Nur alya hari ini mama sekali lagi untuk tahun ke dua menyediakan keperluan sekolah .Tiada baju berjenama atau kasut berjenama,cukup apa adanya.Bukan mama tidak mampu,tapi mama ingin kamu belajar menerima apa adanya.mama beli di kedai biasa,asalkan kualiti kainnya baik dan selesa untuk kamu pakai,sudah cukup.Mama ingin kamu belajar berjimat,jangan pensel asyik hilang,warna asyik hilang,gam asyik hilang,setiap bulan kamu hilangkan .Dan setiap kali itu juga kamu mama marahi..

Nur alya,tiada harta mama selain kamu,tiada yang hilangkan penat mama selain kamu,kamu adalah harta mama dunia akhirat.dan kamu tempat lerai lara pembalut luka.senyummu itu mahal,kerana kamu bukanlah seorang yang suka tersenyum untuk bergambar.Walaupun kamu satu2nya anak mama,tidak sesekali kamu mama manjakan dengan material.cukup apa adanya..kerana mama ingin kamu belajar untuk menghargai apa jua yang kami beri sebagai ibu bapa.Biar kamu merengek,biar kamu merajuk,tapi jika ia hanya kehendak bukan keperluan,permintaan mu tidak akan mama layan.

belajarlah sayang mama,menghargai setiap sesuatu itu.

Nur alya,jika kamu adalah pelajar terpintar di sekolah,itu adalah bonus untuk mama,jika kamu seorang pelajar yang hebat mahupun aktif dalam ko-kurikulum ,itu adalah sebuah senyuman untuk mama..dan sesungguhnya kamu adalah penyambung legasi mama.

.tapi mama hanya berharap dan berdoa,kamu menjadi manusia berguna untuk mama dan keluarga,menjadi anak solehah,dan tempat mama menumpang kasih sayang bila tua.Dan bilamana mama sudah tiada,kamu titipkan secebis doa buat mama di alam sana

Kerana mu Nur Alya,harta mama satu2nya..dan mama ingin kamu menjadi manusia berguna,bukan hanya pandai di sekolah tapi mama hendak kamu berjaya dunia akhirat.Berjayanya kamu kelak bukan diukur berapa A' kamu dapat,tapi berjayanya kamu adakah kamu berjaya mengharungi hidup ini dengan sebaiknya,pandai jaga diri dan pandai jaga keluarga suatu hari nanti.

doa mama buat mu,seindah namamu nur alya shafiqa seindah itu lah hendaknya akhlakmu...
 




Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post