Andai adik itu terbaca,maaf kan akak,akak hanya ingin meluahkan sebuah rasa.
Dalam kesibukan para tetamu semalam,semua berpakaian menarik.Yang dress,yang office lady,awak datang berbaju kurung dan berkasut sport shoes,awak manis berbaju kurung tu..,datang macam malu-malu.Dari jauh akak nampak,sebijik adik akak.Kemudian awak duduk di meja tanpa siapa yang menegur awak.Akak datang menyapa,awak kelihatan malu-malu.
Dan akak pandang awak,memang saling tak tumpah wajah adik akak,tingginya awak,warna kulit awak,kurus-kurusnya awak.Awak mungkin agak pemalu sebab tu tak banyak cakap,Akak terus ajak awak berbual,tanya adik beradik berapa tinggal dimana.Gigih awak datang dengan dua public transport hanya mungkin memenuhi undangan atau mungkin juga tiada apa yang ingin dilakukan di rumah.
Tahu tak dik,akak melihat awak dengan penuh hiba,seorang gadis pastinya di awal usia remaja inginkan seperti orang lain.Seperti gadis-gadis lain..
Bila orang lain buat treatment manicure,awak hanya mendiamkan diri,akak faham kenapa dik.Bila akak tulis ni rasa ingin menitis air mata.Percayalah dik,awak cantik sebenarnya.Tetiba akak terasa ini sebuah teguran dari ALLAH untuk akak,kadang-kadang cara Allah tegur kita dengan menghantarkan orang-orang untuk menunjukkan sesuatu.Akak harus bersyukur dengan apa yang akak ada.Dengan jari yang sempurna ni,akak tak tahu selama ini adakah jari ini menaip yang baik-baik,adakah jari ini pernah berbuat dosa.,sedangkan ada orang yang tidak cukup jarinya.
Dengan wajah ini,apa yang akak buat?akak selalu complaint mata macam ini,hidung macam ini,pipi macam ni,sedangkan ada orang tak sesempurna seperti akak masih mampu meneruskan hidupnya dengan penuh ceria .Dari semalam hanya awak yang akak fikirkan..
Hati akak semakin hiba,bila awak cakap awak lulusan ijazah ini,bila hantar resume,dah setahun mencari kerja,panggil interview sahaja tak pernah dapat.ALLAH dik,akak ni selalu merungut dengan kerja yang ada.Bila awak cakap macam tu,tahu tak akak semakin kuat untuk menjadi seorang entreprenuer ,akak nak tolong ramai orang macam awak untuk bagi kerja.
AKAK sebak semalam masa sembang pasal kerja,masa akak cakap jangan henti-henti berdoa pada ALLAH,minta kat dia,sebab akak boleh rasakan apa yang awak rasa.Sebagai anak sulong pasti awak juga ingin membantu keluarga awak kan.ALLAH dik...akak masih belum mampu memberi apa-apa semalam hanya sebuah kata-kata semangat supaya awak kuat semangat.
Maafkan akak bila terkeluar ayat"setiap orang yang diciptakan ALLAH itu pasti ada fungsinya,dan setiap kita dilahirkan tu pasti ada sebabnya"Maafkan akak kalau awak tersinggung.Maafkan akak dik..
Bila awak salam akak,mungkin itu perkenalan pertama kita,mungkin juga itu pertemuan kita yang pertama disebuah majlis.tapi tahu tak setiap pertemuan tu adalah perancangan dari ALLAH?Bila awak turun dari kereta untuk ke lrt semalam,akak terselit sebuah doa untuk awak.Walaupun awak pertama kali akak jumpa.
moga awak ditemukan jodoh yang baik,diberikan kebahagian dunia akhirat dan diberi peluang pekerjaan .Awak ingat ALLAH sentiasa sayang awak,minta je apa-apa kat dia ya..maafkan akak ya dik,kalau ada kata-kata akak semalam buat awak tersinggung..kalau awak terbaca blog akak ini,awak tahu ini adalah awak...akak masih brharap dapat jumpa awak lagi..
Satu je akak nak pesan...pedulikan dunia ini,biar orang pandang kita macam manapun,jangan sesekali rasa rendah diri dengan kekurangan yang ada,kerana itulah keistimewaan awak.tekad dalam hati,kalau kita tak dapat hari ini,suatu masa akan dapat juga .Kuncinya dimana jua kita berada,siapapun kita bergaul,biar apa pun yang kita buat,jatidiri,prinsip diri,dan azam dalam diri kena kuat.Letakkan ALLAH dalam setiap timbang tara.Akak bukan baik sangat..tapi akak cakap sebagai orang yang dulu makan garam.
Biar 1001 ujian,biar 1001 orang mengatakan yang kita tak mampu,atau tak boleh,kalau ALLAH kata itu kita punya,itu kita dapat,maka kun fa ya kun,be strong ya dik..dan jaga hubungan dengan Ibubapa,jaga hubungan dengan ALLAH,Jaga hubungan dengan manusia lain..insyALLAH you will success...tiada apa yang mustahil dalam dunia ini..
Kita tak payah ikut-ikut orang,lantak pi lah orang lain gitu dan gini,tapi kita be different..jadi lain dari yang lain..dan akak tahu awak ada jiwa yang kuat tu
akak doakan awak dapat kerja ya...dan sukses dengan apa yang awak buat..
Moga kita jumpa lagi ...
thank you for reading this entry...appreciated :)
Semoga Allah mempermudahkan urusan adik tu..
ReplyDeleteLuahan yang sangat menyentuh perasaan Sha..
tersentuh juga baca entry ni..kita selalu lupa bersyukur sedang ramai yang lagi susah dari kita.semoga urusan adik tersebut dipermudahkan
ReplyDeletejadi diri senddiri n yakin dgn kebolehn diri n jgn putus asa kan irda
ReplyDeleteKita sama-sama saling mendoakan...moga adik terus melangkah dengan redha ibu dan Allah SWT..amin...
ReplyDeleteSemoga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur.
ReplyDeleteYa Allah, permudahkanlah segala urusan adik itu.
Aamiin.
Kita jangan ragu-ragu dengan rezekiNYA, kita jangan berhenti berdoa kerana doa juga salah satu usaha yang kita boleh lakukan. semoga adik tu dapat apa yang dihajati :')
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDelete"Hati akak semakin hiba,bila awak cakap awak lulusan ijazah ini,bila hantar resume,dah setahun mencari kerja,panggil interview sahaja tak pernah dapat."
ReplyDeleteSaya tersentuh.
Entri pilihan saya minggu ini.
Deleteperkongsian yang menyentuh hati. saya faham perasaan irda.. bila nampak gadis tu persis adik irda.. apapun saya pun doakan benda yang sama, moga dia cepat dapat kerja dan dipermudahkan semua urusan. amin :')
ReplyDeletenice sharing sis...
ReplyDeleteBila baca entry ni kan..rasa teringin sangat nak jumpa gadis yang Irda maksudkan tu. Rasa nak kenal and borak ngan dia sekali. Thanks Irda for sharing this. Sometimes, in order to make us become a grateful person we must look at other people that less fortunate that us. Kan dear? :)
ReplyDeleteohh that girl. such a nice girl. sopan dan ayu.
ReplyDeletecoretan entri yg menyentuh hati busyra :(
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)