Cuba tengok cara selebriti global menggayakan sling bag bersama anak mereka. Comel kan? Ini salah satu gaya yang boleh menjadi sumber inspirasi untuk wanita moden yang bergelar ibu! Anda tak perlu berfesyen seorang diri. Kalau ada anak perempuan, boleh bergaya “kembar” dengan mereka. Tapi kalau ada anak lelaki macam mana? Bagi la mereka pakai backpack mini! Mesti comel. Padankan warna untuk tampak lebih berganding dengan anak anda.
Untuk mereka yang sukakan gaya kasual, sling bag boleh digunakan untuk hari anda keluar bersama rakan atau kalau ada temu janji bersama yang tersayang. Sling bag mudah digunakan kerana ia tidak banyak ruang penyimpanan. Sesuai untuk mereka yang tidak memerlukan terlalu banyak barang di dalam beg. Anda boleh simpan barangan penting dan terus keluar seharian. Beg ringan, bahu pun tak sakit. Jadi, tak perlu risau dengan gaya ini.
Mahu tampil lebih yakin di tempat kerja? Gunakanlah sling bag dengan warna terang dan berani seperti merah ini. Warna lain anda boleh cuba termasuk kuning, hijau atau biru. Kini anda boleh tampil bergaya di tempat kerja juga dengan stail sling bag. Sekiranya anda memerlukan sesuatu yang lebih formal, gunakan sling bag yang berwarna neutral seperti coklat dan hitam. Pilih sling bag yang dibuat kulit kalau anda mahu tingkatkan stail.
Sudah cukup inspirasi? Boleh la kita bergaya dengan sling bag hari ini!
thank you for reading this entry...appreciated :)
Pilihan siqah pun sling bag! Mudah nak ambil barang dan tak payah susah nak pegang beg tangan. Hii.
ReplyDeleteAdik mai suka la sling bag ni, tapi mai suka sumbat segalanyaaa dlm beg tangan so prefer yang bersaiz besar. hehehe. Sling bag ni comey sangat.
ReplyDeleteTapi lepas baca entry kak Irda ni macam nak terus cari satu la. Stylo juga ni.
hehe cer click top bag tu dear ..leh usha online ..hhehe..enjoy shopping ..
ReplyDeletebeg macam ni lagi selesa sebenarnya hehe
ReplyDeletesling bag mmg style kak irda! hehe. cantik!
ReplyDeletesling bag dgn wanita berpisah tiada, terpisah suami susah...
ReplyDeleteRamai yang minat beg camni. hehe. saye pun baru je ritu grab satu dari Zalora. cantik ;)
ReplyDeletesling beg cantik, tapi kalau akak ni nak isi banyak barang tak sesuai la pulak
ReplyDeletesuka sling bag jugak..senang nak berjalan, bahu pun tak sakit
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)