Selamat pagi semua pembaca,atau selamat malam atau selamat apa-apa ikut keadaan bila anda membaca ni.Hari ni hidung saya tersumbat,kepala agak berat namun hati masih teruja untuk menaip.
Demam datang lagi..badan pun rasa suam-suam ,makan ubat?tak nak lah..kalau rasa lemah kang check in je hospital .Bukan apa saya tak suka makan ubat clinic,selagi boleh saya akan bergerak,kalau dah lemah dan collapsed kang terus lah ke hospital.Irda memang cam tu..
seleranya dia |
Sunway resort hotel&spa ni untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas ada extra charges RM41 untuk seorang.Selain tempat ni sesuai untuk kanak-kanak yang ingin pergi taman tema,di luar hotel banyak juga kedai-kedai makan yang berhampiran untuk dinikmati.
Walaupun kepala saya berdenyut-denyut dan hidung saya tersumbat,menyebabkan semua makanan walaupun banyak selection tidak memikat selera saya.Saya hanya minta segelas teh o panas.Lagipun time tu hanya ada air panas teh o,coffee dan hot chocolate.Alya minta hot chocolate,tapi jus juga yang dia minum.
kemudian ambik nasi lemak sotong plus rendang ayam.jangan ikut cara saya ya,makanan darat tak sepatutnya dicampurkan dengan laut.nabi pesan jangan buat cam tu.Walaupun makan di hotel,entahlah nasi lemak kat tepi jalan tu lagi sedap bagi saya.baru RM 4.50 nasi lemak paru letak telur mata,perghh sedap(itu saya makan bila nak pergi kerja)-kedai taman sri gombak.kadang-kadang seminggu 3-4 kali saya makan nasi lemak.tak takut gemuk?makan je lah selagi sihat.
Ni ha saya dah demam sikit,Allah pun dah tarik nikmat selera.jadi u all makan je lah ya.Jangan ingin cantik jaga makan bagai,kalau orang sayang kita,gemuk kurus cantik hodoh,dia tetap sayang.kalau cantik sekarang seiring usia akan kerepot juga,jadi biarkan kita disayangi dengan apa adanya kita.(pesanan buat kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh)be yourself!
Kemudian saya cuba makan roti canai,pancake dan wafle letak peanut butter.Tak habis pun.Lagipun mata saya blurr,tak pakai contact lense dan spek saya tertinggal di rumah.Tak kuasa pagi-pagi saya nak pakai contact lense.Tudung pun saya sarung selendang je.Jadi semua makanan saya terpaksa tengok satu-satu secara dekat apa nak di ambik.
Ada juga kawan-kawan dari region lain datang tegur,Saya rasa saya seorang dari kl.Sebab bilik ni saya request dari management..Ada yang datang bertanya,BAWAK ANAK KE?
Laaa..apa masalahnya bawak anak,anak i sorang je,kalau dia datang pun tak bising pun.Mama dia keje keras kot...sesekali biarlah i bawak family I,bukan u all bayar,bank bayar.:).Dan mama dia kan jenis selamber,siapa kenal I mesti kenal anak I,sebab asyik melekat je kan...Nampak je I ni brutal,i ni keibuan tau..kekeke...
Tapi lain lah anak i 4 orang atau 5 orang,memang i tak bawak lah,poning lah hey melayan...
Alhamdulilah alya makan banyak hari ini.Mama dia je tak berapa selera,kepala rasa berat ditambah penglihatan yang kabur.Mahu demam jugak lah hai ni..Tak tahan aircond pun menyejukkan tulang temulang.Tisu pun dah habis dalam room ni asyik meleleh je hidung ni...
Esok Monday confirm I tak keje ni....lagipun memang ambik cuti monday ni,hajat di hati nak buat research tapi nak demam pula...adohai...
Post a Comment
Thank you,come again :)