Hi dan selamat datang ke irda garmin,cetusan kerjaya dan pendapat sebagai tulisan kecil.Seperti yang saya cerita sebelum ini,tahun ini adalah kali ke tiga saya dapat join csd convention anjuran bank tempat saya bekerja.Beza nya dua tahun lepas yang di adakan di athens melaka dan double tree,event dua hari.Tahun ini hanya sehari.Alhamdulilah walaupun sehari,tahniah kepada community,event ini success dan berjalan dengan lancar.
Bukan senang tau nak kumpulkan staff-staff dari 300 over branches nationwide,belum termasuk management dan headquarters dan msf.Dengan nak mengurus accomodation,flight ticket mereka belum ditambah tolak perangai yang macam-macam.Tahniah sekali lagi pada team yang terlibat.Nasrul,fiza nayan,rave,noha adalah antara community yang saya kenal.Yang lain kenal-kenal macam tu je,tak tau nama,bukan sombong,saya tak sempat nak berborak.
Tepat pukul 8.00 am,saya sampai di hotel sunway resort hotel&spa .First sekali saya yang perasan duduk sini macam lama je siap bawak beg yang ada roda tu.Perasan macam pergi airport ala-ala gitu,jalan pun semacam catwalk aku..alahai irda...jangan nak poyo sangat!kekeke terus ke kaunter untuk bertanya samaada ada room saya.walaupun event ni sehari tapi ia sampai pukul 12 malam.yang saya tahu saya dah request bilik dan management dah approvedkan.Thank you management!
Bila saya dah confirm ada bilik ,saya tinggalkan luggage saya di bahagian yang disediakan.Saya bawak laptop as usual sekarang laptop tak berpisah dengan saya.Saya kendong macam kendong anak je,sebab dalam laptop saya ada garmin saya.hehe
Naik ke tingkat 15 saya disambut oleh NOHA,si gadis manis.senyum je dan kecik molek je orangnya.Jumpa setahun sekali kan.memang berpeluk-peluk lah kami.Noha ni adalah salah satu supporter saya masa di bank negara dulu dan dia adalah dari bahagian csd media & performance unit juga.saya request bilik melalui dia juga.tq Noha...
Belum sempat register,saya dah sarapan dulu.Saya ambik mihun,sandwich dan semua yang ada,Dr Tuah cakap makan free jangan bazirkan.:)
Lama saya tengok ni apa bende lah ni...laa chicken pie rupanya.
my first menu di pagi hari sabtu 20 haribulan 2016 |
sebelum makan kasi selfie sikit |
Saya makan pun tetap galas laptop tau.Sebab saya sayang laptop saya.hehe..actually saya takut letak di bawah sebab takut tertinggal,lepas ni saya bukanlah seorang yang suka tertinggal barang lagi hokey
Kenapa saya duduk di tepi-tepi tingkap tu,almaklum kalau makan di hotel untuk breakfast dan tea break,memang tak de kerusi.ala-ala western gitu,makan sambil berdiri dan berborak.Saya yang selamber duduk je lah tepi ini walaupun terasing dari semua orang,yang penting ikut sunnah makan dan minum duduk!tapi kan masa tea break saya makan berdiri jugak,sebab masa tu dah sesak..alahai irda..
ini cara paling mudah untuk register,just masukkan staff id saya yang 6 digit tu.Orang cina cakap staff number saya ong!maksud staff id saya dalam bahasa cina adalah "untung dapat wang terus dapat wang"wow..saya pun tak tahu,exboss saya yang cakap?apa staff id saya?biarlah rahsia ye.kang ada pulak orang beli nombor ekor kang.
Mata saya terpana sekejap dengan gallery board ni.Cepatnya masa berlalu,bermacam-macam aktiviti 2015 sudah berlalu.Dan malam ini adalah penutup untuk semua yang berlalu tahun lepas
Tema event tahun ini adalah kinetic.Apa itu kinetic.2 jam presention by en azam my head CSD menerangkan tentang kinetic.Saya yang skema catat dalam diary tau.Ada sorang budak cina yang baru join bank dari penang.tegur saya..baik budaknya siap dah kenal dan saya tahu dia pun buat partime trading online.jadi sales person bukan susah sangat nak cari kawan kan...
"wah u amik note ya,banyak bagus ya,ini mesti budak bagus ni"
me:Tak dalah i amik note sebab nak menulis.
"wah u tulis apa?"
me:tulis blog!
"wah..blogger patotlah"
berapa banyak wah lah leng chai?ok sambung note saya dibawah apa itu kinetic?mula-mula saya pun tak tahu apa itu kinetic,yang saya ingat macam bunyi lagu kru je,fanatik,fanatik..hahaha...kadang-kadang irda ni dalam serius ada bengong jugak tau.
kinetic adalah energy-movement each part,macam jam tangan atau apa saja yang bergerak yang dalamnya ada cantuman kinetic.kinetic jugalah combination & work together.So every single person atau department dalam bank adalah macam kinetic,play a major roll to move,to achieve our target,dan kinetic akan terus move no matter what happen.senang cerita kinetic ni macam usaha yang berterusan.dan everyone in banking adalah ibarat kinetic together put effort to achieve mision & vision.
kinetic"we work with each other and for each other"
i love kinetic word.& i learn today
2 jam presentation by CSD head,sebenarnya saya takdelah focus sangat.ada part saya dengar,ada part saya lebih leka baca fb,google dan berangan.saya tak boleh lah duduk lama,punggung rasa berat je.
Bila cerita bab kpi,saya focus |
Bila cerita bab incentive ada changes,lagi lah saya berdebar,apa lagi nak ubah ni fikir saya?
Break time makan lagi...
saya second day "kawan baik" datang hari ni,ada senggugut sikit-sikit,nak telan tembikai ni..tapi orang cakap tak elok makan time tu.Betul ke?Entahlah....
Tea break?Maggi goreng?hehe first time makan maggi kat hotel,tapi saya ok je,ni kalau alya sukaaa sangat makan maggi.dia memang hantu maggi,mungkin sebab masa ngandong dia suka makan maggi.Tapi maggi tak elok untuk kanak-kanak..
Pukul 2 macam tu,presentation hampir habis,saya pun keluar hall untuk register.saya tak nak dah ramai nanti baru nak terhegeh-hegeh.Malas nak beratur panjang,saya pun check in.Lama juga lah saya nak tunggu kunci bilik saya.Mungkin kaunter masa ni baru ada dua orang.alahai...
Inilah bilik saya di level 9.Kalau ikutkan level 9 naik ke atas.tapi bilik ni turun ke bawah.bilik no 9*8.Saya suka table tu,bolehlah saya malam ni online sampai lebam.wifi pun laju
Bilik air feveret alya,nasib dia tak request bilik air macam ni kat rumah.Mahu pengsan mama
View ke taman tema sunway lagoon
Oklah ..boleh rehatkan minda yang serabut ni
Lepas check in saya naik ke tingkat 15 lagi untuk lunch.laaa irda..ko makan lagi.keje asyik makan je kan.hari ni dari pukul 8 sampai pukul 2 saya dah makan 3 kali.Kawan saya yang tukang makeup pun dah sampai.saya biarkan dia berehat dalam bilik tu.kenapa saya panggil kawan saya?sebab dia memang pandai makeupkan saya.
lunch menu |
walaupun waktu saya naik untuk lucnh semua orang dah hampir siap makan semuanya,saya je baru nak menjamah,memang saya sengajakan untuk biarkan orang lain makan dulu.serabut lah kalau ramai-ramai,tapi masih banyak makanan kot
kambing??panas badan nanti.saya mula rasa tak sihat badan...hidung saya dah terbersin-bersin.alahai
walaupun banyak pilihan makanan...ini sahaja yang saya amik,teringin saya nak makan tembikai,saya ambik juga,bila ingat balik kalau period tak elok makan tembikai,saya batalkan niat untuk makan,sudahnya hanya ini menu saya dan ditambah sediki soto.
hidung saya sudah mula meleleh dan saya rasa sejuk sangat dalam dewan makan ni.sudahnya ada orang yang saya kenal,saya biarkan mereka.dan saya naik ke bilik dengan segera.
Hajat di hati nak tido sekejap,tapi kesian pulak kawan yang datang.kenalah layan kan..terawal pulak kawan saya datang.Tapi apa-apa pun saya memang ucapkan terima kasih kat kawan saya yang setia.walaupun dia ada kerja hari ini,sanggup dia tunggu saya semata-mata nak makeupakn saya.
Saya memang tak pandai nak bermakeup,walaupun nak jugak macam orang lain kan.hehe setahun sekali je lah saya makeup betul-betul,jadi nasib baik ada kawan yang selalu ada bila saya perlu.Lagipun sentuhan dia memang kena dengan saya.kalau makeup ngan orang lain tak berapa saya suka..
Lagipun harga dia harga kawan-kawan...tq fatimah merangkap ahli dalam group coway saya juga.alhamdulilah saya ada kawan-kawan yang sentiasa sudi membantu.
view dari atas hotel.Taman tema sunway lagoon.Last saya pergi sunway lagoon masa sekolah rendah.lama giler tak masuk dalam ni.Pic ni alya yang ambik masa nak check out tadi.pandai dia main snap-snap .
2015 awesome year for me.Sweet memory.Alhamdulilah untuk semua.Dan tahun ini masih ada lagi sisa-sisa umur untuk mengejar impian.
Stay tune for csd convention part two."kriuk-kriuk" story malam dinner.
betul tu..dah part paling best bila kita salah seorang yang dapat join event macam ni..asyik sibuk di pejabat je kan hari sekali sekala hilang gak stress keja ni join activiti company..
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)