"2015 FIGHTER"-Se gah nama sehebat orang2nya.saya juga adalah salah seorang daripada group ini dalam wassap group.tapi saya berbeza dari yang lain kerana saya smart HP.SMART hp diberikan untuk tempoh 3 bulan yang mana melayakkan saya untuk tidak datang thumbprint 3 kali seminggu.jika HP-hp lain kalau tidak datang thumbprint  sebanyak 4 kali sebulan,secara automatic dia tidak dapat title permanent di coway.hanya partime coway.saya diberi keistimewaan itu hanya untuk tempoh masa 3 bulan untuk saya deliver figure.saya yang tidak kisah selamber jer lah grab kan.?walaupun saya tahu menjual coway tidak semudah menjual asb.kena betul-betul rajin dan bersemangat.apa membezakan partime dengan full time?dan kenapa merebut title fulltime?

ini kerana dalam business coway,walaupun modalnya hanyalah rm100 seumur hidup.tapi lagi berbaloi kalau kita bekerja secara fulltime/ini kerana ada allowance yang kan diberikan minima kita menjual 3 unit.serendah2 allowance adalah 800 sehingga 2500 belum termasuk commision per unit.sebab itu income para hp(health planner)tidak kurang dari 10k permonth dan ada yang konsisten mencecah belasan ribu.itu rezeki mereka kan?agak jeles jugak lah sebenarnya,yelah saya ni yang keje hari2 kena kemas,hari2 menghadap compliance dan dapat income belasan ribu tu kena tunggu per quarter,itupun kalau saya leh cecah more than 8 mill asb per quarter...tapi jarang2lah dapat.sbb semangat kan turun naik.itu belum campur tolak epf,income tax,n so on.tapi mereka boleh dapat dalam sebulan.dan ada yang konsisten tu?tak ke jeles?..sbb banyak dalam group ni kawan-kawan sekolah saya dan ada juga yang lagi muda dari saya.confirm ler saya nak jugak mcm mereka kan..tapi rezeki kan masing2,lain orang lain caranya,besar kuali banyak plak isinya..maknanya rezeki yang berbaloi adalah rezeki yang berkat..baru sentiasa cukupkan?

tapi apa yang membuat saya kagum adalah semangat mereka.hebatlah diorang punya semangat sampai saya sendiri terfikir"tak penat ke"mana diorang dpt energy macam tu.dan saya dapat semangat berkobar2 untuk focus coway jugak asbabnya dari mereka.kalau mereka boleh kenapa tidak saya kan.mereka tidak mengenal erti putus asa,kedai makan,mamak restoran,pasar pagi ,pasar malam,booth pasar raya,online marketing,tele marketing semua mereka sosah je..saya rasa saya jual asb xde lah sampai cam ni..tapi saya suka semangat mereka kalau tak mcm mana nak maintain 5 figure income everymonthkan?.ini baru peringkat hp,kalau naik level sikit lain pulak caranya.hebatlah diorang..bukan senang tau nak tebal muka n promote produk,hanya orang yang xkenal erti putus asa je lah boleh lakukan.dan kerana semangat mereka itu,saya yang ada vision untuk october,pun cuba turun padang.

ternyata saya tidak sehebat mereka...saya masih lagi kaku.saya masih malu2,dan saya masih tidak sekuat mereka.entah mengapa saya rasa kekurangan diri saya.mungkin saya merasakan,kalau xbuat pun xpa,sbb saya ada kerja sebenar saya di bank.diorang memang ini satu2 nya sumber pencarian.kenalah keje kuat sikit.ermm inilah bahana sebenarnya kalau hati separuh2..adoii..xboleh jadi mcm ni..saya harus seperti mereka,bukan buat sikit2,kena ckp kat diri kalau "diorang boleh kenapa tidak aku..."

ini adalah salah seorang ahli dalam group one team dan under leader 2015 fighter.dulu bekerja sebagai executive di syarikat telekomunikasi.berusia lebih muda dari saya,dan skrang dia mempunyai income cecah belasan per month.nampak?ini pasar tani mana tah dia pergi.saya suka semangatnya...


kadang-kadang walaupun nampak mcm sempoi je keje ni,nampak tidak smart mcm keje ofis,berpanas dan berhujan,dan ada orang pandang keje yang tiada masa depan,tapi ternyata ini adalah rezeki dr TUHAN.

dari pasar pagi turun pasar malam.untuk pengetahuan saya hanya mengikuti perkembangan ini dalam group wassap.saya belum lagi sampai terjah pasar pagi  dan pasar malam.bukan sebab tidak mahu tapi saya ada komitmen lain ketika mereka bergerak ke sana.

menebar flyers salah satu rutin direct selling.kalau nasib baik ada yang contact kita dari flyers dan kalau nasib xbaik,flyers bertebaran di atas jalan atau tong sampah..salah  satu pic yang saya ambil dari wassap group juga.

sapa cakap wanita mengandung xboleh turun padang.salah seorang ahli 2015 fighter group,merupakan ex-executive di SME BANK.skrg adalah HPdi coway dan tidak lama lagi akan menjadi HM.good luck mom to be:)

terlalu banyak lagi picture yang dikongsikan di group.semuanya pembakar semangat saya yang mengikuti perkembangan mereka.dan kebanyakan income mereka pula masuk dalam bank tempat saya bekerja,lagilah saya terbakar...

tidak mengenal erti putus asa,tidak alergic panas atau hujan.cuaca berjerebu mahupun tidak.mereka terus berjalan .berkumpulan mahupun berseorangan,yang pasti mereka tidak pernah putus semangat.ye lah nak maintain ranking masing2 kan.semangat mereka tidak seperti saya turun naik.kalau di bank,saya memang pastikan setiap hari ada sales masuk,tapi ada ketika saya akan down agak lambat untuk bangkit semula,dan saya akan berlengah kerana berfikir saya masih ada gaji bulanan.tapi tidak untuk mereka.ternyata mereka adalah pencetus semangat saya untuk seminggu ini.

walaupun saya on off di coway.tapi saya ada juga membawa seorang kenalan saya dari seorang suri rumah sebelum ini kepada seorang yang memperoleh income 10k above permonth.dia adalah kawan sekolah menengah saya.saya hanya berkongsi sedikit idea di FB,ternyata bila dia PM saya dan terus register menjadi hp coway.dan ternyata dia mempunyai pendapatan melebihi saya tiap bulan,dan merupakan fighter dalam group juga.saya jeles?tidak..dan saya berbangga perkongsian saya juga telah merubahnya?jeles untuk mencapai level yang sama itu biasa dan jadikan ia momentum untuk sama2 mencetus fenomena dalam coway..tapi saya happy juga sebab saya mampu mengubah gaya hidup kawan-kawan saya dengan berkongsi sedikit idea.rezeki orang kan tidak sama...dan saya tersenyum puas kerana kawan-kawan saya pun happy.ternyata saya senang bekerja dengan orang-orang yang telah lama mengenali saya dan mereka juga mudah mempercayai apa yang saya cuba sampaikan.Tahniah  syu!,dari suri rumah kepada someone now.

Benar,siapa kawan anda akan mempengaruhi cara anda berfikir dan juga bertindak.dan orang yang ada misi dalam hidup nya akan lebih mudah untuk kita cuba ubah,dan kawan yang baik adalah kawan yang mampu memberi manfaat kepada kawannya.saya cukup gembira dengan pencapaian kawan saya ini..
proud of u  ws winner.consistent!from housewife,u r someone now

Sekarang saya mempunyai ramai kawan sekolah dalam team saya.dan mungkin esok akan bertambah lagi:)

Tapi saya yang tidak berkesempatan untuk guide sepenuh masa,bersyukur kerana mempunyai leader atasan yang sentiasa sokong saya.Dan kalau ada yang bertanya dibawah jagaan saya,saya terus suruh contact leader ataupun tanya dalam group.walaupun kadang-kadang statement dia buat saya agak sentap,saya tersengeh je..apalagi saya boleh buat

"ko ni irda banyak buang masa aku tau..dah tulis kat group tanya lagi.pemalas nak baca wassap group napa"

"beb,bukan malas,kadang-kadang pening nak baca banyak sangat group.tue tanya balik"

last dialog dia yang buat saya terdiam .tapi sekejap je,betul lah dia cakap tu.saya nak merajuk buat apa.masuk telinga kiri kuar telinga kanan...baru tahu jadi leader bukan senang oo..nak jaga mcm2 pe'el member.dan saya selalu kacau dia tanya itu ini...:)dah tanya esok tanya lagi...bukan apa dalam kepala saya ni bukan ada satu perkara tapi pelbagai perkara .lepas ni kena ada personal assistant kot utk simpan semua.ada diari pun xcukup.berangan jap!

Lambang kuda ini menunjukkan ketangkasan dan kepantasan ahlinya.fast action fast result.saya cukup bertuah dan bersyukur berada dalam group ini.GM dan SM nya adalah bawah umur nya dari saya,dari coway sekarang ada 7 spa,dan ada syarikat2 lain.dan saya yang tiada apa-apa,masih merangkak seperti kura-kura dan mana tahu saya sepantas kuda suatu masa nanti kan?berangan lagi...:)

yang penting ikut resmi kura-kura,walaupun perlahan,lambat tapi tidak bongkak dan terus cuba mencapai visi dan misinya dalam hidup.yang penting rajin,semangat,dan tidak mengenal erti putus asa.

ok saya nak minum dulu..mana lah budak2 ni,sempat saya mengupdate blog menunggu mereka.Dalam keramaian kedai ini saya lari dengan dunia sendiri dan tersenyum sendiri.walaupun kepala agak berselirat dengan pelbagai agenda,blog tidak pernah saya lupakan

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post