Hari ni sementara waktu berbuka walaupun sangat penat..baru siap masak :)ceewah nak jugak bagitahu yang i .sempat walaupun busy di ofis,satu kepuasan dapat bagitahu readers...hehe..,menu hari ni cendawan goreng tepung,bayam merah,dan ikan goreng...selebihnya beli di bazaar...ALYA puasa penuh,so semangatlah mamanya nak menyediakan menu berbuka dan sahur...
Then pergi pulak wangsa walk di wangsa maju tu,ingat member lama si emma gadis cute tu tak keje sana dah,selalu beli hp dengan dia ni lah..ntah macam mana terapat pulak tapi dah 1-2 years tak contact sebab masing-masing busy,bila terserempak balik confirm lah beli dgn dia bagi kawan-kawan sales kan! RM1049,dapat diskaun dan bla-bla cost lain jadi RM 1025.kecik besar kecik besar je mata bila fikir agak mahal sebenarnya tu,bujet I bawah seribu je...
Seluk poket ada RM25 je,check atm gaji belum masuk ,check akaun commision coway,dah zeror,sebab sekarang ni cash flow irda memang nipis..sebab dapat duit je pump kat progress rumah..so memang sedih tengok akaun kat bank tu,tapi status account holder preferred,hikhik,tapi duit tinggal berapa je dah,bak kata robert kiyosaki,cash flow weak.....confirm lepas ni dapat surat suh top up saving..memang tak dapeklah kan..:(
Tapi i ni jenis memang tak nak mak yang keluar duit,lagipun depan member kut..memang cakap ngan mak simpan je lah,orang bayarkan..mak berkeras jugak,katanya hp ni nak bagi adik bongsu i guna je,sekali macam mak i yang belikan untuk adik i lah..then i cakap takpa,mak doakan je coway orang laku banyak-banyak..nanti orang belikan mak macam-macam lagi...mak tak perlu susah-susah..tapi jangan bagi robby..adik bujang i guna hp ni,nanti i minta dia duit i balik,,
So I keluarkan lah credit card,swipe!..but perit sikit sebab tak boleh buat easy payment pun kat situ...so!fikir dapat gaji bank nanti terus baya lah full..kan..gaji nak masuk pun dalam 5 hari lagi je...tapi oklah..boleh happy kan mak itu jam jugak...takdelah nak cakap tunggu gaji ya mak...so bila buat balancing gaji bulan ni,tolak belanjawan hari raya dan so on..(ceh belanjawan sangat!)..alhamdulilah dapat bayar semua..hutang credit card,ada 3 card semua zerorise..alhamdulilah...walaupun gaji irda ni takdelah besar mana,tapi berhemat menggunakan credit card alhamdulillah semua nya well managed..tanpa bank berjaya amik keuntungan dari ku..ngeh ngeh
Muka budak seposen minta hp..belikan untuk mak dia nak pakai rupanya..tahun ni UPSR,tak dapat result bagus..rotannn! |
So credit card membantu kan?Tapi kenapa ada orang cakap apply credit card mengundang masalah?yang jadi masalah setiap kali billing asyik bayar minimum je..sebab tu kadar BLAKLIST disebabkan credit card di Malaysia ni tinggi..itu sebab credit card masalah,tapi kita yang tak tahu mengurus perbelanjaan..
Ha lagi satu,hari tu mak sakit gigi..weekend bulan lepas sebelum puasa,bila datang umah mak cakap sakit gigi..laa..then i cakap jomlah pergi dentist..mak cakap tunggu je lah klinik kerajaan bukak hari isnin,baru bayar RM1.
Laa..i cakap,mak orang keje kaki dah keatas,kepala dah ke bawah ni untuk siapa..(statement tipoo..ni,macam manalah agaknya kalau kaki den ke atas..)
tapi seorang mak kan..mesti tak nak susahkan anak..so i paksa jugak bawak private dentist di setiawangsa tu,dup dup,,semua servis and i nak nurse situ layan mak i macam vip hokey...biarlah mak aku ni datang bukan naik kete mewah..pakai tudung pun selebet je.(my mom hanya trendy kalau ada majlis-majlis je..tudung dia pun kalah tudung i)kalau pergi dekat-dekat my mom macam nak pergi ke sawah je..huhu.,,,tapi i nak mereka servis yang terbaik untuk my mum...bersesuain dengan cost ,dan i nak diorang buat semua,scalling,check,tampal dan blabla..kalau boleh gigi mak tu nak diorang putihkan.seputih salji kalau boleh..hehe..buatlah apa yang patut..i tak kisah...
So time nak bayar,alamak dalam purse ada rm50 je...hikhik,jenis tak letak cash kan di purse,nurse depan I jeling masa i nak bayar.then i pun keluarlah credit card i(lantaklah diorang nak cakap,cash pun takde,ada aku kisah...yang penting treatment mak i settle walaupun i hanya ada credit card masa tu)..so total bill hari tu 10 hari lepas tu i clearkan bila commision coway masuk..
so bukankah dengan credit card tu boleh membantu?yang penting gunakan untuk emergency,dan keperluan ..bukan sikit-sikit nak swipe,pastu time bayar buat-buat lupa,bila dapat surat lawyer bank summon salahkan bank sebab bagi kelulusan credit card mudah sangat..dan tak hantar notification kat rumah,statement tak dapat macam mana nak tahu berapa oustanding..dan bla-bla...
Hello brader..dah tahu pakai,tu kan hutang,takkan orang setiap kali berhutang nak kena ingatkan nak bayar..sendiri mahu ingatlah...time sedap nak guna tak ingat dunia..bila dah kena beban mula salahkan orang lain..interest bank tinggilah,cekik darah lah...dah tahu kenapa apply kan?
Bagi Irda setiap orang yang bekerja di bandar-bandar besar atau yang sering outstation,credit card tu keperluan dah rasanya,apalagi macam irda gaji basic ciput je,,jadi time sesak credit card lah talian hayat..
pokok pangkalnya..anda berdisiplin dan pandai buat belanjawan bulanan dari pendapatn..pakailah credit card..ia sangat2 membantu belum termasuk diskaun tiket airlines,rebate dan macam-macam lagi..
Tapi kalau hutang PTPTN pun liat nak bayar,hutang dengan adik beradik pun buat dek je.so tak payah apply credit card hokey...
Untuk pengetahun basic RM2000 dan umur 21 adalah syarat utama untuk apply,And now basic RM2000 pun dah boleh apply platinum..
Credit card now dah takde RM 50 tax charges,dan annual fee kebanyakan bank bagi free .So apply satu kad yang ada bonus point dan satu lagi rebate,so ada dua kad ni play around with the credit limit,haaa and from there u can save percentage from salary!irda dapat saving cause i stanby using credit card..tak lama lagi irda nak redeem irda punya point..dapat apa agaknya tahun ni ye...
Next month irda nak beli hp untuk irda jugak..samsung s3 yang dah nazak ni buat alya main game je lah...So depan mata dah nampak HUAWEI dan Vivo ni..macam menarik,yang penting nak cari dalam dia besar sikit,untuk work purpose,,,so tengoklah commision coway dapat berapa kan..aim this month nak 10 unit..ada something nak beli kat go shop for family..even ada cash nanti swipe dulu credit card untuk dapatkan point atau rebate,then within 20 days please pay full!so.....zero interest..:)bank tak sempat charge any profit..ngeh ngeh...
thank you for reading this entry...appreciated :)
kann. sbnrnya banyak kebaikan kalau digunakan secara berhemah. kalau yg tak dapat kawal nafsu tu yg payah. tapi I tak suka mindset orang ada cc je maknanya kaya raya >,<
ReplyDeleteakk cuma ada satu je credit card..mmg satu keperluan..especially nak beli online...
ReplyDeletebarang2 kt go shop tu memang menarik...terutama peralatan dapur, make our life easy..
Post a Comment
Thank you,come again :)