Assalammualaikum..

Irda plan next year nak resign dari banking!siap dah inform bosses(5 orang boses dah inform)huhu..tapi belum bagi surat lah..tunggu next year!.bukan nak demand,cuma next year nak buat bende baru,nak buat cabaran baru..sebab memang dah nekad dalam diri,"aku buat bende ni tak boleh lebih 3 tahun ..dan sampai impian 2016 ku tercapai sahaja"

Irda  request new job scope bukan deman naik gaji....kalau nak transfer branch pun im ok..Irda tak minta nak naik gaji pun cuma nak buat bende lain.Kalau dapat I akan bertahan,kalau tak dapat apa yang diminta..maknanya irda akan resign..bukan demand tau,bukan pulak nak tunjuk power,cuma jangan biasakan diri dengan zon yang sama dan jangan melakukan perkara rutin terlalu lama..

photo sebagai hiasan...:)submit sales jom

Manusia itu ada satu sifat..bila ia melakukan perkara yang sama berulang-ulang dan terlalu lama,hasilnya tidak akan sama dengan apa yang kita buat di awal-awal,kerana apa?sebab bila terlalu lama .".keghairahan" pada kerja tu tiada,bila buat terlalu lama kita akan bosan akhirnya hasil dari kerja itu tidak sebegitu produktif sepertimana mula-mula yang kita lakukan.

itu hanya untuk kerja tau..bukan untuk perhubungan..ermm .kang ada pulak orang cakap,manusia sesama manusia pun boleh macam tu kot ..No no..hubungan sesama manusia tu lain..

Mula-mula ada orang maybe kahwin dengan suami atau isterinya sebab rupa..tapi untuk mengelakkan pasangan kita bosan mungkin kita tak selawa zaman remaja dulu-dulu maka,hiasi diri dengan peribadi,akhlak yang baik,lebihkan perhatian dan kasih sayang..walaupun sibuk macam mana di luar..di rumah jadikan pasangan kita king or queen untuk dilayan..semua tu akan mengelakkan istilah bosan dalam hubungan.. 

semua pasangan akan sama-sama tua,hari ini kita sihat buatlah apa saja..esok bila kita sakit siapa nak jaga selain yang paling rapat dengan kita.?.sebab tu zaman bercinta pandanglah pasanganmu 100% kaji sepenuhnya tapi orang bercakap kalau bercinta kentut pun bau wangi... tapi bila berkahwin pandanglah hanya 50%..jangan dikoreksi kekurangan pasangan..sebab selagi manusia tiada yang sempurna..apabila kita hanya memandang 50% lagi 50% sempurnakan pasangan kita dengan adanya kita..sebab itu perkahwinan itu untuk saling menyempurnakan....bukan menuntut yang terbaik sahaja dari pasangan..tapi sama-sama

Kita ibarat acuan..apa yang kita hasilkan adalah apa yang kita harungi bersama...untuk menghasilkan acuan terbaik ia tidak akan terjadi sendiri perlukan gabungan diantara satu sama lain..faham??

Percaya tak satu perkara...yang membezakan kita dengan orang lain adalah how we treat people ..kalau kita ikat orang dengan rupa..kolagen mana yang boleh bagi muda,tegang dan flawless sepanjang usia?kalau ada mesti syarikat kosmetik lain tak boleh cari makan....huhu,kalau kita ikat pasangan dengan harta,harta hilang kasih melayang,apa nak dihadap dengan harta dunia kan?tengok bila uk keluar dari european union..pound jatuh sangat dahsyat sejak tahun 1985,dan harta yang banyak di pasaran saham uk tu ada berapa dah sekarang..eeh irda apsal dah kelaut je topic ni..huhu...ok back to main

...jadi ikatlah pasangan anda dengan cara anda ,akhlak anda,peribadi anda dan minta ALLAH jaga..

Percayalah ..hanya ALLAH yang menjaga hati-hati manusia,dan mintalah pada DIA untuk menjaga hati pasangan kita...dan sejauh mana pun pasangan kita pergi,jumpalah dengan siapapun tiap hari,tapi kalau kunci hati nya ada pada Rabb...apa yang anda nak risaukan?Dan untuk memastikan kunci itu sentiasa milik anda..anda juga harus ikhlas melaksanakan suruhanNYA..."jangan harap yang baik-baik dari Dia,sedangkan kau tak pernah buat apa Dia suruh"...haaa kan dah jadi ostajah kejap...huhu...

..haa lagi satu dalam buku hamka ada cakap... korang yang bini-bini ni kalau laki makan tolong duduk sebelah suami,jangan sibuk nak susukan anaklah,nak sidai kainlah...duduk teman laki makan..if not yang teman laki makan tu syaitan..haa lepas syaitan teman tu yang asyik nak makan luar je...eeh silap makan di luar.berbeza jauh tu maknanya..:) ngeh ngeh...


ok back to main topic,(melalut dah si irda ni..almaklum i ni nak amik course psychology kununnya,nak jadi kaunselor keluarga...argh berangan tak sudah-sudah..) ..

melakukan kerja yang sama berulang-ulang...Ibarat machine lah...mula-mula berfungsi dengan baik,lama-lama machine pun boleh jammed jika berulang-ulang buat bende yang sama.

Manusia pulak...jika terlalu lama..sebelum ia tepu dan jammed..ia perlukan "maintenance" dengan cara tukar kondisi yang baru,suasana yang baru,dan cabaran yang baru..jadi baru ia akan menghasilkan result yang lebih padu ,jitu cemerlang dan terbilang...sangat!..ye kan je lah erk...

Dan bagi I..jangan tinggalkan sesuatu pekerjaan tu bila kita tak lagi mampu memberi impak yang produkif,tapi tinggalkan ketika nama kita sedang diatas,bukan kita tinggalkan sebab kita kalah dan tak mampu lagi menghasilkan apa-apa,tapi kita tinggalkan disaat kita sedang ada nama...faham?senang cite..ko tengah top ni masa ko nak request macam-macam,esok-esok dah kelaut mesti ko minta boolayan...huhu...top lah sangat!argh sudah..


https://s26.postimg.org/bdaslrsll/iphone_photo_1532.jpg


..Jadi usia masih muda,otak masih boleh bergerak aktif,,cuba sahaja bende baru cabaran baru..biar bila kita tua kelak kita tak menyesal...kenapalah dulu-dulu aku tak buat yang ni ye..kenapa dulu-dulu aku buat bende ni terlalu lama...

Haaa itulah yang akan jadi...bila kita tak puas explore dan menggunakan sepenuhnya skill yang dianugerahkan Tuhan.Memang sampai satu tahap kita akan penat untuk cuba-cuba atau buat bende baru..tapi sebelum tahap umur itu sampai..kenapa kita berkalih dan mundur ke belakang ?

Dalam kalangan kita manusia ni ada banyak jenis,satu yang tak mahu maju ke depan,sentiasa berkalih ke belakang..ke.dua ada pula yang jenis asyik pandang ke depan,tak mahu tahu yang di belakang dah..tapi yang terbaik pula..sentiasa ingin melangkah ke depan..namun tak pernah lupakan yang di belakang sebagai pengajaran! 

sesekali memandang ke belakang itu baik sebab yang dibelakang itu semuanya sejarah dan pengajaran..namun jangan berhenti untuk terus melangkah untuk mencapai destinasi impian.sehinggalah sampai usianya...kita akan berhenti sendiri...namun saat itu pastikan kita berhenti dengan tersenyum dengan puas hati dengan perjalanan career kita...

Perlukah kita kata.cukup-cukuplah apa yang ada sekarang..owh aku sudah berkeluarga dan beranak pinak nak buat apa lagi?..penat dah...memang ada segelintir yang akan rasa begitu...maknanya hidup kita hanya sampai itu dan kita hanya mampu memberi untuk keperluan kita sendiri sahaja.

...bagaimana dengan orang lain di luar sana.sedangkan mereka juga sebahagian dari kita...kalau apa yang kita buat sekarang kita boleh bantu keluarga kita,mak pak kita,adik beradik kita,pakcikmokcik dan lain-lain pun dah ok dah...dan ingat zaman rasullullah,ada sahabat bertanya apa beza ibadah orang kaya dengan orang miskin...bezanya orang kaya akan mampu berinfak dengan lebih banyak untuk fakir miskin,anak-anak yatim dan dikalangan keluarga mereka..fikirkan irda..


Bila orang cakap susah lah irda buat bende tu,mampu ke nak buat?hemmm..jangan pedulikan..terus je melangkah..diri kita hanya kita yang tahu...tahap kemampuan kita juga hanya kita yang tahu..percaya satu perkara burung yang keluar dari sarang di pagi hari tu pun tak tahu lagi perjalanan rezekinya di pagi hari,tapi bila petang menjelma jarang burung itu pulang ke sarang dengan kelaparan..

Jadi kenapa takut dengan kata orang sedangkan kita sendiri belum mencuba..boleh dengar nasihat orang dan hidup ni pun perlukan nasihat dan teguran orang..tapi keputusan kita biar kita yang tentukan..dan jangan lupa sebelum buat keputusan minta ALLAH beri petunjuk..sebab hidup ini penuh rahsia-rahsia dari ALLAH..

Irda nak minta job scope lain tahun 2017..jika tak dapat...nak buat business...nak serius dalam business lepas ni..business coway?Coway pun jalan...pada masa yang sama ada core business lain...insyaALLAH..

Impian 2016 dalam perjalanan...impian 2017 dalam perancangan...dan tidak akan terjadinya sesuatu tanpa izin Tuhan..

ok jom sambung tido..entry ditulis selepas sahur..haaa kejap lagi nak bawak my mum beli hp baru..adeih...Hp i pun dah nazak ni..adohai...selamat berpuasa!dan selamat bertemu malam lailatul qadar..:)

thank you for reading this entry...appreciated :)

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. nak try kerja baru. wah you ni memang suka cabaran and benda baru kan. apa pun yang you ceburi I doakan you berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. Planning kena ada. Moga apa yg Irda plan akan menjadi kenyataan dan membuahkan suatu yg diidamkan
    Masih ada masa lagi utk terus survey line yg Irda mahu terjun ke bidang pilihan itu.

    ReplyDelete
  3. akk ni dah veteran, nk buat benda baru mcm dah malas, nk stay dlm zon selesa je..hihi..in shaa Allah..
    akk sokong Irda..go for it..new work scope or new business..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post