Irda memang plan nak pergi kinokuniya di KLCC,cari bahan bacaan baru.Setiap tahun kan boleh claim tax up toRM300 untuk beli buku.Hehe,setahun memang lebih rasanya irda beli buku.So bila lama dah tak membaca buku baru,so plannya,lepas monitor pfc buat sale nak singgahlah sebentar di kinokuniya,KLCC.
Explain to walkin customer..My pfc yang amik gambar ini. |
Sebagai leader,tak elok rasanya hanya memberi arahan tapi tak turun padang.Lama tak approach customer,hari sabtu tu irda buat sale,tunjuk kat sales staff lain macam mana cara tegur walkin customer,macam mana nak mulakan perbualan,dan macam mana sampai orang signup package kita.Jangan jadi sales person yang cakap banyak,tapi closing skill gagal.Kemuncak seorang jurujual itu adalah boleh jadikan perbualan biasa dalam 10 minit,sampai customer kata ya untuk produk kita.Itu namanya perbualan bermanfaat,bukan sekedar sembang kosong.
Semua tu ada cara untuk kita belajar,mungkin bagi irda kalau bagi training di class hanya teori sahaja,irda lebih suka turun ke branch untuk praktikkan,so senang diorang boleh cuba kalau rasa sesuai. Boleh juga diorang cuba cara masing-masing.Irda tak lah perfect sangat,kalau boleh tunjuk,Irda tunjuk apa yang patut,tapi hakikatnya masing-masing ada cara tersendiri.Bagi staff yang baru terjun dunia sales,boleh praktikkan cara irda,kalau tidak semua,ambil serba sedikit.
1.Jadi sales person jangan berat punggung
Di branch setiap orang ada peranan masing-masing,ada yang jaga kaunter,ada yang jaga cash,ada juga yang jaga tiket number.Jadi untuk anda yang bergelar sales person,jangan hanya duduk tunggu pelanggan,tapi bercampurlah dengan setiap department ,cuba bantu apa yang patut,sebab walaupun ia bukan tugas kita,ambil tahu serba sedikit memudahkan kita untuk berurusan dengan pelanggan.
contohnya:jika ada customer tanya tentang account opening.mungkin anda merasakan transfer terus customer pada the right person yang incharge,so senang kerja anda kan?
Tetapi cuba anda fikirkan,jika anda dapat menjawab soalan customer dan ia adalah salah satu permulaan perbualan yang baik.Lepas customer puas hati dengan penerangan anda,masa inilah anda boleh promote produk anda pula.Anda hanya boleh mulakan perbualan jika anda dapat menjawab soalan pelanggan dengan baik.
2.Jadi sales person kena pandai arrange waktu.
-Standard lunch time untuk para pekerja di dunia ini adalah 11.30am-3pm.Jadi anda sebagai sales person,bolehlah ambil heavy breakfast,sebab kalau ikut nabi pun makanan berat waktu pagi dan tengah hari alas dengan buah pun sudah memadai.Jadi sales person kena ubah sikit waktu lunch tu.Sebab waktu standard 12pm-3pm orang gunakan waktu lunch untuk makan.Ada juga yang gunakan waktu lunch pergi ke bank untuk buat apa yang patut,jadi waktu ini kalau anda juga keluar makan,siapa hendak entertain pelanggan?
Jadi tak salah rasanya anda keluar berlainan waktu dari ketebiasaan,mungkin selepas habis waktu lunch awam.Tak lapar pun,cuba anda buat,seminggu-dua minggu lepas tu dah terbiasa,sebab ramai sales person mengatakan kerja mereka terlalu sibuk,dan amat sibuk dengan admin work,sampai tak dapat cari pelanggan.Bagi irda,sibuk itu hanya terjadi bila kita gagal meletakkan sesuatu bersesuaian dengan waktunya.Bila time lunch orang ramai datang bank,masa ini lah anda ibarat buka kedai untuk mereka singgah.
Cuba waktu pagi bilakurang pelanggan kita buat semua perkara,,bila petang boleh rileks sikit.Dulu masa irda jadi sales person,irda hanya stay back di office bila irda rasa nak stay back je,kalau ikutkan boleh je balik awal.takde masalah,sebab semua kerja sudah settle.\
3.Jadi sales person harus serba tahu
Kalau tak tahu banyak,tahu serba sedikit pun bagus.Tahu macam mana nak handle teknikal problem,contohnya scan cheque machine,ATM machine problem call siapa,ticketing nombor problem macam mana nak handle,sebab semua tu adalah cara-cara anda membantu rakan sekerja anda,bila anda membantu,diorang pun akan bantu anda dengan bagi referral customer.
4.Sebagai sales person focus lah customer yang datang kerumah anda,bukan sibuk cari diluar.
Rumah bermaksud disini adalah branch,ramai sales person lebih suka jumpa customer di luar,dengan alasan cari customer ataupun appointment,Cuba bayangkan setiap kali anda keluar,ia memakan masa,mungkin setengah hari anda habiskan hanya untuk satu pelanggan,belum termasuk minyak kereta,toll dan parking,Contoh kalau customer itu hanya untuk apply satu produk,itupun belum pasti lulus.Jadi bila ada peluang customer walkin ke branch anda,jangan sia-siakan,sebab bila customer masuk ke bank,potential untuk close lebih dari satu produk adalah besar.Contohnya bila dia apply housing loan,ada kemungkinan dia akan ambik insurance,creditcard dan asb loan.Sebab?sebab mereka ibarat tetamu,layanan mesra anda dan ditambah pula sistem sudah di depan mata anda,itu jam juga kita boleh check status kewangan pelanggan dan jumlah simpanan.Bila semua diketahui,senang untuk anda promote produk yang sesuai untuk pelanggan.
5.Cara mulakan perbualan di branch jangan terlalu gelojoh.
contoh perbualan gelojoh,
"akak datang bank buat apa hari ini?akak dah ada insurance untuk anak?simpanan dah berapa?dah ada asb belum?"
cuba tukarkan ayat tu"
"Boleh saya bantu akak ?akak nak buat transactiaon apa ya?saya ambilkan nombor untuk akak ya,ini nombor giliran akak,ohh ada lagi 5 orang sebelum akak,sementara menunggu nombor boleh saya ambil masa akak sikit untuk saya berkonsgi promo terbaru dari bank kami?nanti saya monitor nombor akak sambil beri penerangan,tak apa,akak tak nak ambik pun tak apa,just dengar je dulu sementara menunggu nombor,boleh"?
Kadang-kadang bahasa kita pada orang itu memainkan peranan,biar muka tak berapa cantik,air wajah yang jernih,bahasa yang baik,senyuman yang ikhlas kadang-kadang akan melembutkan lawan bicara anda.Jangn jadi orang,muka cantik,budi bahasa kurang.Paling sadis,dahlah wajah kurang menarik,budi bahasa pun kelaut!
Pic tahun lepas sebagai hiasan,with my top PFC. |
6.Jadi sales person jangan asyik menjual,tetapi berkongsi
Jangan sesekali guna ayat,"saya hendak promote promosi terbaru pada encik".Tetapi gunakan
Saya hendak" berkongsi apa yang terbaru di bank kami." .Terdengar seakan sama,tetapi awas customer yang alergic dengan salesman,akan mudah reject anda untuk berbual dengannya jika ayat marketing anda itu salah.
7.Jadi sales person jangan lokek memuji,hadirkan pujian ikhlas dari hati.
Semua orang suka dipuji,apalagi dari orang yang baru dikenali.Tetapi jangan salah puji,nanti diorang ingat anda hanya ingin membodek.Apabila anda sudah lama dalam dunia marketing,sekurang-kurangnya 6 bulan pun anda sudah lali dan mula belajar dengan sifat orang.Sifat orang boleh diistilahkan dengan konsep burung.Ada yang jenis peacock(dahaga pujian).owl(begitu teliti).dove(pendiam dan pemalu).eagle(ganas dan garang).Jadi bila anda boleh baca character pelanggan anda,contohnya peacock,jangan terlalu detail menerangkan sesuatu seperti anda berbicara dengan orang jenis owl,
takut-takut customer anda cepat bosan dengan perbualan.,jadi anda sebagai sales person bukan sahaja harus ada ilmu jurujual,tetapi harus ada ilmu membaca atau firasat tentang seseorang.Kadang-kadang tak semestinya betul,tapi tak salah juga mencuba.Perkenalan pertama yang baik dengan pelanggan,akan membuahkan networking yang berpanjangan.Jadi jangan lokek pujian dengan pelanggan,jika sebenarnya dia character yang ingin dipuji.
Contohnya pujian:"Cik masih muda,tapi pandai menyimpan,maknanya cik seorang yang hemat dan bijak mengurus kewangan.jarang orang muda yang bijak mengurus kewangan.hanya 1 dalam 10,dan cik adalah orangnya.
Cik anak 4?hemm saya ingat belum kahwin tadi,rupa macam anak dara.cik dah plan simpanan untuk anak-anak?
Nampak tak permulaan perbualan tu?Tapi kalau customer tu dah jelas-jelas gedebeh spair tyre semua ada,tak payahlah puji-puji cantik bagai,itu namanya tak ikhlas,hanya pujian yang ikhlas dari hati akan menjalin relationship yang berpanjangan dengan pelanggan anda.
Lunch break with my top performer.top performer yang belanja Irda ni. |
8.Jadi sales person harus "be ready"
Maksud be ready disini adalah,anda jangan beramah mesra atau bermulut manis bila hendak promote produk sahaja,lepas customer sign,terus pelanggan anda abaikan.No no!!,tak baik buat orang macam tu,bila customer dah sign dengan anda,maknanya mereka adalah orang yang patut anda jaga.Jika mereka call atau wassap lepas tu,teruslah layan selagi ia berkait dengan pekerjaan.
contohnya,lepas 3 bulan signup produk,call nak minta tolong check kan balance akaun,tak rugi pun anda tolong walaupun di luar kerja anda,jika call nak check interest rate and son on,anda harus be ready macam layaknya tugas seorang customer servis,ikhlaslah dari hati,walaupun ia tidak memberi apa-apa lagi kepada anda,anggap sahaja itu kerja dari ALLAH.Who knows,dari layanan baik itu,dia akan bawa adik beradik atau kawan-kawan untuk beli produk anda.IRDA pernah rasakan semua itu,customer refer customer.
9.Jadi sales person jangan sesekali menipu untuk close sales.
Apa juga yang anda lakukan dalam hidup ini,tak kiralah anda seorang jurujual,doktor,peguam,apa sahaja kerja,hakta berniaga sekalipun,jangan sesekali anda menipu untuk meperolehi keuntungan.Jangan berjaya dengan menganiaya.Ini adalah santapan rohani buat anda.
Berapa sales person di luar sana,yang gah hanya seketika,tetiba hilang begitu sahaja?kenapa?harus kita tahu sebab musababnya.Apa jua yang anda lakukan,please jelaskan dengan terperinci dengan pelanggan pro dan contra,segala term dan condition,jangan sebab hendakkan sales,yang tiada anda adakan,yang tidak boleh anda bolehkan,ingat seringgit duit orang anda pusing dengan niat yang tidak baik,walaupun anda merasa gah memegang top sales performer,anda tidak akan kemana-mana,Everything is about time!Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.Cari rezeki biar sedikit,biar susah,tapi berkat,orang lain tak melarat,anda berada di pentas memang sebab hebat,bukan sebab putar alam dan penuh muslihat.
10.Jadi sales person harus harus cuba menjadi baik.
LunchDATE hari sabtu di Wendys KLCC with my PFC |
Dhuha dan solat lima waktu jangan tinggal.Especially subuh,kerana subuh yang dimulakan dengan solat dua rakaat akan menjadikan hari anda di pagi itu begitu ceria dan penuh semangat.Irda menasihati bukan lah bererti irda ni baik,irda ni teruk juga.Tetapi,tidak dapat tidak,kerja sebagai sales person,anda tidak boleh samakan dengan kerja yang makan gaji basic lain,ia ibarat entrepreneur.Bagaimana bagus pun skill komunikasi anda,dan tersusun pun strategi anda,kalau ALLAH tidak memberi rezeki pada anda,tidak akan terbukalah hati pelanggan untuk membeli produk anda.Jadi jangan lupa kebergantungan utama kita
padaNYA.
Sebelum buat apa pun pagi tu,mintalah segalanya padaNYA yang maha pemberi rezeki.
Penat pula menaip malam ni,alya dah ajak tidur...siap suruh tutup lampu .hehehe...
Thats all for tonite...selamat malam...
thank you for reading this entry...appreciated :)
Apa pun yang sedang Irda lakukan dan usahakan moga Allah permudahkan semuanya..dilancarkan selancar air yang mengalir..ameen.
ReplyDeletei sokong babe. jangan gelojoh . kena pandai bukak pantun. kalau sangkut , sangkut lah. Tapi orang yang dah pernah berada dalam marketing/sales line , mesti dah paham ayat bunga bunga tu
ReplyDeletebagus tips ni sis, sangat bermanfaat
ReplyDeleteTErbaik lah Irda! tips tuh sangat berguna dengan cara yang 'halus' tuh penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Diakhiri pula dengan rasa kehambaan pada yang ESA. Memang worth sharing nih!
ReplyDeletetips terbaik kak irda.. ^_^
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)