Entry ini saya tulis selepas menikmati sahur,oleh kerana tiada sebarang kerja untuk dilakukan jadi saya on laptop sebelum menjelang subuh dan sebelum ke tempat kerja
Hari ini 26 hrbln bersamaan hari isnin adalah minggu terakhir dalam bulan october 2015,dan selepas ini bulan october 2015 ini tidak akan kembali lagi.Hari ini adalah hari gaji untuk bankers dan juga hari terakhir(closing)untuk coway.Disaat2 akhir ini ALhamdulilah,saya masih belum putus-putus untuk submit order form untuk client-client coway saya.Alhamdulilah segala puji bagi ALLAH yang memberikan nikmat disebalik ujian.
semalam ahad,saya telah joint booth di pasar pagi.Ini pertama kali saya menjejakkan ke tempat itu,ada satu pengalaman yang ingin saya ceritakan.iaitu konsep berpagi-berpagi dalam mencari rezeki.oleh kerana pasar pagi itu terletak di shah alam,maka saya yang tinggal agak jauh telah bangun seawalnya.walaupun di hujung minggu,dan waktu ini adalah untuk tidur dengan lebih lama sebenarnya,tapi saya tidak merasakan tiada bezanya setiap hari itu adalah sama.tiada istilah untuk bangun lambat walaupun dihujung minggu,sebab saya merasakan setiap saat saya bagaikan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan kelak setiap apa yang saya uruskan.
bergerak dengan keadaan alam masih gelap,dan sampai disana sudah terang.saya lihat terlalu besar..pintu masuknya terlalu banyak.rupanya pasar ini memang yang terbesar di shah alam,dan kalau hendak di tawaf bagaikan sebuah stadium!
saya yang sampai lebih awal masih menunggu rakan2 lain,nampaknya saya lebih awal dari mereka,dan ada sedikit kesal di hati saya,nampaknya saya ter"excited" lebih.ye lah first time nak masuk pagi jual coway kot...sebenarnya saya tidak kekok,walaupun selama ini kalau buka booth di bangunan,atau selama ini saya hanya bagi presentation di office2 orang,atau selama ini saya hanya duduk dengan nyaman di office saya dan client datang dengan sendirinya,tapi sebenarnya saya tidak kekok jika berada di pasar ini,di kelilingi gerai ikan mahupun sayur sebab saya pernah menjadi penjaja di usia kecil dulu.
Dan kadang-kadang pengalaman itu cukup membuat saya sudah arif selok belok pasar pagi atau pasar malam,tapi tidak semua kawan-kawan saya tahu,dan mereka pun mungkin tidak mahu ambil tahu,dan ada yang menyangka saya mungin tidak biasa...mungkin ada kawan-kawan coway saya merasakan saya tidak mahu turun ke pasar kerana tiada class meniaga disini,..tapi bagi saya,jangan pandang orang yang menjaja di pasar2 ini sebagai low class,mereka lebih baik dari kita sebenarnya,dari segi pendapatan dan sebagainya,kerana saya sudah merasakannya seawal usia remaja saya.
masih menunggu,saya begitu bosan...sambil menunggu saya jalan-jalan dari satu gerai ke gerai,sambil menebar flyers,ada orang nak amik ada ang tidak,xperlah.saya masih positif..malu?tidak,,saya bukan berjalan membawa tin kosong untuk minta sedekah,tapi saya berjalan-jalan sambil cuci mata dan edar flyers,sebab saya tidak mahu membuang masa menunggu kawan saya yang belum kunjung datang.hari semakin panas,..dan pasar ini telah saya tawaf sepenuhnya ,dan keringat mulai membasahi badan..satu kelemahan saya,saya amat elergic dengan panasnya cuaca,....
hampir dua jam menunggu,kawan dijanjikan telah pun tiba.saya yang berada di penjuru pasar,terpaksa mencari-cari kawan saya pula,mula2 diberi kedudukan,saya tawaf lagi sekali xjumpa,setiap ruang saya jelajah kawan saya tidak juga jumpa,send location,tapi location xberapa betul,tawaf lagi..panas semakin membuat mata saya semakin sepet..dan saya sudah berputus asa..mungkin sebab penat berjalan dan mungkin cuaca sudah panas..jadi saya tekad ini pusingan terakhir..kalau tidak jumpa juga saya akan pulang tangan kosong..
Akhirnya setelah berjalan dengan longlai,saya pun ternampak kelibat orang pakai uniform coway,ya ALLAH LEGA nya hati,terus saya melompat keriangan..kawan saya minta maaf sebab terlambat sebab terbangun lambat,saya kata ok je..no problem..bende nak jadi kan...tapi hari ini saya sempat exercise dengan mengelilingi pasar pagi ini..dan sempat minum dua cawan air!
15 minit berada di booth,saya sudah tidak selesa,mungkin peluh sudah membasahi badan atau kerana cahaya matahari betul2 ke arah kami,saya berkata dalam hati,setengah jam lagi saya nak balik lah...dan saya katakan takpelah xde rezeki hari ini.
Tapi siapa sangkakan,disaat hati saya berkata,ada pasangan suami isteri yang singgah di booth saya,mereka hanya sekedar bertanya,dan alhamdulilah selepas diberikan penerangan mereka bersetuju untuk beli air purifier.
Saya yang happy,sebenarnya menyimpan hasrat untuk family ni beli lebih dari satu product.menggunakan skill yand ada dan gerakkan hati dari ALLAH,akhirnya mereka terjebak juga beli satu lagi product,n terus bayar cash deposit.hehe...syabas irda :)
customer bayar cash |
cuma 15 minit berdiri saya boleh dapat bersamaan seminggu bekerja di bank,rezeki ALLAH kan.bukankah tadi saya sudah berputus asa sebab penat berjalan?
ALLAH tahu excitednya saya hari ini,dan dia tahu niat saya,Dia minta saya bersabar sedikit sahaja dan pengajaran untuk saya supaya jangan sesekali mengeluh,bukankah dari awal tadi saya sudah bersemangat,?
pesan dalam satu buku "mudahnya menjemput rezeki"
1.berpagi2lah kerana disitu pintu rezeki.
2.berinfaklah rezeki kamu akan bertambah
3.berbuat baiklah pada ibubapa,dan org sekelilingimu kerana itu pintu rezeki.
4.berdoalah,lambat atau cepat pasti akan ditunaikan
Dan pagi ini saya tidak sabar untuk melangkah ke office dan minta tolong leader saya untuk submit all order form yang hanya saya collect di hujung minggu,dan di hati kecil saya yakin,suatu masa saya akan focus coway 100% dan saat itu vision saya sudah tercapai.
Ini kerana ini adalah business,yang tidak perlu kita memperuntukkan modal,tak perlukan kedai,yang perlu hanya semangat,rajin dan sedikit strategi pemasaran.dan alhamdulilah,OCTOBER saya tutup dengan lafaz Alhamdulilah,dan ternyata coway membuktikan ia mampu beri saya lebih dari apa yang bank bagi untuk bulan ini...
Terima kasih ALLAH...terima kasih mak atas doa..dan ini rezeki untuk mereka...
Post a Comment
Thank you,come again :)