salam...

 minggu ni banyak cerita tentang saya buat roadshow,booth marketing dan outdoor activity saja...Lepas je weekdays ni saya nak amik dua hari weekend untuk berehat .mata pun dah sembab agak penat,muka pun semakin tidak bermaya,entah mengapa,semangat apa yang datang buat saya kerja keras seminggu ni ..tapi saya happy je,sbb walaupun penat saya dapat rasa apa yang team lain cuba buat..cuba mencabar diri sendiri..dalam seminggu saya nak deliver apa orang lain cuba buat.eheheh..mmg lintang pukang lah cara saya bekerjakan...bukan tamak kan income,itu sebenarnya sampingan.kalau dpt alhamdulilah.tapi sebenarnya saya nak rasa mcm mana mereka mencari customer dengan main terjah saja.berbeza di bank,customer mudah saya nak tangkap,selain ada leads dan walkin client,product bank itu sendiri mmg dicari oleh client.tapi berbeza dengan coway!kita harus turun dan berusaha keras,jadi hasilnya pun lumayan seperti mana kita berusaha itu.

ok saya sambung tulis ni lepas makan malam.walaupun hari ni dari pagi sampai petang sibuk di luaran.semangat apa yang datang hari ini masih kuat untuk singgah di kedai,beli ikan,udang utk masak makan malam pula.so menu kami malam ini adalah sambal ikan plus terung,udang goreng kunyit & sup cendawan for baby alya.alya alhamdulilah,makan nasi habis malam ini.ini satu kepuasan kepada saya,walaupun penat tapi berbaloi kalau anak makan selera.yang tak larat adalah mengemas lepas masak,almaklum kalau balik kerja untuk ke dapur dan mengejar waktu supaya tak terlewat magrib,jadi mmg masak macam kungfu lah,baling-baling dengan kadar segera,supaya terhidang dengan sempurna.kalau dah sampai rumah 6.30pm bayangkan macam mana nak menyiapkan 3 menu dalam satu jam!by the way i manage it...lepas makan bila ke dapur,..allahuakbar mcm kapal pecah,satu hal untuk mengemas pula.itulah rutin harian seorang ibu yang bekerja..tapi tahu tak mcm mana untuk mengelakkan diri dari rasa mengeluh?anggap setiap kali anda mengejar detik waktu untuk menyiapkan sesuatu anda bagaikan exercise .lama saya tidak datang zumba kerana saya bercuti.walaupun bercuti saya bekerja sebenarnya.jadi sy akan pasng music kalau boleh masa di dapur.so sepantas putaran lagu mcm tu lah gayanya untuk potong sayur atau menyiang ikan.nasib jari saya yang manis ini tidak tercedera oleh tajamnya pisau!ceewahhh..dan untuk memasak dengan pantas saya menggunakan semua periuk kuali.jika sebelah buat sambal,satu lagi buat sayur,tengah terjerang kita masak nasi.tunggu ikan masak sediakan minuman.sambil tunggu lagi,masukkan kain dalam machine.so memang benar kadang2 kita ibarat tangan octopus.syabas kepada ibu-ibu yang bekerja di luar dan bekerja di rumah.tak termasuk dikerjakan lagi.alahai...heheh

ok malam ni saya baru sahaja selesai bercerita dengan alya.hajat di hati tadi nak tido terus.esok pagi2 saya ada training lagi dengan anasdilla.tak sabar nak dapat ilmu dari fasilitator yang sungguh ikhlas itu.dan selepas dapat ilmu tu xsabar pulak untuk mengaplikasikannya.saya akan ceritakan nanti kesan penggunaan sistem itu dalam dunia marketing saya.tadi saya terpaksa main teka-teki dengan alya.kebiasaannya kalau lepas diberi teka teki anak ini akan tido terus,malam ni dia nak layan upin-ipin pulak.belum mengantuk katanya.selalunya saya malas betul nak berteka teki,sbb teki-teki yang kami selalu kongsikan bersama,saya tahu dah jawapannya dan berulang-ulang je tiap hari.saya je buat-buat tak tahu.contohnya mama dalam banyak2 buah,buah apa banyak duri.dalam banyak2 mi,mi apa tak boleh makan.alahai alya..bosan mama teki teki sama je hari-hari.tapi layan je lah kan...anak sayang buah hati pengarang jantung! 

dalam minggu ni saya agak kelelahan,lain benar rasanya,baru saya tahu menghargai apa yang saya ada sekarang.saya bukan berputus asa atau mengalah,pantang saya mengalah sebelum berjuang,saya yakin setiap rezeki TUHAN.banyak perkara saya belajar selama turun padang dengan ONE TEAM.ada yang baik,ada yang bagus utk dicontohi ada juga yang saya ambil sebagai iktibar,bila bergerak secara berkumpulan,ada pelbagai ragam dan perangai.ada yang ok ada yang terlebih emosi dan ada yang slow motion,ada yang focus dan ada yang main2.biasalah manusia kan,mana ada manusia yang sama ja perangainya.dalam berkumpulan,kadang-kadang ada yang mudah sentap,ada yang kepala gila dan ada yang cuba menonjolkan diri yg terbaik .biasalah tu..sekali lagi saya kata dah namanya manusia.tapi ada juga ahli kumpulan yang agak tua dari saya memang boleh dihargai,ada yang mcm kakak2 dan ada yang mcm abang2.pengalaman saya join booth coway pun banyak mengajar saya betapa semangat kumpulan itu penting.saya tidak boleh mementingkan diri sendiri,kebetulan ada booth saya ni toilet nya pun jauh dan agak terpencil ditambah lagi disitu adalah kawasan foreigner.bila saya nak ke toilet,ada ahli kumpulan yang lebih tua yang saya anggap seperti abang-abang siap hantar dan tunggu dari jauh supaya tiada apa-apa yang berlaku.terasa diri dilindungi disitu.ada pula ahli kumpulan,kalau saya tidak berapa faham dan jelas untuk menerangkan dengan customer,mereka akan cuba membantu.saya terharu disitu.tapi dalam yang baik2 tu biasalah kadang2 ada yang terasa diri di sailang,hehehe apalagi kami bersaing antara satu sama lain..biasalah tu kan...tapi jika"kamu sedar konsep rezei itu sebenarnya,maka tidak wujud lah istilah sailang dalam kumpulan"saya pinjam kata2 GM saya dan saya tulis kembali disini.:)

bila joint booth apa yang saya tidak suka adalah kadang-kadang toilet jauh,jadi saya hadkan untuk minum air,dan kesukaran saya untuk mendapatkan makanan.booth saya ni dekat dengan kedai mamak je.saya ni dah lah tak berapa gemar kedai mamak.maaf saya bukan apa.saya tidak suka makan curry.jadi pada satu hari tu sebab dah lapar sangat terpaksa juga saya bungkus makanan dan makan sebab dah gigil nak makan,kedai lain jauh sangat.jadi saya pun bungkus je lah.kedai mamak pun mamak lah.tak de pilihan.wuaa saya rindu makanan area office saya.
selamber je makan kat booth

saya yang hanya membungkus dan tidak makan disitu,kerana entahlah saya tidak selesa...apalagi makan seorang di kedai mamak!

satu hal lagi bila saya buat marketing (outdoor activity) especially area KL,saya yang mungkin muka bersepah-sepah banyak pulak jumpa kenalan.ada saja orang yang saya jumpa kenal saya.perasan famous pulak.bayangkan ada satu tempat tu saya pergi,first saya jumpa ex classmate saya,sejam lepas tu saya jumpa kwn satu lorong rumah mak saya dan lepas tu saya terjumpa pulak client saya di bank.adohai,mana saya nak sorok muka ni?malu ke saya..saya tidak malu cuma saya malas nak explain bende yang sama.

"u buat apa sini?eh bukan u keje bank ke?laa bila pulak buat coway?habis tu keje u mcm mana"

semuanya lebih kurang tu je soalan,saya yang muka penat mungkin sebab cuaca agak panas dan ditambah jerebu lagi,malas je nak jawab.kalau boleh nak record je jawapan,nanti kalau jumpa lagi orang yang kita kenal,just pasang je rakaman sebelum diorang sempat bertanya,tak sangka ramai jugak yang notice saya ya dalam ramai-ramai yang ada disitu,kenapalah perasan saya?perasan artis disitu...kak nak autograf :p~~

ok saya yang kadang-kadang pakai uniform coway,cuba menyorok di balik tiang.haha terasa lawak disitu,tapi entah kenapa malas betul kalau nampak orang yang saya kenal.adohai.saya ni yang dalam kepala berfikir kalaulah saya terserempak dengan kawan ofis,boss atau orang HR apakah alasan yang munasabah ya.bukankah dalam agreement MANA boleh bekerja lebih dari satu?saya tahu tu,tapi saya masih perform kot dalam bank,apa yang kisah sangat kan?lainlah saya ni kaki mc,kaki ponteng,lepas tu prestasi di bank jatuh,lainlah cita kan?tapi kalauLAH kan,kalau lah saya dipanggill datang menghadap dan pilih antara dua kerja ini,wahh haru biru jugak disitu,takpe biar masa menentukan kan.kadang-kadang hidup ni penuh risiko kan,melanggar undang-undang manusia tu biasa,yang salah adalah melanggar undang2 ALLAH.:).Ok irda

Ada satu hal yang agak menyentuh saya dan saya agak beremosi dalam menulis malam ini adalah,apabila saya terserempak satu pa kepada seorang client preferred saya.minah ni cantiklah,seksi lah jugak,tapi kadang2 orang cantik ni pemikiraan dia tak secantik wajahnya.kalau dicakap bodoh sombong nanti maraahkaan..so nak caakaap apa laah yah...laantak ko laah mek.

bila dia terserempak saya,
'eh u,buat apa kat sini,cuaca berjerebu kat luar ni,habuk2"apa u nak berhenti keje ke?buat bende ni,u boleh ke,ekonomi tak stabil kot,baik duduk bank je,ada aircond,u pakai cantik2,tak yah panas,tak yah kena habuk,kalau i i xnaklah,kalau duk bank confirm u ada gaji kan'

saya rasakan kebanyakan wanita yang perasan cantik,mungkin kerja mcm ni tak sesuai utk mereka,ye lah nak tebal muka promote kat orang,kalau booth kat luar pasar raya,kena habuk,memang tidak segah duduk di ofis,tapi bagi saya,apa susah sangat,apa yang hina sangat,nampak je keje mcm ni xde masa depan,cuba masuk dulu dan lihat mereka dari level lain.sampai bila ko nak menjaja muka ko yang lawa untuk jadi pa,saya xckap pa xbaik,dulu saya pun pernah buat kerja pa,tapi setiap orang tu ada tujuan yang berbeza.kalau lah saya tempat dia,saya letih.bukan letih kerana kerja,saya letih kerana jiwa saya tidak bebas untuk berkolaborasi dengan dunia luar untuk mencetuskan sesuatu yang lebih dari kemampuan diri,untuk tahu sejauh mana potensi diri.

maaf ckp,jadi pa pun bagus,ye lah bukan senang nak jaga boss,catat minit mesyuarat,booking iu ini,catat itu ini,set appointment itu ini,sebab saya dua tahun buat kerja itu,tapi jiwa saya tiada disitu,hati saya mati,kerja saya semakin hari semakin lesu sbb saya terasa tiada cabaran kerja itu.itu bagi saya,mungkin lain orang lain pendapatnya.ikutlah kan..tapi satu hal yang harus kita tahu,bila kita tidak tahu apa-apa jangan sesekali memperlekehkan orang itu khususnya di tempat public,dik, g sekolah balik dik,dan ingat kadang2 diamlah lebih baik dari bertanya dan mempersoalkan orang..dan ingat bahasa dan perkataan memainkan peranan dalam bual bicara dengan orang.

dan untuk pengetahuan anda wahai adik manis..saya juga merupakan preferred client di bank saya bekerja sendiri,jika anda cuma pa kepada boss anda yang merupakan  preferred client di bank saya yang akan mendapat layanan kelas vip,seperti kaunter banking duduk dengan ada secawan kopi,enjoy airport lounge free for 4 times in a year,golf n banyak keistimewaan lain sebagai vip client,saya juga setaraf boss anda,malas nak tunjuk je.huh ,kadang2 kalau orang show off,kita kena show off jugak kan.nak je saya keluarkan kad preferred saya,suruh dia beli apa yang patut untuk dapatkan diskaun,tapi ishh mulut ni terkunci je rasanya.dan kalau lah saya tunjukkan kad tu saya nak suruh dia bertanya kat bosnya mcm mana nak dptkan taraf preferred tu berapa perlu ada simpanan?baru dia tahu betapa saya bekerja keras untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan client2 saya yang bertaraf vip.cuma malas nak tunjuk..kadang2 untuk mendominasi manusia di depan anda,tidak perlu berlutut memohon simpati,cukup meletakkan diri sejajar dengan mereka,baru respect itu timbul.bukankah penilaian manusia sering begitu??.hemmm sakit pulak hati terbawa emosi.sudahlah irda!

meja tiada,tempat securitY guard pun jadilah


dimana-mana jua adalah marketing,seminggu ini betul-betul mengajar saya sesuatu,semangat kawan,mereka menggunakan apa sahaja fasiliti yang ada untuk menjana pendapatan.mereka bukan tamak tapi mereka mencetus semangat.bayangkan mereka sungguh konsisten,saya yang MERASA aura itu cuba juga menggunakan apa sahaja yang ada untuk mencari sales,saya tepiskan perasaan malu,celah mana pun saya cuba,tapi ternyata saya masih belum sehebat mereka.saya kalah tapi bukan bererti saya mengaLAH


saya tidak malu,cuma saya masih perlu belajar banyak perkara.knowledge saya masih belum sempurna untuk menerangkan dengan baik kepada client.dan saya juga sedang belajar menggunakan setiap ruang dengan baik.jika di bank,saya hanya perlu cari sales,yang lain2 management yang sediakan tapi tidak di coway,dari A-z kita kena buat.tak de kerusi bersandarlah,xde meja gapailah apa yang ada,yang penting fast action fast result.dan hari pertama saya joint booth.alhamdulilah saya dapat close satu deal dan terus sign up keesokkannya.dan ternyata,rezeki ini bukan diatur oleh menagement tempat saya bekerja tapi management oleh ALLAH

dan selepas ini saya harap saya  lebih yakin untuk berhadapan dengan dunia luar,jika esok saya terserempak dengan client bank ka,rakan2 pejabat ka,saya akan tersenyum dan katakan dah pakai coway di rumah?so bila lagi nak ambik?saya sedang cuba mencari miracle dalam hidup saya ini dengan berfikir selamber lah,asalkan tidak menganiaya orang..apa kisah orang kata?

dan semoga hari esok saya lebih baik.jom tido.alya dah berdengkur rupanya.ishh baby mama ni tido mcm orang dewasa,kalau awak dah dewasa pun awak tetap baby bagi mama.

ok gud nite...





Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post