Shopping sampai lebam :)
Thank you management


My first reward in 2016! ada sesuatu yang menarik untuk diterima dari management banking.One thing seronok jadi marketing people,anda sentiasa menerima kejutan dari company.Alhamdulilah syukur rezeki untuk shopping free lagi...terima kasih my luvly bank.

Salah satu sebab saya masih berat hati nak tinggalkan Bank.kerana kerja keras saya masih dihargai.Dan voucher ni saya akan habiskan untuk beli handbag baru.hehe reward diri kan?saya bukan seorang yang suka beli handbag or perfume yang mahal-mahal,tapi dengan voucher ini baru saya nak beli.ini cara kita reward diri selepas berpenat lelah. sekurang2nya apabila kita beli barang macam tu,bila kita tengok..akan bagi semangat lagi untuk focus pada kerja dengan sebaiknya.Terima kasih my management!

ALYA sempat mencelah'bolehlah alya dapat beg sekolah baru kan mama....'hehe aduhai anak...

WHEN U SUCCESS IN COWAY, U MUST SUCCESS IN BANKING . IMPORTANT U MUST SUCCESS AS MOTHER,AS WIFE & AS DAUGHTER FOR UR PARENTS!

Jika anda hendak hebat di luar,anda harus hebat di rumah dulu.jaga keluarga anda,tanggungjawab anda sebagai ibu,kerana rezeki anda diluar bukan kerana usaha anda saja tapi kerana doa2 orang yang menyayangi anda.ibubapa anda,adalah kejayaan untuk anda.

tidak guna hebat diluar,jika keluarga anda abaikan..kerana jika anda berpenat lelah untuk mengurus business orang dan mengurus masalah orang lain ketika bekerja,mengurus kewangan orang lain,memberi nasihat dan consult orang lain,pastikan anda di rumah juga menggalas tanggungjawab yang sama.kunci kejayaan anda di luar adakah anda berjaya mengurus masa anda dan keluarga anda,baru itu namanya win-win situation!

sifir hidup ini mudah,wasatiah(bersederhanalah)dalam segala hal,kunci bahagia bukan wang yang melimpah2,bukan pangkat atau kuasa,tapi kunci bahagia adakah anda berasa tenang dan dikelilingi orang2 yang menyayangi anda.

Dan percayalah,sejauh mana anda melangkah,sehebat mana pujian orang pada anda,sebanyak mana sijil penghargaan anda terima,kelak...anda akan mencari orang yang terdekat dan yang memahami anda.pujian orang apalah sangat,kerana mereka mengenal anda di luaran saja,tapi keluarga anda lebih mengenali anda,jadi utamakan mereka..kerana bila anda sakit atau anda tersisih,mungkin hanya keluarga anda yang berada disisi,ketika itu,.

kadang2 sekuat atau sehebat mana pun seseorang itu,apabila dia ditimpa kesusahan seperti ditimpa masalah atau terlantar sakit,dia tidak lari dari perlukan perhatian atau mencari  tempat mencurahkan rasa tekanan atau apa saja,dan semua itu hanya boleh dilakukan dari orang2 yang mempunyai rasa concern pada kita dan benar2 merasakan kita sebahagian dari hidupnya.dan ketika itu,mungkin kita merasakan pujian orang tidak perlu,sijil2 penghargaan tidak perlu lagi,kerana kadang2 apa sangat dengan penghargaan manusia kan?kerana apabila badan lemah tak berdaya,kita hanya perlukan sedikit perhatian dari orang-orang tersayang..

ibarat acuan matematik,5x2 jawapan 10,7 tolak 5 jawapan dua,ia sudah pasti ada jawapannya,tidak pernah lari jawapan dan tidak pernah berubah jawapan,begitu juga dengan hidup,setiap perkara itu pasti ada jawapannya,anda berusaha,jawapannya anda akan berjaya.anda yakin,jawapannya anda akan capai sasaran,anda malas,anda akan culas,anda negatif,anda akan dibenci,anda jiwa tertekan,penyakit akan datang.kajian menunjukkan,orang yang jiwanyaa tertekan,sakit hati atau apa saja yang beraura negatif,akan cepat mendapat penyakit,kerana ketidakstabilan hormon..dan jika anda bekerja keras di rumah untuk urusan di rumah,dan bekerja keras di luar untuk urusan duniawi,membagi masa dengan baik..insyaALLAH dua2nya akan terkawal dengan baik

.itu memang jawapan dalam hidup.ia tidak akan tersasar walau sedikit pun,cuma bezanya jawapan matematik tuntas ,tapi jawapan untuk setiap apa yang dalam hidup sentiasa berpusing2,walau bagaimana jauh ia berpusing2, suatu masa ia pasti ada noktahnya.

Jika anda merasa lelah untuk setiap permasalahn hidup,masih belum menerima jawapan,maknanya anda seorang yang tewas sebelum berjuang.sedangkan hidup ini ibarat medan perang,perlu tangkas,perlu focus,perlu teliti,dan perlu ada semangat juang,baru anda tidak menjadi biasa2,melakukan perkara2 biasa2,sedangkan dari rutin biasa seharian anda mampu menjadikannya luar biasa jika anda kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti anda asalkan ia bermanfaat.



faham?hehe..saya menggunakan bahasa kiasan...supaya anda yang membaca berfikir untuk memahaminya

usah terlalu lama mengeluh pada sesuatu perkara,sedangkan hidup ini terlalu singkat untuk termangu lama,bangkitlah dan bangunlah,kerana di depan terlalu banyak perkara yang sedang menanti kita untuk dikerjakan! lakukan pelbagai perkara sebelum usia beranjak senja.supaya kita tidak menyesal kemudian hari.,apabila tua,idea kalau banyak pun xguna,kerana tenaga kita tidak mampu untuk buat kita aktif lagi.dan saat ini,ketika ini,jangan persiakan energy kita dan masa kita,lakukan apa saja dan cuba saja apa yang terbaik dalam hidup ini!

DONT STRESS..DO UR BEST,TRY UR BEST & FORGET THE REST.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post