Dah baca entry sebelum ni?Ini adalah sambungan entry,

Irda check in Hotel Ambun suri Bukit Tinggi,Hotel ni memang sekali dengan package.Irda tak cari hotel ni,tapi pak supir yang carikan.Hotel ni kami bayar satu malam hanya RM90 untuk satu bilik,Irda stay untuk  dua malam sebab malam ke tiga kami tidur di Padang.

Hotel Ambun Suri-Bukit Tinggi Indonesia

Hotel ni oklah,tak lah sebest hotel-hotel yang irda pernah pergi,tapi dengan bujet percutian yang ada memang ok sangat.Kalau nak compare dengan double tree , marriot  or Athens yang irda pernah stay(ITUPUN BANK SPONSOR,BOLEH LAH KAN..).haha...tapi hotel ambun suri ada keunikannya tersendiri.

Image may contain: outdoor
Di sebelah hotel ambun suri adalah hotel bunda Alya.Hotel ni dekat dengan kemudahan


Yang bagusnya hotel ni terletak dekat dengan semua tempat wisata(tempat-tempat yang menjadi kunjungan pelancong)seperti jam gadang(jam gadang adalah mercu tanda daerah bukit tinggi)kalau pergi ke bukit tinggi tak singgah ke jam gadang tak sah.Ngarai sianok,Plaza BukitTinggi dan Lubang Jepang.Itu semua tempat-tempat famous di bukit tinggi yang patut singgah.Jadi bila hotel ni dekat dengan tempat-tempat ni senang sangatlah kan.

Hotel Ambun Suri-Bukit Tinggi Indonesia
Banyak kedai,ATM area hotel

Hotel Ambun Suri-Bukit Tinggi Indonesia
Jam Gadang,mercu tanda bukit tinggi

Hotel Ambun Suri-Bukit Tinggi Indonesia
suasana jam gadang waktu malam


Area hotel ni pun banyak kemudahan,tepi jalan,banyak kedai,malam-malam kami pergi ke pasar area jam gadang tanpa memerlukan khidmat supir,amik angin malam yang sejuk tu kami jalan kaki sahaja dari hotel.Malam pertama di bukit tinggi dingin sungguh,dari hotel kami berjalan ke plaza Bukit tinggi dan jam gadang cari kedai top up.Nak call ke Malaysia.Irda sempat shopping satu helai telekung di pasar jam gadang.Telekung untuk kak officemate.hehe( officemate lagi).Tepi-tepi hotel kalau malam ada je banyak orang jual dagangan,kadang-kadang depan hotel pun ada orang jual telekung,baju batik dan so on!

Hotel Ambun Suri-Bukit Tinggi Indonesia
Staff diorang yang baik-baik dan ramah,ruang lobby dan tempat breakfast


Hotel Ambun Suri-Bukit Tinggi Indonesia
First day breakfast di ambun suri,sedap nasi goreng and soup


Walaupun kategori hotel bujet,sesuai lah sangat kalau kita focus holiday bukan nak honeymoon,nak shopping and back to nature kan,jadi nak hotel seindah bilik honeymoon buat apalah sangat.Dapat tido dari penat berjalan pun dah ok..Tapi apa yang best hotel ni punya breakfast memang sedap .

Hotel Ambun Suri-Bukit Tinggi Indonesia
kawasan luar hotel

Tapi yang tak best hotel ni dalam bilik takde wifi.Di lobby je wifi dia ada.Huhu,,kitaorang ni mana boleh seminit takde internet kan.Jadi malam-malam kami order coffee melayan blues masing-masing di lobby dengan hp masing-masing sebelum sangat-sangat mengantok masuk bilik.Apedaa.,cuti-cuti pun sibuk ngan hp.Ala seharian di perjalanan,bila malam tangan gatal lah nak update Facebook,bujet gambar lawa-lawa masuk dalam insta kan..haha...biasalah kitaorang ni kategori GEN y kot.Gen Y dengan media sosial mana boleh dipisahkan.(GEN Y LAH SANGAT!).

ok next entry,itenary hari ke dua..tunggu ..salam hujung minggu uols...




thank you for reading this entry...appreciated :)

16 Comments

Thank you,come again :)

  1. SERONOKYA IRDA BERCUTI DI BUKIT TINGGI

    ReplyDelete
  2. Suka tengok jam gdang tu..dia punya mercu tu..

    ReplyDelete
  3. Kebanyakkannya.. Bukan senang nak jumpa hotel yang menyediakan makanan sedap dan mengikut citarasa kita..

    Majority hotel rasa makanan yang dihidangkan sangat biasa.. Kalau jumpa yang sedap tu kira rezeki lebih hehehee

    ReplyDelete
  4. Dapat makan breakfast yang sedap dan mengenyangkan jadi boleh la pusing pekan Bukittinggi sampai penat hehe

    ReplyDelete
  5. Seronok melancong.
    Jam gadang tu maknanya jam besar.

    ReplyDelete
  6. RM90 dikira murah. Bukan saya berduit bila kata tu, sebab saya tau harga hotel.

    Lain kali saya pun nak cari tempat macam tu. Janji selesa. Bukan kerana kedekut tapi cuba kita bayangkan masih ada orang tidur tanpa bumbung. Satu kesedaran bagi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tahun ni saya tak ke indonesia. Dah pergi sebelum ni.

      Delete
    2. Tapi tahun ni saya tak ke indonesia. Dah pergi sebelum ni.

      Delete
  7. bestnya dapat ke indonesia.. busyra teringin nak ke sana lg. tapi nak ke bandung. hehe

    ReplyDelete
  8. murah gak kalau rm90 tu utk hotel. lama juga saya tak ke indonesia

    ReplyDelete
  9. Memang murah jugak lah RM90 satu malam tu ya. Yup betul kalo pi bercuti n banyak habis masa kat luar tak perlu kowt cari bilik cam honeymoon. hehe

    ReplyDelete
  10. Betul Irda memang dlm kategori Gen-Y kakak akui.

    ReplyDelete
  11. best kan kalau hotel terletak kat tengah2 bandar. jimat duit teksi

    ReplyDelete
  12. Bab takde wifi yang tak best nanye. Hihi. Tak boleh hidup tanpa internet :D

    ReplyDelete
  13. murah tu , satu malam rm90 je

    ReplyDelete
  14. seronoknya cuti2 kat bukit tinggi

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post