Hujan-hujan kena pula aircond,semakin berlemak mata buat peta dalam bilik yang suram kan?
Oklah hari ni irda nak share cara lain menikmati jagung?Kenal jagung?hehe...kalau tak kenal tu tak tahu lah kan.Selain bubur jagung,pengat jagung,kuih jagung,air jagung dan macam-macam lagi,apa jua kena -mengena dengan jagung irda suka.Mak pernah juga buat cucur jagung.Sedap juga kalau digoreng makan dengan nasi.Yang tu share next time ya,tak sempat minta resipi mak..
Tahu tak jagung juga sedap dinikmati seperti gambar di bawah.
My favourite:Jagung |
Cara menyediakannya sangatlah simple.Bila uols beli jagung,beli yang belum rebus kalau dah rebus kat pasar malam tu pun boleh je.Kalau rebus sendiri lagi best.Masa rebus jangan lupa letak garam.
Bahan-bahan utama :
Kelapa parut,gula dan sedikit garam
(pastikan minta kat tukang parut kelapa nak yang putih je tau)
"Bang,saya nak kelapa parut yang putih je,jangan sampai hitam ye,parut atas-atas je kelapa tu."
abang kedai:"Kalau semua orang nak yang putih ,abang yang hitam ni siapa yang ndak?"
"Eeeh ..buat lawak pulak"
Bila jagung dah masak,korang pun amiklah pisau untuk hiris jagung dari tongkolnya.Bila tengok jagung tiba-tiba memori daun pisang mengenang kisah silam.Irda buat apapun kadang-kadang suka teringat kenangan,,Berangan kuat!
Dulu zaman kanak-kanak riang..suka main teka-teki dengan kawan-kawan tentang jagung,. Korang pernah dengar teka teki yang related dengan jagung bunyi lucah sikit,ada tak?haa baik ngaku...hahaha...tapi seronok juga zaman kepala ting tong kena kan kawan-kawan dulu.Dari setongkol jagung,bermacam-macam teka -teki tercipta..huii kenangan terindah betullah...
Rasanya macam hendak kongsi teka-teki tu di sini,tapi kan irda jadi segan lah dengan pembaca,haha selalu irda ni ngan kawan-kawan rapat je suka buat gila-gila,teka teki karut semua ada.Kalau korang pernah dengar teki teki tentang jagung,mailah share ngan irda..
Oklah keluar topik masakan pula.
Bila dah hiris jagung dari tongkol.korang amik gula,amik garam sikit,dan amiklah kelapa tadi.Gaul semuanya dalam mangkuk,Then rasa,kalau kurang manis,tambah gula lagi.Panas jagung lepas direbus ber"asmaradana"dengan kelapa parut,dan gula akan menghadirkan rasa lemak-lemak manis sikit.Panas dari jagung akan melembutkan kelapa dan gula sikit-sikit.lepas tu bila korang kunyah,rasa bagaikan titisan madu santan dan manisnya gula bersama jagung,yummy,,terliur irda menaip ni tau
Kalau korang nak makan time macam tu pun ok,kalau simpan dalam peti ais dan makan 2-3 jam lepas tu pun ok.Sedap tau..sedap sangat..entah,,sedaplah irda rasa...antara caramel jagung dengan jagung parut kelapa ni,irda lagi suka yang lebih pure kampung ni..haha,jika diberi pilihan antara lasagna dengan jagung ni,entah,tekak irda lebih suka pilih jagung macam ni.Memang jenis tekak terima makanan yang murah-murah je kot.huuu....
"Berwarna kuning di dalam pinggan,disalut kelapa dan juga gula,jika makan jagung ingin kelainan,,cubalah resipi yang tu ya..":)) |
,lepas tu macam boring jagung banyak sangat,gigit jagung macam tu je,asyik sapu planta je.bosan kan?
apa kata korang buat macam irda diatas,,sedap.rasa lemak-lemak kelapa parut dan gula tu buat korang menikmati seperti makan popcorn di TGV bersama kekasih gelap.eeeh!!.,bersama kekasih dalam panggung yang gelap...:))
Ok byee...Irda baru lepas makan malam ni,Hari ni masak ayam sambal,sayur buncis,makcik bagi pula ikan masak lemak,sudahnya dua kali menambah."Jiranku,makcikku",gitu lah sudahnya,seronok berjiran dengan makcik sendiri ni..,rasa-rasa malas makan kat rumah,makan rumah sebelah.,rasa-rasa malas balik kerja nak masak,ketuk rumah sebelah..haha!
Bukankah rasullullah kata jangan makan laut dan darat?jadi irda tak makan pun ikan masak lemak makcik bagi tu,tapi rasa je sikit..erhh ada beza ke?
Motif nak cerita irda makan apa?nak bagitahu irda rajin masak sekarag ni.hehe,hujung minggu irda sekarang tiada aktiviti coway
kerja di rumah masak,makan,masak makan,makan lagi,,happy tummy,happy family,nak bagitahu readers semua orang dalam rumah.makan habis nasi seperiuk.Motif bagitahu ?:itu bukti irda masak sedap..haha perasan!
ok daaa
thank you for reading this entry...appreciated :)
Pertama kali tengok hidangan jagung macam tu, nampak ringkas tapi menarik...Mai suka sweet corn, ihihi.
ReplyDeleteMai, memang sedap. Kalau nak sedap lagi ajak saya makan.
DeleteTak pernah tahu cara makan jagung mcm ni. Ana mmg suka makan jagung tp yg rebus punya lah.
ReplyDeleteKak PC pun berhantu dengan jagung...fuhhh...pergi pasar mlm...sasaran utama jagung...dapat setongkol pun dah senyum meleret..kikiki...lazimnya ubi rebus,,,keladi rebus...makan dengan kelapa parut semantan(putih) dan gula ni...tapi kali ni jagung...perrrhhh harus cuba....tq Irda kongsi idea..alhamdulillah...
ReplyDeletesedap juga nampak...sambil layan movie best ni
ReplyDeletesedap juga nampak...sambil layan movie best ni
ReplyDeleteTak pernah makan lagi yang mcm nie . Slalu makan yang jagung dkt daily fresh tue .
ReplyDeleteIrda dah share resepi boleh lah try nanti =)
tak pernah try tapi nampak tempting babe
ReplyDeletetak pernah try lg ni irda.. mcm sedap je menegoknye tu. hehe
ReplyDeleteboleh try pas ni..
Saya memang suka jagong berkelapa. Sedap tu.
ReplyDeleteEntry ni yg bedt part penjual kelapa tu kata. Kalau semua orang nak yang putih habis apa nak jadi dgn yg hitam. Kata2 tu memang reality.
Sedap jugak baca. Kali ni irda bersantai je.
Dah biasa ni, tau. Org kg mesti tau punya.
ReplyDeleteAzimah,
DeleteSaya pun orng kmpong.
Dah biasa ni, tau. Org kg mesti tau punya.
ReplyDeletenice share.. rasanya x pernah lagi makan jagung macam nih..
ReplyDeleteSaya memang hantu jagung! hahaha mak pernah buat macamni memang sedap la.
ReplyDeletelagi satu buat bubur pun sedap juga hihi.
jemput join segmen syed kalau berkelapangan :)
https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
wahh sedapnya nampak. tak pernah try. tapi bila tengok ni mmg rasa macam nak try sangat2 . tqq for recipe dear :)
ReplyDeletesedap pula tgok tu haihhh ^o^
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)