Selamat malam...

seharian hari ini menghabiskan masa di rumah mak,almaklum sudah lama tidak menikmati cuti yang sebenarnya.walaupun di kala hujung minggu,dan sempat juga jumpa client sebentar tadi apabila dapat panggilan rezeki coway,hehe..jadi jumpa untuk isi borangkan..rezeki jangan ditolak.

Dalam keserabutan dan kesibukkan bulan ini ditambah hati yang selalunya bergelora,mood itu turun naik,senyumpun kadang2 terukir dan kadang2 ada saja yang menyentap jiwa dan perasaan.Nampaknya ada sesuatu yang mengganggu jiwa saya tapi mungkin kerana saya terlalu berfikir..

Dan malam ini saya tergerak hati untuk berkongsi kepada yang sudi melayari blog saya ini sesuatu mengenai apa yang berlaku dalam rutin harian saya minggu lepas.Ada banyak cerita tapi saya hanya pilih cerita yang terbaik sahaja mungkin untuk pembacaan saya kemudian hari juga.dan mungkin jika ada lagi cerita yang baik untuk dibaca,saya tidak akan lupa untuk menjadikannya bahan cerita.

Hari Isnin minggu lepas,adalah hari permulaan kerja  rutin saya.mungkin orang lain adalah hari  pertama bekerja.istilah monday blues itu ada.tapi saya entah mengapa,begitu teruja untuk bekerja,walaupun hari sebelumnya juga saya bekerja.focus saya satu,untuk dapat sales sebanyaknya..walaupun kpi saya masih di bawah paras KURANG selamat,tapi saya yakin menjelang hujung tahun semuanya akan selamat!saya yakin itu..dan hari Isnin saya bermula untuk berpuasa seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini cuma sejak beberapa bulan yang lalu saya agak liat memulakannya kembali especially lepas raya.Bila orang bertanya puasa apa?saya cuma ckp puasa isnin khamis,

"wahh solehahnya"...

saya tergelak bila ada kawan-kawan mengusik,saya yang bukan solehah,agak rockers dan agak kelam kabut ni menafikannya dengan sebaiknya

"takkan kalau puasa je solehah..taklah,just nak keep fit,n salah satu cara diet,diet badan dan diet poket..:)"

itu jawapan saya bila ditanya,tapi sebenarnya di hati kecil saya,saya mohon puasa ini membuat saya lebih tabah,lebih sabar,lebih baik sebab saya bukan baik sangat,lebih sihat dan menghasilkan aura bertenang.walaupun kadang2 saya hanya bersahur hanya segelas air suam,tapi anda pun cubalah ia kan membuatkan kita lebih sihat sebenarnya,dan kalau nak puasa nabi daud pun boleh iaitu selang sehari.tapi saya tidak sekuat itu.puasa isnin khamis pun saya  selalunya dihambat sebab ada sahaja lunch appointment atau breakfast appointment yang terpaksa saya tangguhkan.

Baiklah apa yang saya nak cerita ini bukan tentang puasa,tapi tentang ISNIN yang memberi pengajaran pada saya.bila sampai di office selepas menyiapkan diri apa yang patot,saya mmg tekad focus hari ini adalah collect seberapa banyak sales.sy chek email dan saya yang perasan sibuk bila orang menegur saya bercakap tapi tidak memandang.mungkin kalau ada yang snap nampaklah muka saya yang serius.

bila ada yang minta sign,saya hanya tenyeh sahaja tanpa membaca,saya pun tak tahu apa yang saya sibuk sgt,mungkin kerana hati saya gelisah.memikirkan hal kerja dan masalah2 lain...

dan hari itu saya didatangi seorang ibu bersama seorang gadis remaja,anaknya.saya yang sedang bercakap di telefon berasa terganggu.saya hanya menyuruh mereka duduk sebentar sebelum saya melayani mereka.getus hati saya,aduhai...kenapa pagi2 saya harus melayani orang..tapi kerana memandang wajah ibu itu..perbualan dengan rakan sejawatan saya matikan,dan saya mula diselubungi bersalah.saya tanyakan maksud tujuan makcik dan adik itu,rupanya makcik ini pernah datang sebelum ini,awal januari tahun ini,dan sampai sekarang kesnya belum selesai,iaitu tuntuan insurance asb loan anaknya yang meninggal.

Saya yang rasa bersalah,dan bertanya kepada makcik itu siapakah pegawai yang handle  kesnya,dan siapa yang yang proses tuntutannya itu,dan ternyata orang yang disebut tiada lagi disitu.saya yang tiada pengalaman berasa kerut saya semakin kuat.dan saya lah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan kes tertangguh tanpa kepastian ini.

Dan PAGI ISNIN itu saya telah menggunakan sebaik2nya kepakaran saya untuk menyelongkar setiap jabatan utk bertanyakan status kes,dari sunlife,ke proses,death claim-ke hq-dari hq ke prosesing dan semuanya sehinggalah jawapan tuntas utk melapangkan makcik itu dapat saya berikan.Dan hari itu saya belajar sesuatu perkara yang tidak pernah saya buat sebelum ini..dan satu perkara yang agak menyentuh hati saya.kata2 makcik itu tentang anaknya

anak bujang,yang sudah dewasa,yang selama ini banyak membantu orang tuanya dan dialah tonggak untuk keluarganya,tapi dia pergi dulu sebelum ibunya,sedangkan ibunya sudah lebih tua darinya,dan saya perasan ada nada sebak di wajah org tua ini,dan saya yang td perasan sibuk di pagi hari,berasa sungguh simpati,saya terfikir..andainya saya pergi dulu dalam keluarga saya?...ya saya  terfikir jika saya mati...bagaimana mak dan adik2 saya..:(

dan cetus hati saya jikalah tuntutan 50 ribu asb loan ni berjaya saya selesaikan,maka saya melakukan ihsan pada keluarga ini.dan saya berjanji pada diri akan menyelesaikannya hingga titik akhir.

dan sebelum pulang makcik ini sempat memuji saya,dan bertanya berapa tahun saya sudah bekerja di bank,saya jawab dah 10 tahun makcik,

"patotlah makcik tengok keje teratur je makcik tengok,cara bercakap pun sejuk je makcik"

alahai makcik,jikalah tadi pagi makcik baca hati saya,mesti makcik tidak akan memuji saya,sebenarnya makcik jumpa saya pagi ini,bukan orang lain kerana ALLAH nak mengajar saya sesuatu,dan makcik adalah petunjuk dari ALLAH,bahawa kerja saya bukan semata2 untuk kepentingan diri sendiri tapi kerja saya ini akan menjadi ibadah saya selagi saya benar2 iklhas dalam melakukannya.dan jangan anggap sesekali orang yang datang itu masalah,itu adalah jalan2 ilmu yang ALLAH hantar .ya benar..focus saya adalah target dan vision saya,dan untuk mengejar visi ALLAH akan hantar orang-orang dalam kehidupan seharian kita mungkin untuk beberapa perkara

1.orang yang baik dan mendoakan kita supaya kita tahu apa sebenarnya tujuan hidup
2.org yang berniat tidak baik,ALLAH nak tahu sejauh mana iman kita.
3.orang-orang yang melalaikan untuk kita tahu tahap mana kekuatan dan semangat kita untuk mencapai sesuatu.

Kisah berikutnya,

saya ditemukan dengan seorang gadis yang sedang dalam masalah.dari meja saya ,saya dapat lihat seseorang yang sedang kebingunan di tiket ambil nombor,saya yang berniat untuk menyapa dan mmg tujuan saya untuk promosi.Bila saya menegurnya,dan dia seperti dilanda masalah,niat saya untuk promosi saya batalkan.

dan dia bertanya soalan kepada saya,..saya menjawab soalannya,tapi jawapan saya tidak memuaskan agaknya,ada seperti ada genangan air mata.saya terus membawanya ke tempat saya.
dan saya suruh dia bercerita dengan baik apa masalah,
tapi sebenarnya saya agak keberatan untuk dia bercerita kerana dia akan ambil masa saya.sedangkan masa saya amat limited .sekali lagi saya perasan sibuk,tapi kerana ingin menjalinkan relationship yang baik dan boleh digunakan untuk promosi akan datang,saya terus mengajaknya untuk duduk dan melayaninya dengan sebaiknya.

Dan tahulah saya,masalahnya dia adalah akan berkahwin bulan hadapan,dan dia telah memberi sejumlah wang kepada mak andam untuk dipinjam sahaja.mak andam itu dikenali di fb sahaja dan sampai sekarang wang itu tidak dipulangkan,sudah berbulan2 berjanji,sedangkan wang itu diperlukan untuk majlisnya nanti.dan hari ini dia chek lagi tiada wang yang dimasukkan seperti yang dijanjikan,dan berlaku juga pergolakan antara dia keluarganya dan tunangnya.saya berasa begitu simpati...

ya dia dalam kecelaruan,..orang lain mungkin berdebar2 untuk berkahwin kerana bahagia,tapi dia berdebar2 kerana masalah ini,dan saya lagak seperti kaunselor,cuba mencari idea untuk menenangkan gadis di depan ini.saya tidak mampu berbuat banyak apa yang saya boleh lakukan adalah  untuk menyemak akaun holder pihak peminjam menggunakan khidmat kawan saya dari bank lain dan apa yang boleh saya berikan hanya kata2 semangat.

"dik..sabar ya,ini dugaan orang nak berkahwin,sabarlah..wang ringgit boleh je kita cari,jangan sebab ini kita berbalah dengan tunang atau keluarga,orang yang meminjam takkan kaya pun,dan kalau dia tak pulangkan akan bertambah melaratlah hidup dia..sabarlah,,ini baru fasa nak berkahwin,kalau awak xmampu menangani masalah kecil ini,nanti bila sudah berkahwin akan lebih banyak masalah akan datang..sebab perkahwinan itu adalah sebuah perjalanan yang tidak lurus selalu,pasti ada bengkang bengkoknya..,ini adalah ujian kecil dari ALLAH untuk awak...dan disini hati awak dan tunang sedang diuji,jika awak gagal mengawal,syaitan akan gelakkan kita kerana gagal membina masjid,redhalah,doa pada ALLAH..sebab ALLAH je yang kawal semua bende dalam hidup ini"

wah tetiba saya terasa seperti ustazah,,,saya hanya follow buku mana tah yang saya baca..tapi ternyata agak berkesan pada gadis itu.dan saya tidak sangka tadi wajahnya yang murung ada senyuman sedikit.

saya berasa lega di hati..dan sebelum dia bangun dari tempat saya,sempat saya promosi jugak,tapi bukan promosi produk bank,xsampai hati saya nak beratkan otak dia yang tengah berselirat tu

"dik nanti kahwin kalau xde PA sistem atau emcee,panggillah akk,akk bagi harga kasih syg"

"wahh..akk buat gak ke,saya ingat akk pakar motivasi je,buat emcee pun"

saya yang tersenyum dengan kata2nya..aah pakarlah sgtkan..saya pakar nak suruh org beli barang je..motivasi tu baca buku pun boleh dik...

dan apalagi..no telefon pun saya berikan..kalau dah rezeki tak kemana..

cerita terakhir yang boleh saya kongsikan adalah pentingnya bersangka baik

hari jumaat yang begitu melelahkan saya kerana kesibukan saya dengan appointment...bila sampai di branch saya memang tercungap2 dan bayangkan satu hari itu saya tak sempat lunch...
saya didatangi seorang wanita berjubah hitam dan bertudung hitam,saya baru nak duduk dan nak menyibukkan diri untuk menyemak wassap berasa agak terganggu.dan saya tidak berapa suka wanita di depan saya saat itu,entah mengapa...mungkin saya perasan sibukkan.

wanita ini membawa sijil mati suaminya dan bersama asb inquiry yang tertera nama anaknya.rupanya ini adalah pengalaman ke dua saya di minggu ini untuk  death claim for asb loan insurance.saya yang berasa nada wanita di depan saya ini agak keras mungkin usianya atau mungkin jua status pekerjaanya,saya yang  terasa hati,layan tak layan sahaja. selepas saya menyelesaikan urusannya dan menyatakan tuntutan itu tidak boleh dilaksanakan,kerana anaknya masih hidup.

dan tiba2 wanita itu tergerak hati untuk memenuhkan asb dirinya dan 4 orang anaknya lagi.Alhamdulilah itu rezeki saya kan?dan tiba2 saya tergerak hati untuk mengenali wanita di depan saya ini yang sebentar tadi sy fikir agak arrogant.

Dia balu yang kaya raya rupanya kerana arwah suaminya terlalu banyak insurance yang dalam proses pembayaran.dan saya bertanya tentang arwah suaminya yang dikahwininya selama 30 tahun.dan saya mendengar dengan penuh khusyuk.wanita ini menceritakan betapa romantis suaminya sehingga sebelum ajalnya mereka masih lagi berwassap seperti pasangan kekasih.siap tunjuk kepada saya saya message terakhir dari suaminya,saya pulak yang sedih baca,tapi wanita ini saya lihat riak wajahnya biasa sahaja...

"suami akak meninggal tiba2 tanpa sakit,jatuh bilik air dan doctor sahkan meninggal sebab serangan jantung,sedangkan dia tiada sakit jantung pun,tapi dah ajalkan"

saya melihat di wajahnya seperti biasa,tiada sebak...tiada kesedihan..yang hanya saya nampak seorang wanita yang tegas dan penuh dedikasi

"boleh saya tahu kak..apa rahsia bertahan lama,"

"my husband is the best man in the world,he do everything for us,n dia tak pernah tinggal solat berjemaah di rumah no matter how busy we r"itu lah rahsia rumahtangga kami.he know his responsibility,n i know my responsibility'kami xkaya,,tapi kami xmiskin..kami bahagia,anak2 kami semua study dan tiada sorang pun yang study dengan loan,everything we pay our own,now alhamdulilah anak semua dah besar,dan dia pergi dengan melaksanakan sebaik2 tanggungjawabnya..apalagi i nak...

saya yang hanya mendengar,,terus khusyuk memerhati,,saya tersenyum..alangkah bahagianya...

saya bertanya lagi

"kak..wah lepas ni akak jadi janda jutawan kak...

"even i jadi jutawan pun,i takkan ubah lifestyle i,i akan tetap mcm ni,dulu pun i mcm ni,even i ngan husband pergi mana2 kat oversea bercuti,xdelah i nak chekin sana sini di fb bagi semua org tahu,cukup i tahu i bahagia,....kami berdua mmg xsuka nak memberitahu semua orang...dan lepas ni pun i akan tetap mcm ni'takperlu lah i nak beli kereta baru atau rumah baru just nak menunjuk2 yang i sangat kaya sekarang kan...

hebat wanita ni,..ada sesuatu yang memberi sedikit tamparan pada saya...dan terus prasangka saya pada wanita ini berubah...dia bukan arrogant tapi memang dia begitu sifatnya..dia sendiri mempunyai syarikat insurance prudential sendiri dan anak2 nya ada yang bekerja dengannya,begitu komited dengan kerja dan anak2..

Allahuakbar..sekali lagi ALLAH hantar orang2 untuk saya belajar sesuatu..
1..pertama jangan cepat berprasangka dengan orang
2.layani semua orang dengan sebaik2nya sebab kamu tidak tahu ALLAH beri rezeki melalui tangan yang mana.

sebelum wanita ini bangun,saya yang teringat2 kata2 easy marketing dila terus mengucapkan dan ia satu doa dari saya
"terima kasih kak,semoga akak jadi wanita bahagia dunia dan akhirat,dan bertemu kekasih akak di syurga kelak,saya doakan akak dan anak2 berada dalam lindungan ALLAH "

Dia yang agak terkesan mungkin dengan kata2 saya terus berpusing ke belakang menghadap saya dan wajahnya bersinar,sempat dia tersenyum yang mana dari tadi dia tak senyum,dan saya menanti senyuman itu..dan kata2 akhirnya
"terima kasih,same goes to u dear,u nice girl..."

alhamdulilah kak...akk..saya tak sebaik yang akak rasa

.. .dan saya tersandar di kerusi..dan berfikir...
pengajaran apa hari ini ya ALLAH?ALHAMDULILAH...saya belajar sesuatu dan saya hari jumaat ini begitu murah rezeki.target saya sudah sempurna......





Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post