Sepanjang perjalanan dalam lubang ibarat kubu ini,irda hanya berdoa dapat melihat pintu keluar dengan cepat,kerana dalamnya sunyi dan penuh keinsafan.Bagaikan takut-takut kalau ada terpijak tengkorak manusia,irda hanya berjalan tidak memandang ke belakang,mahupun ke bawah, dan tidak pula berani memandang ke tepi atau kehujung,takut!serius...takut...tapi itulah pengalaman yang begitu menginsafkan.
Untuk pengetahuan pembaca,lubang jepang ini dibuat sekitar tahun 1942-1945.Tentera jepun telah mengerah tenaga kerja dari penduduk tempatan dari pulau Jawa,Sulawesi dan kalimantan,Dan alat untuk menggali lubang ini hanyalah cangkul dan benda-benda tajam lain.Ratusan mahupun ribuan tenaga manusia telah dikerah dan apabila lubang ini siap,mereka tenaga buruh ini akan dibunuh dan mayatnya akan dipotong-potong.
Terdapat banyak gazebo di taman panorama.Salah satunya |
Pemandangan gunung berapi credit:google |
Bayaran masuk ke dalam taman Panaroma ini adalah RP,15000.00 untuk seorang,dan tour guide yang akan follow kita ke dalam lubang jepang pula bayarannya RP,100,000-00.Irda rasa ok je bayaran tu,agak murah,kerana tempat ini adalah tinggalan sejarah,yang dijadikan obyek wisata. Pendapat Irda bayar lebih pun tak apa,kerana apalah sangat dengan bayaran masuk Rp 15,000.berbanding masuk ke panggung wayang kan,sebab tempat-tempat macam ni sebenarnya membuat kita akan berfikir sesuatu,keindahan ciptaan Tuhan dan betapa kita insaf dengan kehidupan dahulu,mewujudkan rasa syukur...
Jika kita ingin mewujudkan nilai dalam diri,kurangkan hiburan,kembalilah kepada fitrah ciptaan.Cari sesuatu yang membuat akal kita berfikir dan ia juga bagaikan memberi makanan kepada jiwa....dan disini irda rasa cukup tenang,memandang kearah gunung sahaja ,alangkah Tuhan mendekatkan dua gunung merapi dan Singgalang ini,hingga terfikir dalam diri,jika ia meletus,seluruh kawasan ini akan tenggelam dengan laharnya.
Sebenarnya ada 2-3 pintu masuk,tapi sekarang hanya ini yang dibuka,yang lain pintu masuk utama telah ditutup |
Ketika ia mula-mula ditemukan,pintu lubang jepang ini hanya berukuran 20cm,ia sangat kecil dan sangat tidak selesa untuk masuk ke dalamnya.Setelah ia ingin dijadikan tempat sejarah,ia diubah suai menjadi berukuran 3-4 meter .Bayangkan tentera jepun dulu-dulu mesti ramping dan kuruskan,kalau ada orang tempatan yang gempal-gempal mesti ditolak begitu sahaja.
pemandangn lama dari google |
Selepas masuk dalam pintu ini,kita akan menuruni anak tangga,ratusan anak tangga berukuran64 meter untuk masuk ke dalam tanah berkedalaman 40 meter.
Proses menuruni anak tangga bermula,nampak curam ke dalam kan? |
Menuruni anak tangga ini,kita boleh lihat dinding-dinding dalam lubang ini masih dalam keadaan berlekuk-lekuk kerana tentera jepun membiarkan keadaan dinding begitu supaya tak ada gema suara keluar,Oleh sebab ada lampu neon diwujudkan,jadi kita takdelah rasa gelap sangat dalam lubang ni.Kalau dulu?mungkin ada lampu obor kot.
First sekali irda rasa menyesal pula masuk ke dalam ni ala-ala nak pergi shopping dalam mall,patutnya masuk sini pakai Tshirt,sport shoes dan jean lusuh,baru senang nak lari kalau ada apa-apa kan?haa..tak yah nak lari sangat,kita kena ikut je tour guide ok,sebab kalau lari dalam lubang ni,tak jumpa-jumpa pintu keluar macam mana?ingat boleh sesat tau,jadi irda memang tak kan biarkan tour guide tu jauh-jauh dari irda.Ikut je lah belakang dia.
acah-acah cool,actually dah neves dah sebenarnya.Semakin ke dalam semakin seram |
Tour guide ni baguslah,setiap tempat kitaorang berhenti dengar penerangannya,dia offer nak amik gambar.Irda doa-doa jelah gambar ni nanti tiada tetiba wajah lain di belakang irda.wuarhhhg,seram...
Ruang amunisi,ruang pertama yang kelihatan selepas menuruni anak tangga |
Dulu rancangannya, salah satu ruang dalam lubang ini ingin dijadikan cafe.Jadi pengunjung boleh berhenti sejenak untuk minum mahupun makan tetapi rancangan itu mendapat tentangan dari pemerintahan SBY yang ingin menjadikan tempat ini lebih ilmiah.Terfikir juga,selera ke nak makan dan minum dalam ni?kalau irda kenyang terus.huhu..
Tour guide tengah beri penerangan untuk salah satu ruang.Jangan pandang lama-lama dalam ruang ni.hehehe |
Semakin ke dalam irda berjalan,udara semakin tidak leluasa,suasana terasa semakin lembap dan sejuk,bayangkan kita dalam kubur nanti?hemm ini berjalan dan ada lampu,masih ada 2-3 orang disamping kita?masih kita terasa takutkan?bila dikubur nanti ia lebih sempit,yang hanya ada kita sorang,ya hanya seorang,serius irda insaf.irda tak sabar nak jumpa pintu keluar.
Gambar ini diambil oleh tour guide,ke dalaman dan kecilnya lubang untuk mayat dicampak keluar dari lubang.Gambar ini irda tak berani tengok.Irda akan delete dalam folder irda,Irda share untuk u ols.
Bayangkan pintu ini terkunci buat selama-lamanya?Menangis lah seumur hidup. |
Alhamdulilah,bebas akhirnya :) |
Jadi sesiapa yang singgah di bukit Tinggi,janganlah lupa pergi ke taman panorama untuk menyaksikan keindahan Ngarai Sianok .Lepas tu jangan lupa rasai pengalaman di dalam lubang Jepang ini.Irda akan jadikan ini sebuah pengalaman sekali dalam seumur hidup.Cukuplah sekali,dan ia sebuah pengalaman yang patut diabadikan.
Perasaan irda terasa takjud dan bangga pun ada juga,ialah lubang ini menggunakan sepenuhnya tenaga manusia tanpa peralatan dan teknologi canggih.Rasa sedih dan hiba juga,lepas mereka berpenat-penat menyiapkan lubang ini,mereka dibunuh kerana jepun tidak mahu rahsia mereka diketahui orang lain.
Rasa seram dan takut kerana ia tempat berlakunya kekejaman dan penindasan,ada juga yang menjadikan ia tempat merogol gadis-gadis kampung,ada juga tempat pemotongan mayat menjadi potongan kecil lalu dicampakkan ke dalam lubang kecil.Setiap ruang yang irda singgah,irda tak berani pandang lama-lama,bagaikan ada tangan-tangan yang menghulur mohon bantuan,bagaikan terasa ada orang melambai-melambai memanggil meminta tolong.Bayangkan jika anda berada dalam lubang ini tengah malam tanpa cahaya?Ada tau dulu golongan seekers di Indonesia yang buat macam itu,tapi tak tahulah apa ending ceritanya.haha..
Apa yang diteranngkan,lubang jepang ini tahan gempa,dindingnya yang berlekuk,walaupun gempa macam mana kuat pun,tetap ia kukuh .Dan orang jepun dulu memang tak suka tanam mayat dalam lubang,sebab tu hingga kini mereka tidak pernah menjumpai sebarang tengkorak manusia kerana semuanya dihanyutkan kesungai.
Rasa syukur dan insaf,kerana ia ibarat masuk ke dalam kubur .
ingin jatuh cinta?belajar lah sejarah,kerana sejarah akan menghadirkan rasa cinta sejati.dan irda jatuh cinta pada kehidupan bebas dari belenggu penjajah,alhamdulilah lahir selepas merdeka,dan dengan usia berbaki,semakin hari Tuhan semakin menarik nikmat hidup,lakukanlah yang terbaik dalam hidup ini.
Alhamdulilah untuk setiap pengalaman,..
ok daaa...salam hujung
thank you for reading this entry...appreciated :)
LOBANG JEPANG SEJARAH KEKEJAMAN MANUSIA ZAMAN PERANG
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman Irda yang satu ni. Seakan-akan Nany sekali berada dengan Irda dalam Lobang Jepang tuh. Bila Nany fikir balik, tak sangka rakyat Jepun yang sekejam itu sekarang menjadi rakyat yang rasanye paling beradab di dunia ni. Begitulah sejarah boleh merubah segala-galanya. Nany sokong isi tersurat yang Irda cuba smpikan tuh. Insaf betul!
ReplyDeleteAlhamdulillah..bersyukur kita kan sbb lahir selepas zaman perang ni dan semoga kita terus mensyukuri nikmatNya..mmg best kalau dapat ke Bukittinggi ni
ReplyDeleteSayu sangat baca kisah kekejaman tentera jepun ni... Selepas tenaga dikerah lalu dibunuh pula...Memang seram kan, akak kira berani la masuk berdua dgn kawan perempuan, huhuhu, kalau saya paranoid tuuuuhhh, macam-macam fikir.
ReplyDeleteApapun memang menimbulkan keinsafan...
betul, kalau baca kisah kezaliman tentera jepun memang benci jadinya pada orang jepun
Deleteseram akak dibuatnya..kalau akak pun mau lemas dalam lubang tu sebab tak nampak cahaya dan jalan keluar. pernah juga ada pengalaman macam ni tapi masuk ke lombong bijih dekat pahang...tabahkan je hati dalam tu, bila dapat keluar rasa bersyukur sangat
ReplyDeletefuh ni kalo masuk memang xleh sensorang ni..mau xjmp jln kelua..hehe..
ReplyDeleteseram pula tgok.. >,<
Post a Comment
Thank you,come again :)