KAU BOLEH SAJA GARI ANGGOTAKU ATAU KUNCI DERIAKU SEMAUMU,KAU BOLEH SAJA REJAM NAFSUKU,ATAU RACUNI SELERAKU,KAU BOLEH SAJA ASINGKANKU DIGURUN ATAU LEPASKANKU DI RIMBA TEDUNG,KAU BOLEH SAJA PENJARAKANKU DI PULAU RIBUAN BATU DARI DARATAN ATAU BENAMKANKU DI LAUT JERUNG,KAU BOLEH SAJA BAKAR BUKUKU KECUALI AKALKU,KECUALI AKALKU.. |
Barisan yang berkerja keras dalam syarikat Buku Pojok |
Sebenarnya keterujaan irda bila dapat invitation dari buku pojok sebab nak tengok secara 4 mata penulis bernama hamka kereta mayat.Rata-rata readers irda mesti follower hamka kereta mayat kan?Korang pun mesti tak pernah nampak muka dia cam mana kan..haha asyik masuk pic separuh-separuh je..ni irda nak bongkarkan ..taraaa ..hamka kereta mayat
Sebenarnya irda terbaca buku hamka yang pertama tajuk"Permata yang hilang"dikenalkan oleh sahabat irda nama Nur syahirah,kepala budak ni agak ting tong,cuma dia boleh terima cara hamka menulis dalam tu.Insaf..Jadi mungkin pada sesetengah orang penulisan yang tak boring lebih kena dengan jiwa ,jadi hamka kereta mayat ada cara tersendiri untuk mendekati pembaca.
Mula-mula irda baca boleh tahan ayat dia,kadang-kadang kita rasa apalah tulis macam tu,tapi sebenarnya hamka bukan orang sembarangan,seindah namanya seperti penulis yang berasal dari Indonesia dulu,Kalau Sejarah seorang penulis bernama hamka di Indonesia yang penuh dengan kata-kata hikmah yang berunsur agama,hingga begitu masyur hingga bukunya banyak diulang cetak hingga kini walaupun beliau sudah wafat bertahun-tahun karyanya masih hidup ....tetapi hamka kereta mayat pula penuh dengan ayat sentap disebalik tarbiah,kalau mana-mana yang tak faham cara dia menulis,mesti tak suka cara penulisannya dalam buku.
"Kau naiklah kereta apapun,BMW atau mercedes,kereta dua pintu,atau 4 pintu,atau kereta terbuka bumbung atas,aku tak juling memandang,walaupun aku hanya naik kereta kancil..tapi aku percaya satu masa nanti,kau dan kau tetap akan naik kereta aku juga,iaitu kereta mayat..woha"
Kenapa nama penanya hamka kereta mayat?Irda pernah terbaca tapi lupalah,mungkin berkait dengan pekerjaan dia pernah kereta mayat ke entahlah..lupa...
Bila jumpa kat event hari tu,daftar jer terus I tanya"Hamka mana satu?"haha,nampak kegelojohan irda tak?diorang pun tunjuk.."LAA aku ingat hamka tu kurus,yerlah asyik nampak mata takpun serban je dalam buku-bukunya"dia senyum je..
hamka humble,tak sombong,keep on tanya datang dari mana,datang dengan siapa,baca buku dia yang mana...Jadi irda pun cakap je lah..follow FB and buku juga..nak juga jual coway kat hamka ni..hehe...tapi tetiba den sogan..:)"hamka anak banyak kan..ambiklah coway sonang kan keje isteri di dapur"tapi tak terkeluar pulak ayat tu..
yerlah..kadang-kadang irda rajin menerima jemputan sebab ini networking business juga-WOHA :)
Bila i tanya mana wife dan anak-anak?Dia tak join ke.yerlah hamka kan selalu story pasal bini dia,macam mana dia jadi suami akhir zaman,kahkah..anak-anak dia semua..jadi teringinlah juga kan nak tengok family hamka..
Hamka pun,terus panggil bini kenalkan sambil gelak-gelak senyum kambing..ceech hamka pemalu tersipu malu.Amboi malu,masa tulis tak malu ..hehe.masih teringat-ingat apa yang ditulisnya dan macam mana dia ngorat wife dia dalam sebuah buku..huhu..
Seperti cerita-ceritanya dalam buku,bini hamka memang cun weih,anak berderet 4 ke 5 orang macam tu,bini macam budak sekolah,"kau memang pandai pilihlah..hahha" .Lagi satu hamka apa yang irdabaca,walaupun kadang-kadang ayat hamka melulu dan kasar ,kadang-kadang terlucah sikit,tapi itu cara dia mendekati orang-orang yang malas membaca,haha,..cara pyschologi kot,kalaulah irda menulis yang berbunga-bunga ni,bagi budak mat motor baca mesti diorang tido,tapi dengan tulisan hamka,irda rasa mesti habis kulit ke kulit buku tu,buktinya kawan irda sendiri yang malas baca tu,buku hamka gaks habis..tapi ingat walaupun begitu penulisan hamka ada visi,ada isi dan education hamka bukan calang-calang,rasanya dia tengah amik PHD sekarang,,kalau tak silap lah.
MOga sukses hamka kereta mayat...ok now nak sambung story buku satu
Buku SATU ni,sebenarnya menghimpunkan 4 orang penulis.Satu penulis ada satu story.,Kebanyakkan penulis dalam ni adalah berasal dari penulis blog,cuma mungkin irda baru sangat bergelumang dengan dunia blogging,tak semua yang irda kenal.
Dari kiri hamka,Paola Kira Ewusi dan Riduan A.Dullah.Seorang penulis dari buku satu Arlina Banana tak dapat datang hari tu.
Hamka kereta mayat:kisah sejam dalam rumah tangga,kriuk-kriuk story kehidupan laki bini dan anak-anak,kisah laki bini yang selalu ditulisnya.
Dimana sayang?Ia ada disitu dibawah lembayung kasih,Dimana cinta?Ia terpatri di sana di dalam hati.Dimana kita?Bila semua ini bercantum jadi SATU |
Paola Kira Ewusi:Seperti buku best seller nya sebelum ni(Winter di Africa),Paola yang berkahwin dengan lelaki berasal dari Africa,sekarang sudah ada dua anak,dalam buku ini dia menceritakan pengalamannya berkahwin dengan lelaki kulit hitam,pengalamannya dalam berhadapan dengan pandangan masyarakt.Di dalam buku winter di afrika juga dia ada menceritakan tentang perjalannya ke afrika.Ini adalah kisah benar ya.
Dan Ridhuan A.Dullah:Tak salah irda dia seorang travel blogger yang famous,dia seorang yang serius,dalam penulisan juga storynya banyak yang serius.Mungkin kerana pernah dikecewakan oleh tunangnya buat dia banyak merantau dan membukukan perjalanan nya.Katanya dia cuba menulis dengan lebih santai dan cuba jadi kelakar,tapi tka boleh katanya,itu bukan dia..
Arlina Banana:Juga menulis tentang kepelikan dirinya.
Dalam Buku SATU,SATU BUKU 4 KISAH,dengan harga RM 26 untuk SEM Malaysia agak berbaloi juga dinikmati khususnya pada yang hobi membaca.
Thank you Hamka |
Irda dah dapatkan satu buku "SATU"wah siap ada signature penulis Hamka kereta Mayat.AWESOME LAH..Mula-mula baca apa yang HAMKA tulis ni,rupanya,"Irda,semoga WOHA sampai syurga"..HEHE trademark sangat tau..."Biar kepala gila-gila,hidup penuh wawasan dan impian dan sentiasa happy go lucky mencapai sasaran..itu je yang irda cuba fahamkan dengan "WOHA"..tu..hehe..InsyaALLAH,dunia dikejar,akhirat disanjung..biar orang nampak kita macam tak ada apa-apa,tapi kita ada kualiti yang kita sendiri kena raihnya..
Terima kasih..Moga buku pojok boleh terus melahirkan lebih banyak buku-buku yang best lepas ni,dan kepada penulis teruslah berkarya,walaupun dengan lambakan e-book dan digitial knowledge,percayalah hasil penulisan itu adalah jiwa .Dan jiwa kalau berhenti manusia akan mati.Bila mati manusia hilang sebuah kesenian dalam diri ,Bila tiada jiwa terisi,manusia hanya sebuah jasad yang hidup untuk hidup,makan dan tidur dan hidup lagi sehingga mati,namun dengan menulis dari hati,ia diterima dalam jiwa dan ia diterjemahkan oleh akal untuk kehidupan,moga penulisan itu sendiri bermanfaat dalam membentuk kehidupan seorang insan.
Kipidap buku pojok...daaaaaaaaa....
Opss sebelum irda stop entry kali ni,irda nak share sikit info tentang Buku Pojok.
Ia WUJUD pada october 2015,Karya sulungnya kisah laki bini dan Goji Bundy.Telah berjaya melancarkan 17 buah buku termasuk SATU.
Antara buku-buku yang dilancarkan adalah Bukan sundal malam,Dalam Bilik Darjah,Kisah Anak Bini,Melastik Pelangi,Pujuk,Setapak dalam Gelap,Kriminal,Hadi Mengejar Pencuri,Winter di Africa,O Selmah,Aku Barber,Matriks,Aspura,Biniku Ninja.
Buku Pojok juga aktif menganjurkan dan menyertai banyak program bagi memperkenalkan jenamanya ke khalayak pembaca seperti mengangjurkan Finger Board Competition di Perpustaakn Raja Tun Uda,Shah Alam dan pesta buku Selangor,pameran di PBAKL,Karnival Karangkraf,Jualan Gudang Akhir tahun Karangkraf,roadshow,Pesta Buku MABOPA,Katalistiwa anjuran Gila Kata dan KL Lepark.
Penulis dengan manuskrip yang menarik boleh emailkan ke bukupojok@gmail.com untuk penilaian.Selari dengan peredaran masa,aktiviti dan informasi terbaru Buku Pojok dapat diikuti menerusi :
Website:www.bukupojok.com
FB: Buku Pojok
Instagram:@bukupojok
BUKU POJOK PLT
11A,Jalan SS 3/86,Kelana Jaya 47300 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan
Tel:03-51013388
Buku SATU ni irda dah khatamkan pun..sekarang nak cuba cuci mata shopping online buku sekejap disini:
Ok uols...selamat berhujung minggu!
thank you for reading this entry...appreciated :)
ooo..baru nampak muka..hamka kereta mayat..dulu2 selalu baca blog dia..
ReplyDeletewah bestnya akak.. dpt skli dgn signature <3
ReplyDeleteSaya peminat Hamka, dulu baca blog je, sekarang kumpul buku, hehehe.
ReplyDeletewahhhh..bestnya!
ReplyDeleteWah!!! Bestnya..
ReplyDeleteTeringin nak dapat jemputan cam Irda nie..
Buku Satu will beli in my list.. tq for sharing Irda..
lorh.. macam tu rupanya muka hamka kereta mayat.. kat blog dia x pernah letak muka pun.. hahaha
ReplyDeleteooo tu ke pakcik hamka kereta mayat! suka baca buku tulisan beliau serius best :D
ReplyDeleteterima kasih irda dan rakan rakan pembaca, kagum dari jauh- woha!
ReplyDeleteWoha..memang minat Hamka ni! Yang lain tu tak berapa kenal. Arlina Banana tu femes kat Twitter. Hehe
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)