AS Salam readers irda yang comel-comel belaka...ahaks...Actually macam fikir 2-3 kali nak share entry ni,tapi sebab majoriti pembaca irda adalah wanita,dan irda rasa patut share,mana tahu ada yang baik untuk kita bersama kan.

Wanita dan kecantikkan mana boleh dipisahkan kan kan?Beauty is pain..itu istilah orang kan,jadi Irda ni yang memang sentiasa sibuk dan berjumpa ramai orang hari-hari nak juga menjaga kecantikan,ewah..!

Sebenarnya dulu zaman belajar irda tak pernah nak jaga pun kulit muka ni,irda focus study dan memang jenis tak fikir langsung,lantaklah situ kan..lagi satu irda bukannya kaki banyak boypren,hahah..jadi tak cantik pun tak pa,sebab no love no pain..huhu,ye ke?..taklah dulu fikir cinta-cinta ni semak je kepala,kalau jumpa terus kahwin je,jadi nak jaga muka tuk siapa ye kan...?

alaaa..lagipun malas nak bazir duit beli foundation lah,beli pelembab lah,beli compact powder lah,so muka tu memang sentiasa telanjang dari semua bende alah tu!so jerawat memang singgah dengan manjanya di muka..maklum je irda jenis kalau focus satu perkara akan stress!bila stress muka berkerut,.apa yang irda stress zaman dulu?..irda banyak masuk tournament,masuk debate,bola jaring,masuk syarahan,masuk kuiz perdana,masuk pidato..sudahnya bende tu semua buat irda akan stress untuk kejar semua tu untuk jadi juara..lagi satu stress dapat surat cinta budak hingusan..argh ada hati ko jiwang ngan aku yang brutal,kahkah,,lawak seih ingat zaman sekolah..

...lagi satu stress jaga pagar sekolah ambik nama budak datang lambat..asyikk muka tu je datang lambat..ish nak je luku kepala..pastu stress check budak-budak ponteng masuk surau..alasan period!,meh sini check....pastu dulu zaman jadi ketua pengawas form 2& 3,check budak-budak colour rambut,adohai..almaklum budak-budak gangster kampung dusun ni bukan main dengan style diorang, stress yang laki pulak dengan rambut panjang,merokok dalam tandas..arghh satu hal pulak gua kena jaga satu sekolah!eeh bapa punya banyak stress lah irda oi..dah dah..zaman dah berlalu,sekarang nak cool je!


Bila ada jerawat,ketagih nak memicit.satu kepuasan dapat picit oo..hanya orang yang ada jerawat je ada pengalaman rasa puas tu macam mana.so korang yang takde jerawat rugilah sebab takde pengalaman tu..:)..hehe...jadi bila dah masuk dalam pekerjaan barulah rasa nak melawa sikit.Sebab kali ni stress lain pulak,hari-hari nampak orang cantik,eeh kita pun nak cantik jugak :)

First treatment irda buat di DEMC,Shah Alam bahagian wellness beberapa tahun lepas.Masa tu irda guna duit bonus,almost 2k plus just nak bagi smooth muka,entah apa yang irda buat tah.irda buat microdermabration dan microneedling nama treatment tu,even kawan-kawan cakap skin irda bukanlah teruk sangat,tapi gatal jugak nak buat.

.lepas 2 bulan buat,muka memang nampak bersih sesangat.lembut dan tiada sebarang noda hitam.ecece..hubby cakap sekali tengok macam lisa surihani,dekat-dekat tengok macam faezah elai,dari jauh macam emma maembong...hehe silalah muntah hijau ya...itu cerita beberapa tahun lepas,tahun 2013 rasanya irda first treatment tu.

Dan tahun 2016 ni,bila ada lebihan duit coway tak tahu nak buat apa dengan duit ni..hihi aduhai poyo .irda pun signup satu lagi jenis treatment di sebuah medicspa untuk hilangkan parut jerawat dan bintik-bintik hitam.

medicspa ni irda dapat info masa baca blog nabilasyifa.terus google & waze.

Irda tak nak ambik injection,vitamin c ka,injection itu ini,tak mo!irda just nak hilangkan parut kat pipi ni,walaupun kawan-kawan cakap dah comel,dah tak yah buat apa-apa,tapi kan wanita itu sentiasa tamak dengan kecantikkan.

Last Saturday adalah sesi ke dua untuk irda buat treatment.Mula-mula macam cuak juga buat,takut muka terbakar.

Mula-mula diorang akan bagi muka kita numb cream,lepas 15 minit sapu krim,baru diorang akan laser kat muka.Masa laser tu tak sakit pun.rasa macam digigit-gigit manja je..tapi macam bau hangit sikitlah.Sebab irda ni banyak cakap,,masa doctor dok tenyeh machine tu tanya doctor anak berapa,sebab doctor ni kira cun lah jugak,macam budak sekolah je,tapi anak dah 4..sempat lah tahu berapa orang maid dia dah lari,hihi..

doctor nak pasang coway tak,haa pasanglah doctor boleh cover duit nak bayar treatment kat doctor ni.hehe..dan dahh siap..!macam sekejap sangat rasanya sebab doctor ni pun boleh tahan layan irda borak..ok now kami dah kamcing!senang kalau direct doctor terus..

Ini kali ke dua irda buat,masa first bulan lepas takdelah nampak sangat result,cuma rasa kulit macam baby lah,kita sendiri rasa lembut je.rasa bila cuci muka tu rasa macam baru lahir semula.heaven,sebab sebelum ni walaupun irda pakai pencuci muka yang irda beli di clinic juga,harga set tu 1.5k ,tapi taklah rasa smooth macam ni,menyesal beli,baik pakai pencuci muka cap papaya,susu kambing takpun fair&lovely,tak sampai rm10!pun dah ok..

Dulu pernah beli gak set shakele,cost dalam 500 ONE SET tu,tapi tu pun cuba sekejap je.sebab cam terduduk sikit dengan bujet monthly tu .huhu..akaks takdo bujet time tu :).Sebab masa tu pun belikan mak collagen untuk dimakan.

Bulan ni,dan waktu irda menaip ni,tengah downtime,esok masuk ofice macam manelah agaknya ya,sebab doctor tu buat lebih banyak tempat,jadi macam tona kulit tak sekata,ada tompokan hitam sikit,tapi doctor kata tu biasa.akan hilang..hopefully lah kan.

Jadi untuk part 1 ni,cukup sampai sini entry ni,next entry kalau irda rajin irda share pic ya.irda share nama tempat dan cost untuk treatment..dan apa kesannya.Ni gamble je cuba ni,dan sepatutnya downtime ni duduk rumah ja,tapi irda tak boleh tak kerja sehari,target irda jalan ...so rugi cuti duduk rumah,so esok selambe lah datang kerja pakai mask :)



P/S:Nak cantik tu tak salah,yang penting niat tu kena betul.Setiap ciptaan ALLAH itu cantik.Nak cantik sebenarnya lahir dari hati.

Jangan mengubah ciptaan ALLAH untuk cantik..tapi kita boleh menjaga apa yang diciptanya untuk sentiasa kelihatan cantik.Ok gud nite uols,sahabat-sahabat irda yang cantik semua..


thank you for reading this entry...appreciated :)

9 Comments

Thank you,come again :)

  1. tapi kan memang betul la kak irda ni mmg comel. pic yg dekat header tu mcm muka mira filza

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah...adik jom jumpa di alam nyata..akak banje boatnoodle...ambuiii...jauh betul persamaan tu..;)

      Delete
  2. hadiah utk diri sendiri...result bagus, berbaloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak...irda rasa nak reward diri selepas berpenat lelah bekerja..:)

      Delete
  3. Mula akak tengok gambar irda kat header macam faezah ilai tau hehehe..irda memang comellah.

    Haa nanti boleh tunjukkan gambar pula ye, akak suka nak baca tapi nak buat tu memang taklah kot bajet nan hado hehehe.

    sorry jarang muncul sebab tengah busy sekarang ni dengan banci dekat ofis nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...akk..ramai gak org cakap gitu..malu tau...kdg2 terperasan jugak..adoiihai...

      wah nak hujung tahun mmg busy kan kak...;)

      Delete
  4. saya pula muka bebas produk. alhamdulillah, okay je. cuma biasalah jerawat gatal tumbuh kadang2.
    bila nak cuba pakai certain produk, kulit tak leh adapt. jadi teruk pulak.
    so akhirnya muka togel macam ni je.
    kalau keluar pakai lip balm n bedak nipis2..
    tggu part 2 plak, kot2 ada gambar nampak sikit ceritanya.. hiii ^_^

    salam singgah dari diari dandelion.

    ReplyDelete
  5. sape tak nak kulit cantik mulus gebu kan . reward utk diri sendiri tu perlu selepas penat bekerja ...

    ReplyDelete
  6. Mana ada org tak nak cantik.
    Budak kecik pun tahu nak cantik apa lagi kalau org yg dah berduit
    Cuma kena pandailah ukur baju dibadan sendiri dan yg patuh syariahlah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post