SEBUAH PESANAN PERNAH BERBUNYI

"Di saat kamu BERUPAYA melakukan sesuatu tapi kamu tidak jadi melakukannya atau meneruskannya kerana takut pada ALLAH dan kamu terus berdiam dalam sabar dan yakin pada janji2NYA..maka percayalah suatu masa ALLAH akan jadikan mimpi mu itu pasti..dan kesabaran mu itu ada balasannya...kadang2 apa yang kamu inginkan hari ini tidak semestinya baik untukmu dan kadang2 ada yang lebih baik daripada ALLAH untukmu..Biarlah orang berkata kita ini kekampungan atau tidak mengikut arus peredaran zaman...tapi percayalah tiada istilah bahagia atau gembira dalam hidup ini bila kita jauh daripada ALLAH...kalau adapun rasa bahagia dan gembira itu hanya sementara
sabarlah...dan jikalau kamu mati sekalipun menahan rasa sabar itu..syahidlah kamu kerana kamu meletakkan ALLAH yg utama selain mengutamakan kehendak sendiri.."

beruntunglah andai kita mempunyai hati yang tenang..dan mengganggap semua urusan hidup di dunia ini hanyalah sekecil2 perkara...kerana berasa tenang itu adalah nikmat dan kualiti hidup yang tidak semua org memperolehinya...untuk memperolehi ketenangan hanyalah dengan kembali kepada ketaatan hati mentaati setiap perintahNYA dan meninggalkan larangannya..ada org hanya tenang bila
memandang air laut atau melihat setiap ciptaan TUHAN...ada org berasa tenang bila dpt berkongsi atau bercerita dengan orang yang dipercayai...dan ada org tenang bila ia dpt meluahkan dalam tulisan atau mendengar lagu2 sentimental..semuanya mencari nikmat tenang...lihat sahaja berapa ramai selebriti barat yg tidak tenang dalam hidupnya walaupun dilimpahi kekayaan dan berada dalam kemahsyuran...akhirnya mati dalam keadaan yang menyayat hati..ada yang mati kerana dadah ataupun ada yang bunuh diri..semuanya kembali kepada konsep hati yg tidak tenang...

dan untuk memperolehi hati yang tenang

1.ibadah wajib kita sempurnakan,ibadah sunnah kita perbanyakkan...solat adalah kunci utama untuk kehidupan seorang muslim itu.jika sempurna solatnya,maka sempurnalah hidupnya.

2.banyak2 kanlah ingatkan mati..disaat kita cemburu tidak dapat memandu kereta mewah seperti jiran kita...kereta terakhir kita adalah kereta mayat..disaat kita mimpikan rumah besar dan mewah rumah terakhir kita adalah kubur tanah..dan disaat kita bermimpi ingin membeli baju2 dari pereka terkenal..baju terakhir kita hanyalah kain putih yang membaluti tubuh

3.janganlah sakiti hati org lain..pesan terakhir rasullulalh"janganlah kamu menyakiti hati sesiapa jika kamu tidak mahu disakiti"untuk merasa tenang jgn sesekali menjadi org yg dibenci.islam itu adalah akhlak..kalau akhlaknya tidak sempurna.bagaimana kah kualiti ibadahnya itu..contohnya ada org suka solat berjemaah di masjid...tp dia sering menyakiti hati jirannya..sering mengumpat jirannya..jadi apaguna kaki masjid..dan tudung labuh sedangkan kita tak pernah senyum pada org..dan kita sering bermusuh-musuhan.

4.jagalah silaturrahim...konsep silaturrahim ini besar maknanya..antara suamiisteri,jiran,mak ayah adik beradik jiran tetanga dan semuanya ."jika ingin dipanjangkan usianya dan dimurahkan rezekinya.hendaklah dia menjaga silaturrahim"bagaimankah sebuah keluarga itu akan rasa bahagia jika adik beradik  sering berselisihfaham,bertengkar dan tidak pernah mempunyai kata sepakat.bagaimakah kita berkerja tetapi kita tidak bertegur sapa dengan rakan sekerja..walaupun duduk bersebelahan..berjalan nak terlanggar hidung tetapi kita hanya memalingkan muka ke tempat lain dan muncung pun panjang sedepa.tahu kah hukumnnya tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari?dan bagaimanakah pula jika suamiisteri tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari..tinggal serumah tidur sekatil,,apakah nikmat tenang itu diperolehi/?tentu tidakkan?jd solusinya...jagalah silaturrahim dan carilah cara2 untuk mengeratkan silaturrahim agar kualiti hidup ini kita perolehi

5.tenang juga kita akan perolehi dengan tidak menipu.ada org dalam hidupnya sentiasa putar alam..
baik dalam perniagaan mahupun perhubungan.
"dont trust someone who lie to you,and dont lie to someone who trust you"konsepnya mudah jika anda menipu dalam perniagaan,walaupun anda memperolehi untung berlipat kali ganda dari hasil penipuan..mungkin menipu dari segi timbangan mahupun kualiti barang tidak sama dengan harga..tetapi percayalah keuntungan yang anda rasa besar itu tiada nilainya.bayangkan jika keuntungan itu digunakan untuk keperluan anak,anak2 anda membesar bukan jadi orang,atau keuntungan itu digunakan untuk keperluan materialistik,tetapi ada saja yang tidak kena dengan apa yang anda memperolehi.itu kerana rezeki tidak berkat.Kehidupan anda semakin banyak bermasalah,jiwa anda semakin dilanda kerisauan..hati anda semakin tidak tenang walaupun wang ringgit anda melimpah ruah..jadi dimana nikmat hidup itu sebenarnya?

6.Nikmat tenang dalam bersedekah.percayalah walaupun seringgit yang kita beri,kita akan berasa satu nikmat hati yang sukar diertikan.Ia bukan lah lambang riak,namun dengan bersedekah kalau kita ikhlas,kita berasa hidup ini begitu lapang,dan ia akan menjadikan diri kita org yang sentiasa bersyukur.bersyukur kerana ada orang yang lebih susah dari kita dan kita bersyukur masih mampu menjadi tangan yang diatas.Cubalah satu hari jika anda bersedekah dan niatlah kerana ALLAH SWT,percayalah hari itu adalah hari yang amat indah

7.Kurangkan lah menonton televisyen atau membaca newsfeed FB,dan perbanyakkan membaca buku ataupun surat khabar atau majalah2 ilmiah.tahukah oleh kita kadang2berapa ramaikah golongan wanita yang terbawa emosi bila menonton drama2 yang memaparkan betapa romantiknya sang suami,segak dan kaya,mulalah diri membandingkan wanita di dalam drama dengan realiti hidup mereka.dan terfikir olehnya"kenapa ya suamiku tidak pernah semesra suami dalam drama tadi,bagi bunga ataupun romantik seperti lakonan tv tu"..mulalah diri membanding2kan..dan menginginkan semua yang ada dalam apa siri yang kita tonton,,kita cuba meraih semua itu..percayalah cik kak.dalam lakonan semuanya nampak indah dan mengikut skrip yang sudah ditetapkan..tetapi realiti kehidupan tidak semuanya begitu.janganlah kita merasa resah kerana setiap perkara dalam hidup ini adalah sebenarnya perjuangan.jika kita inginkan yang indah2 sahaja itu bukan hidup namanya,itu sudah berada disyurga.sebab itu kita jangan terlalu dipengaruhi dengan apa yang kita lihat,tapi kembalilah kepada kepada realiti kehidupan.samalah juga kesnya jika kita membaca newsfeed di FB kita lihat rakan2 kita alangkah bahagianya,makan di tempat2 mewah ataupun bercuti kesana kemari,mulalah kita berasa sedih kerana kita tidak dapat seperti mereka..tapi percayakah kita nilai bahagia sebenarnya kadang2 bukanlah untuk dipamerkan.jika kita menunjuk2 bahagia sebenarnya pasti ada yang kurang..tapi berprasangka baiklah..tidak semua orang sama pemikirannya,jika benar2 mereka bahagia alhamdulilah dan doakan saja.semoga berkekalan...bukankah lain orang lain caranya lain ragamnnya,dan kita bahagialah dengan cara kita dengan itu ketenangan hati akan kita perolehi

8.bersendirian itu kadang2 lebih baik dari keramaian.Berapa ramai diantara kita yang cuba menghiburkan hati bila dilanda kemurungan dengan berkumpul dengan rakan2,sembang2 di kedai kopi ataupun mengajak kwn2 untuk shopping hanya untuk mengubat jiwa yang sedang dirundung masalah.mungkin diantara kita yang melakukannya.tapi percayalah berada dalam keramaian atau kesesakan manusia,di majlis2 misalnya atau apa2 acara keduniaan sebenarnya bukanlah kualiti tenang sebenarnya.mungkin kita akan lupa sebentar tentang masalah kita tetapi percayalah ia akan lebih parah bernanah berada dalam kelompok manusia untuk mencari ketenangan.disitu banyak cucukan syaitan,kita akan terpandang bermacam2 ragam orang yang menyebabkan kita berasa semakin resah dan ada saja yang menyakitkan hati kita.Sedangkan nabi dulu pernah bersembunyi di gua hirak dalam mencari sesuatu dalam hidupnya.dan kita tak perlu mencari gua untuk melepaskan tekanan,cukuplaj kita ini kadang2 hanya perlu bersendirian seketika dan bermuhasabah diri seketika.dan percayalah"jika kamu lelah dengan urusan dunia,bermuhasabah dirilah"

9.Melancong..jika berkemampuan,kita digalakkan untuk melancong.jika kita berasa bosan atau tertekan atau dilanda kemalasan contohnya ditempat kerja,cubalah melancong dan berjalan2 memandang alam ciptaan tuhan atau merasa suasana berbeza di tempat kerja.dengan cara ini ia akan mengembalikan jiwa yang tenteram dan hati yang lapang untuk melakukan kerja kita semula.jika kita melakukan kerja setahun tanpa bercuti atau kemana2 kita akan rasa tertekan,dan momentum kerja kita tidak seberapa.bercutilah dan berehatlah dan kembalikan ketenangan jiwa selepas itu

10.dan yang terakhir walau apapun kaedah kita untuk mencari ketenangan,ingatlah ALLAH selalu nescaya tenang abadilah kita.hanya dengan mengingati ALLAH jiwa yang resah dan gundah gulana menjadi tenang,hati yang berkecamuk menjadi lapang. kerana jika kita selangkah menujuNYA,semua urusan hidup kita ini lebih mudah.tiadalah ketenangan abadi dengan mengharapkan manusia untuk membantu kita..tetapi ALLAH akan ada dalam apajua keadaan kita.Jika lah kita ini tercampak ke satu pulau dengan tiada satu makhluk Tuhan pun yang bisa membantu,hanya dengan doalah kita akan menjadi kuat untuk menempuh kehidupan disitu.percayalah janji2NYA,sabarlah hati yang resah,sabarlah jiwa yang gundah gulana,jika kamu patuh kerana percaya akan janji2NYA,ada yang lebih  baik untukmu...dan kita tunggu sajalah keajaiban (miracle) itu...demi ALLAH yang maha mengetahui.

17:42pm
28.08.15

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post