Sebuah buku motivasi agama...diambil dari kisah benar,mempunyai 320 muka surat.Buku ini saya beli di MPH disebuah shopping mall dengan harga RM17.

Diterbitkan oleh Galeri Ilmu dan ditulis oleh BONDA NOR...

Pada suatu ketika dulu viral kematian ahmad Ammar di FB,ia membuat hati saya ingin mengenali anak muda yang hebat dan ingin mengetahui apa keisitimewaannya sehingga kematiannya menjadi sebutan.

Benar,harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama..antara mati dalam khusnul khatimah atau suul khatimah,bergantung amal pahala kita.

Saya paling takut mati apabila dalam keadaan yang menghinakan atau tidak mampu mengucap dua khalimah syahadah..moga saya dan pembaca tidak mati dalam keaiban...moga kita sentiasa dalam kasih sayang Tuhan...

Dalam buku ini menceritakan tentang didikan oleh ibubapa ammar yang saya kira cukup terdidik dengan ajaran agama.Ibu ammar yang merupakan anak orang kaya berkahwin dengan bapa ammar yang pada zaman mudanya seorang aktivis agama yang aktif.Ibu ammar jatuh cinta dengan bapanya kerana dakwahnya juga.

Walaupun ibu Ammar sering ditinggalkan di rumah mertuanya selama bertahun-tahun kerana bapa ammar sering keluar untuk menjalankan tanggungjawabnya,tapi wanita yang bergelar ibu itu tidak pernah bersungut mahupun merungut

Walaupun dilahirkan dalam keluarga senang,ibu ammar tidak pernah kekok menyesuaikan diri dalam keluarga bapa ammar yang serba sederhana apatah lagi suami jarang berada disisi.

Membaca buku ini akan buat kita sedar,ibubapa yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik,insyaALLAH,ketabahan seorang isteri,dan suami akan menghasilkan benih-benih  yang bercambah dan membuahkan hasil yang baik.

Dalam buku ini walaupun ammar satu-satunya anak lelaki daripada 4 bersaudara telah pergi dulu sebelum ibubapanya,namun ibubapanya tidak pula meraung mahupun sedih berpanjangan,pemergian ammar dikagumi dunia dan diredhai ibubapanya,kerana mereka sedar ammar pergi dulu,namun suatu masa mereka pula akan menyusul.

Ibarat pulang kampung..ammar dapat tiket bas dulu...kita semua akan menyusul kemudian...begitulah kalau iman hebat didada...

Antara rangkap puisi yang banyak menarik dalam buku ni..saya kongsikan


Aku tidak tahu bagaimana mahu tersenyum gembira,
Saat hatiku menangis hiba,
Namun aku tersenyum juga,
Bukan kerana aku mahu
Tapi kerana DIA sudi membantu...

Semuanya kerana DIA
Semuanya daripada DIA
Dan atas ihsan DIA
Justeru aku relakan saja

Buku ini menyebut..bagaimana ibubapa hari ini begitulah anak-anaknya di masa depan.Ibubapa ammar adalah pertemuan dua Dai'.

Aktifnya bapa ammar menyebabkan dizaman mudanya tiada masa untuk bercinta,atau melepak seperti orang lain,hidupnya penuh dengan dakwah dan bergelumang dengan buku semata-mata untuk kesatuan ummah,hingga hendak berkahwin dengan nur azlina ibu kepada ammar meletakkan prasyarat bahawa hidupnya akan lebih tertumpu dengan dakwah,dan isteri mengurus rumah dan anak-anak.

Dan sesungguhnya disebalik lelaki yang hebat adalah seorang wanita yang mempunyai pemikiran yang hebat juga.


Tidak kalah kita
Andai bersandar pada DIA
Tidak lemah tanpa daya
Andai jiwa penuh percaya
DIA ada

DIA tahu kita hampir lemas
DIA tahu sesaknya kita menghela nafas
Namun DIA bangga
Andai kita teruskan juga demi DIA

Biar diuji berulang kali
Biar tersembam menjamah bumi
Bertahanlah untuk DIA
Agara pulangnya kita
Diterima juga
Biar apa adanya

Carilah buku ini dan bacalah..sesungguhnya jika seorang itu ingin melihat dunia dari perspektif berbeza bacalah...dan bacalah..

Pada mereka yang ada masalah.atau apa jua masalah dalam hidup ini..letakkan Tuhan dihati,perbaiki solat...dan mintalah apa sahaja,jika Tuhan jadi sandaran tiada siapa yang berani menjadi musuhmu..

Lambat atau cepat...jika kamu sentiasa ingat ada TUHAN,tidak dicampur rasa percaya dan was-was,percayalah kamu akan menang dalam apajua situasi,kuncinya letakkan Tuhan dihati...

Apajua keadaan bertenanglah...dan senyumlah..kerana hidup ini singkat untuk merungut ataupun bersedih...kalau semuanya kita sempurna dan tidak ada ujian,takut-takut kita jadi sombong dan lupa Tuhan,bila Tuhan jentik sikit itu buktinya ini sebuah kehidupan yang ada akhirnya...ini hidup bukan hanya untuk hidup,bekerja,berkahwin dan beranak pinak..tapi ini hidup untuk kita dapat markah untuk kehidupan abadi kelak..Faham???rajin-rajinlah berfikir...orang yang hebat adalah yang berfikir melangkaui masa sekarang..

Kita dilahirkan bukan hanya untuk belajar,kemudian dapat kerja,kemudian berkahwin dan beranak..kemudian sibuk dengan urusan anak-anak,bila anak dah besar sibuk nak kahwinkan anak pulak,bila dah tua sibuk dengan cucu-cucu pulak kemudian mati..Tapi sebenarnya..

dalam setiap fasa yang kita tempuhi itu pasti ada masam manisnya..pasti ada pro dan kontranya...pasti ada onak likunya..dalam kerja contohnya?apakah kita terlibat dengan aktiviti yang non halal?...dalam kehidupan seharian apakah kita banyak terlibat dengan dengki dan iri hati..itulah sebenarnya titian-titian ujian yang kita lalui sebelum sampai fasa mati..

Dan beruntunglah orang-orang yang sentiasa berfikir dalam kehidupan sehariannya,,berfikir panjang sebelum berkata-kata atau membuat sesuatu perkara..

dan kita bukan  hanya hidup untuk semua itu..tapi kita juga khalifah penyambung dakwah..walaupun kita bukan ustad mahupun ustazah,,dakwah boleh dalam pelbagai perkara,walaupun kita bukan orang yang sangat patuh syariah,jagalah solat..kelak akan baik semuanya...dan ikutlah nasihat"sampaikanlah walau satu ayat"...

orang yang mengajak kebaikan walaupun diri belum cukup baik..lebih baik daripada orang yang melihat kawannya melakukan keburukan tapi hanya berdiam...

Dan irda hanya menulis ...moga ada yang bermanfaat untuk generasi akan datang...

surah ats-Tsur ayat 21 "Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunaannya dengan beriman,Kami hubungkan(himpunkan)zuriat keturunannya itu dengan mereka(di dalam syurga)dan Kami (dengan itu)tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amal-amal mereka,tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya"

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post