maka nabi menjawab
seseorang berkata"aku sudah telah berdoa namun tidak makbul-makbul juga!Lalu dia kesal dan tidak doa lagi"
Jika kita memandang alam ini dengan mata dan juga hati,maka kita akan berfikir dalam hidup ini sesungguhnya HANYA ALLAH tempat meminta yang mencipta langit dan bumi,seluruh alam ini.Maka perlu apa kita risaukan..doa saja,pasti lambat laun akan ditunaikan selagi kita ikhlas dalam meminta...dan tahu tatacara nya...
30.08.2015
20:30pm
Istidraj adalah,
apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah
ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Istidraj adalah,
apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah
ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Istidraj adalah,
apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah
ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Post a Comment
Thank you,come again :)