Salam hujung minggu,
Ternyata apabila kita lelah dengan urusan dunia,sebaik2 penyelesaian adalah berdiam seketika,mengasingkan diri,selain solat ,selain berjumpa dengan orang-orang yang mempu memberi nasihat,membaca juga adalah salah satu solusi yang terbaik.
NATIONAL Library adalah tepat kunjungan yang begitu menenangkan saya.selepas berjumpa client dan menyelesaikan urusan untuk registration,saya yang mendapat dua jemputan melalui kawan2 di aplikasi wassap.sedang termenung mana satu yang harus saya pergi dulu.
satu jemputan dari leader coway saya yang meraikan hari ulang tahun isterinya di KTV Karaoke ampang park dan satu lagi jemputan oleh rakan business saya,yang sudah booking tiket untuk menghadiri Gala Dinner tema royal Blue di hotel,meraikan top-top sales GC tea.Rakan saya ini adalah ex banker,baru saja resign sebagai manager dari sebuah it company,sekarang full time join business Gc Tea,dan dia juga support saya di coway dengan join coway under saya.Mungkin keberaniannya untuk melepaskan makan gaji kerana komitmennya yang rendah disamping dia juga masih single.tiada sebarang hambatan,langkahnya panjang dan visionnya amat jelas..ya dia merupakan rakan yang hebat,wajahnya cantik,orangnya tinggi,rambutnya panjang,semua yang memandang pasti tertawan tapi yang paling penting otaknya bijak dan geliga mencari wang!tahniah.saya respect wanita yang cantik dan ada karisma dan ada wawasan dalam hidup.
Saya yang masih termenung dengan jemputan mereka,melangkah ke national library.rindu nya saya pada buku mengatasi keseronokan untuk berkaraoke atau ber glam di malam hari.dua jemputan saya tolak dengan hanya berdiam diri.walaupun di group wassap mcm2 gambar di forwardkan kemeriahan mereka,entah mengapa saya tidak teringin langsung nak join.mungkin kerana otak saya agak serabut dan mungkin juga otak saya fikir nak cari sales saja.
National library yang terletak di jalan tun razak bersebelahan dengan hospital pusrawi.Dulu zaman sekolah dan active debat,tempat ini adalah kunjungan setiap minggu.Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kanak-kanak dan dewasa.Bahagian kanak-kanak sudah banyak pengubahsuaian,jika zaman saya kanak2 dulu tempat ini hanya ada buku dan sebuah tv kotak besar.Bila saya duduk di penjuru bahagian kanak-kanak ternyata banyak perubahan,sudah ada bilik komputer,sudah ada ruang menonton tv yang lebih besar dan ruang entertainment yang bersesuaian untuk kanak-kanak,Bukunya lebih banyak pilihan.saya tersenyum sendiri.saya tak dapat nak ambil photo setiap ruang kerana hp samsung saya batery hampir kong,almaklum wassap yang nonstop dan satu lagi hp saya tertinggal di office,nasib tertinggal di offis kan,saya memang selalu begini.hemm
Di ruang kanak-kanak saya tersenyum lagi,dulu masa sekolah rendah saya sering ke sini dengan gang2 sekolah saya.dulu saya lebih ramai kawan lelaki.saya yang agak tomboy dulu,hanya berseluar pendek dan rambut pendek.kawan librarian saya ghani(executive)shahrul(skrg dah jadi doktor),A'A(kerja di hotel) dan arwah mashazril(aril,alfatihah :( .Dan kwn perempuan saya boleh dibilang dengan jari di zaman kanak2,along uda,marina dan beberapa kerat lagi saya lupa.
Bila masuk sekolah menengah library ini masih tempat kunjungan,saya masih ingat gang2 debat saya,nasreeq,aizad,ain,ana,muaz pernah habiskan masa dari pagi hingga ke petang hanya bertungkus lumus mencari maklumat untuk bertanding.kenangan zaman itu mengusik saya setiap kali saya memijak library bahagian dewasa.disini ada tiga tingkat yang mana terlalu banyak buku dan bahan rujukan.dan disini juga saya pernah memerah otak membaca pelbagai info untuk debat,buat kerja sekolah,study dan brmcm lagi.kadang2 benar kata orang,mungkin kita tidak rindukan orangnya,tapi kita rindu kenangannya.dan ternyata saya membesar di library ini.dan saya rindukan kenangan bersama kawan-kawan saya yang ada sudah lost contact.
Bila masuk zaman bekerja,berkahwin dan ada anak.saya tetap rasakan national library adalah satu tempat yang menenangkan.semasa saya ambil kelas CFAB,saya masih melepak disini kononnya study cfab subjek,dan saat ini tempat ini masih jadi kunjungan bila saya dalam keadaan yang lelah dengan urusan dunia dan bilamana saya perlukan aura baru,dan semangat baru saya perlu berkunjung ke sini.
walaupun kita boleh membaca pelbagai genre bacaan melalui laman web,ebook dan sebagainya,cara konservatif mengunjungi library masih tiada galang gantinya.dan sekarang ini library telah menjadikan wisma sejarah yang terletak di bangunan belakang bahagian dewasa untuk meminjam buku.di wisma sejarah ada tingkat 3&4 untuk pinjaman.tingkat 3 lebih kepada buku berunsur ilmiah seperti agama,ekonomi,motivasi,dan sebagainya dan di tingkat 4 lebih kepada buku berunsur novel pelbagai bahasa.
saya yang merasakan inilah heaven!duduk di sebuah sudut dan menggapai sebuah buku yang begitu menarik untuk dibaca.untuk pengetahuan jika dulu kita perlu ada kad librarian untuk meminjam,tapi sekarang tidak perlu lagi.dulu kita kena beli borang berharga 0.20sen isi borang dan bagi gambar,kalau kad hilang kena denda rm5,tapi sekarang cukup register dengan ic,satu ic boleh pinjam untuk 3 buah buku selama 3 buku,dan jika lambat dipulangkan denda 10 sen sehari akan dikenakan.mykid pun boleh register tau.
saya yg berazam untuk menanamkan minat membaca dalam jiwa alya.semoga suatu masa dia mempunyai minat yang sama seperti saya.walaupun sekarang saya masih belum nampak minat itu ada padanya.
Tetapi percayalah membaca akan membentuk pemikiran anda dan tindakan anda,banyakkan membaca anda akan jadi lebih kreatif dan kritis,dan membaca juga akan membentuk disiplin diri anda,dimana jua anda berada dan apa jua yang anda lakukan,lebih banyak buku yang bernilai dan bermutu yang dibaca akan membentuk jati diri anda.itu yang saya rasakan...dan semoga anak saya ada minat membaca suatu hari nanti
dan pakar pychology pernah menyebut,peribadi seseorang boleh ditentukan dengan apa yang dibaca dan apa yang ditulisnya.dan bacalah yang baik-baik,dan tulislah yang baik-baik kerana ia lambang peribadi anda.
National Library
irdagarmin
isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata.
Menulis dalam kesibukan keluarga dan kerjaya.Jika ada yang bermanfaat buat anda,alhamdulilah.Kongsikan kepada yang lain ya.Jika ada salah dan silap dalam berkarya,maafkan khilaf saya.Yang baik itu dari ALLAH swt,yang buruk itu dari saya yang serba tidak sempurna.
Post a Comment
Thank you,come again :)