"kadang-kadang aku ingin meninggalkan..kadang-kadang aku sayang..tahu tak apa yang paling rumit dalam.hidup ini bila kau tak tahu samada untuk take it or just leave it".......paham?mana yang paham ..paham...related with my career hokay...
  


status irda di FB last week,Hari jumaat tu irda MC.Betul-betul serabut kepala.
Bila wealth investment performance irda not bad for last year,management senaraikan irda top 50 dalam investment unit trust dan tahun 2017 mereka minta irda focus more for investment.

Bila memegang portfolio berbeza dari consultant lain,management akan berikan segala kemudahan,termasuk pump leads mana-mana customer yang income salary more than  10k per month,atau yang ada minimum saving RM50K dalam akaun untuk irda build repo dan invite them as prime customer,irda pula automatic akan jaga customer ni as prime relationship manager.

Sebenarnya ia adalah satu peluang untuk enhanced career,untuk dapatkan commission yang lebih tapi tahu tak apa yang buat irda sampai MC?Sebab irda fikir antara sayang atau tinggalkan sahaja.Dah jadi satu tabiat,bila sesuatu mengganggu,focus menjadi lari,sudahnya lembik atas katil memikirkannya.   
  
Apa yang irda plan?Sebenarnya irda sayang licence irda.FIMM,PCE,CEILI,TAKAFUL,PRS..dan irda fikir akan buat business yang related dengan perbankan juga.Irda nak gunakan skill yang dianugerahkan ALLAH untuk memberi value for others,bukan touch n go sahaja.Jadi irda plan business tu still boleh gunakan semua licence tu.

Pada masa yang sama ,irda hanya ingin bergelumang dengan fund yang syariah compliance,irda rasa sudah tiba masanya irda fikirkan semua itu.Kalau irda teruskan,maknanya irda hanya fikir untuk diri sendiri.Tapi kalau irda keluar,walaupun menggunakan semua capital sendiri,mungkin untuk sebulan dua bulan,3 bulan irda akan susah,tapi irda percaya for long term,ia akan boleh berkembang dan irda akan boleh bantu lebih ramai orang,khususnya muslim untuk melabur dalam syariah fund,kemudian mungkin boleh bagi kerja dekat orang lain.Itulah perancangan irda,pada masa yang sama insyaLLAH COWAY still jalan.

Tapi bila management irda bagi itu ini,pump itu ini,training itu ini,sponsor itu ini,irda terasa takut akan adakah peluang begini di luar?atau akan merana kah irda tanpa gaji basic ini.Sedangkan di bahu ini tergalas beberapa tanggungjawab lain.

ALLAHU antara security basic income dengan cuba memikirkan percaturan rezeki oleh ALLAH,antara sayang dengan kerja hari ini dengan memikirkan masa depan yang panjang,akhirnya irda tersadai memikirkannya tanpa kata putus.

Tidak semestinya orang yang bekerja yang makan gaji itu tidak berjaya,dan tidak semestinya orang bergelar businesswoman itu berjaya,itulah konsepnya..namun irda tetap tekad,kalau irda teruskan ya irda akan berjaya tapi hanya untuk diri sendiri &keluarga sendiri.tapi irda ingin berkembang..bukan untuk bina pengaruh,bukan pula nak tunjuk hebat,tapi rasanya terfikir" what i do for ummah?>
  
arghh.."kau kecil,orang biasa-biasa,jaga keluarga sendiri sudahlah.siapa kau untuk memikirkan perkara-perkara yang terlalu kompleks"..itu yang bergema dalam kepala."arghh kau kan perempuan,kerja pagi balik petang,cukup bulan dapat wang sudahlah,"itu juga bisikan hati.

Tapi"aku,tuhan lahirkan pasti ada fungsinya>aku pasti ada fungsinya.

Irda takkan datang atau layan orang dengan offer"joinlah ini,ko akan dapat riban-riban,mungkin akan jadi millionaire"irda takkan pandang offer macam tu.

Tapi irda terfikir offer ini"
"Kami takkan promote yang berunsur riba,gharar,dan kami hanya promote yang mematuhi syariah compliance,untuk ummah,untuk memajukan ummah ,biar nampak slow performance investment tu,tapi ia adalah ladang pahala sambil mengejar kaya...kita gemukkan duit orang tanpa  melanggar hukum agama,pada masa yang sama kita menjaga harta orang dengan skim takaful,wasiat..semua itu irda dan pada masa yang sama u will earn more.."....Allahu....dan disini irda terfikir sesuatu..

apa yang dicari dalam hidup ini?dan semua ini buat irda demam untuk memikirkannya..

sabarlah hati....kenapa perlu risau....bukankah rezeki ini percaturan ALLAH...tapi bila masanya?bila?dan bila harus ku langkahkan kaki?sedangkan di bahu ini tergalas 1001 tanggungjawab,perlukah aku perjudikan nasib mereka?

hemm ia berkata lagi..

Kau tak percaya ALLAH?..sabarlah...biar ku hadap semua yang didepan mata terlebih dahulu...
    
 
 arghh..biarlah hati ini berbicara dan saling berbicara,tangan ini terus menaip seribu kata,yang pastinya aku bukanlah seorang yang baik dalam membuat keputusan..

tunggulah March nanti macam mana

  
thank you for reading this entry...appreciated :)

9 Comments

Thank you,come again :)

  1. Hope semua urusan dan perancangan Irda akan dipermudahkan Allah.. you can do it sis.. niat yang baik pasti akan memberi perjalanan yang baik..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan semuanya untuk irda. Masing-masing choice ada pros and cons. Terpulang pada irda nak pilih yang mana. Insyallah semoga irda boleh buat pilihan yang tepat dan yakin akan pilihan yang dibuat.

    Good luck dear :)

    ReplyDelete
  3. Istiqharah...insyaAllah.Moga Irda terus success..amin..

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan irda

    ReplyDelete
  5. Nany baca pun tumpang penin sekaki. Huhuh~ sorry dear. Cant help you much. InshaALLAH...mintak banyak2 pada ALLAH S.W.T Ar-Rahman, Ar-Rahim. Semoga ada jawapan nya nanti. Ada benda yang kita tak suka, tapi ALLAH tahu itu baik untuk kita. ALLAH knows everything while we are not. Take care Irda!

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan akak yang mementingkan ciri-ciri bisnes yang mematuhi syariah.. Semoga kak Irda dipermudahkan membuat pilihan yang tepat...

    ReplyDelete
  7. semoga Irda dipermudahkan dan pilian business yg mematuhi syariah ni adalah yg sebaik2nya utk kita semua..semoga terus suksess

    ReplyDelete
  8. smoga Allah permudahkan urusan Irda :)

    ReplyDelete
  9. all teh best untuk irda.. insyaAllah, Dia akan bukakan jalan keluar dari arah yang x disangka.. ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post