Baru-baru ni masa training di Bangi untuk wealth product especially unit trust under fund house,ASND,UOB closed ended fund dan dll..

Alhamdulilah masa ni ada award untuk achiever last campaign...Irda wakil Region ,alhamdulilah ada jugak dari region irda kan......Tak sangka jugak..bila buat main-main dengan investment dapat hasil juga..selain dapat voucher yang saya habiskan beli hanbag baru-baru ni..dapat lagi sekali award lain..hahaha...

Masa campaign tu..entah nasib kot,,tetiba je terclose banyak pulak produk ASNB..terutama AMANAH SAHAM GEMILANG dan AMANAH SAHAM NASIONAL..focus irda adalah non bumi yang inginkan investment dan pada yang sama ada income distribution...

Salah satu sebab saya tak focus sangat investment selama ni sebab takut kalau customer rugi kena hentam..ahahha..tapi sejak dah datang beberapa kali training,baru saya dapat lebih confident untuk ajak  orang buat pelaburan

Dan management dah highlight nama irda untuk satu projek coming JUNE ni,projek tu meletakkan irda sebagai wealth consultant yang mana irda hanya perlu focus unit trust dan investment.So tak perlu focus LOANS lagi kan...Sekarang proposal project tu tengah dinilai untuk approval..kalau jadi maka berubahlah skop kerja irda...

Bila fikir-fikir balik ada pro & contra nya..walaupun saya suka buat loan asb dan suka je berceramah ngan orang-orang yang liat untuk menyimpan untuk  masa depan..tapi pada masa yang sama makin boring dah jual asb kan...Why not cuba perkara baru kan??Mungkin ini salah satu peluang untuk irda bertahan dengan position yang sama tapi skop kerja yang berlainan...

Cuma tak lama lagi saya kena lebih banyak training supaya lebih kompeten dan dinamik..dan ada major exam yang saya kena amik lepas ni..wish me luck ya!sebab dengar-dengar ada yang ulang sampai 3x ...wuarghh tak nak lah..mana saya ada masa buat perkara yang sama berulang-ulang..

Jika masa ibarat emas bagi orang lain,tapi bagi irda masa ibarat pedang..kalau lambat irda akan tertikam..maknanya setiap kelambatan menyebabkan banyak aktivitii irda akan tersangkut..dan semuanya dalam kepala ni akan menyebabkan neuron akan serabut..

p/s

Tiada apa yang perlu ditakutkan dalam hidup ini selagi kamu tidak melakukan kesalahan.U do good,something good will happen to u..u do bad,karma will happen to u..Takut mencuba maknanya hari ini dan esok hari kamu masih sama dengan hari semalam.Tak perlu melakukan perkara rutin setiap hari,tapi jadilah unik..maknanya melakukan kelainan berbanding perkara rutin...maka lebih luaslah pemikiran kita memandang kehidupan ini..

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post