Menangi Jam Tangan Calvin Klein untuk ibu sempena hari ibu akan datang
 Klik disini jika ingin menyertai dan memenangi jam tangan Calvin Klein


 Cinta yang paling agung hanya cinta seorang ibu kepada anak-anaknya..cintanya ikhlas,tak pura-pura,cintanya berpanjangan,bukan berubah hanya sekelip mata.

Kasih ibu hingga syurga,tidak pernah pudar walau zaman beranjak senja,masa berlalu,kasih ibu tetap utuh,andai hilang kasihnya meruntunlah kalbu,tiada bahu untuk menadah tangis,tiada tangan menguis jejari manis,disaat hati di landa rajuk,disaat jiwa berkecamuk,siapa lagi ingin dirujuk?selain insan bergelar emak...

Walaupun tenang pada dasar,gejolak jiwa pasti mampu dibaca,kerana sekecil tapak tangan kita dibesarkannya,sebijak mana kita menyimpan cerita pasti tetap diketahuinya.Terima kasih mak untuk semua selama ini.



Menangi Jam Tangan Calvin Klein untuk ibu sempena hari ibu akan datang
Photo ketika bercuti dengan mak

 Kita tak pernah sependapat,wajah kita yang seiras,mengiyakan kata orang-orang tua,kita panas dan selalu bertentangan .Tapi satu sahaja yang diakui,anak mak ini tidak mampu berjauhan,walaupun hanya seketika,pasti rindu datang menjelma.Bagaimanalah agaknya jika rantau  ini anaknda lebarkan,terpisah oleh benua dan laut,cuaca yang tak sama,musim juga ada kontranya...,pasti jiwa ini bergejolak oleh rasa rindu pada mak.Rindu bebelan mak,rindu masak lemak cili padi mak..tak sanggup rasanya,,tapi apakan daya,esok lusa jika terpaksa,,,:(

Teringat kali pertama mak hantar orang ke asrama,mak marah,mak merajuk,mak cakap tak pernah berjauhan ,kenapa orang nak juga tinggalkan mak?entah masa tu hati ini cukup tekad.entah kenapa...walaupun akhirnya tiap minggu orang balik rumah,datang kat ketiak mak..

Menangi Jam Tangan Calvin Klein untuk ibu sempena hari ibu akan datang
Ketika bawa mak shopping di Bukit Tinggi,Indonesia

Mak selalu marah kalau anak mak ini berpakaian selekeh,mak selalu bandingkan cara mak kemas rumah,kemas bilik .Nasihat mak masih jadi terngiang hingga saat ini"jangan jadi wanita moden yang bekerjaya tapi gagal mengurus rumah,wanita yang berjaya itu bukan yang mampu menakluk dunia,yang kesini sana penuh dengan aktiviti yang diangkat namanya,tetapi wanita yang berjaya itu mampu mengurus rumahnya sebaik-baiknya,kerana wanita adalah seorang ketua dalam pengurusan rumahtangganya,jangan jadi wanita yang hebat di luaran,tapi pulang rumahnya ibarat kapal yang pecah dalam medan perang"

sebelum buat apa-apa kerja pastikan,diri sendiri kemas dulu,katil dan bilik kemas dulu,lepas tu baru lah sibuk kerja lain dan uruskan anak-anak,sebab penampilan kita itu penting untuk suami!huhu,orang hanya tersenyum geli hati.ternyata pesan itu kekal disanubari,jadi santapan rohani hingga kini...



Menangi Jam Tangan Calvin Klein untuk ibu sempena hari ibu akan datang

Usia mak hampir 60 tahun,kenapa kalau kita berjalan sama,orang cakap macam kakak dengan adik?apa mak masih muda?atau anak mak yang semakin menua?arghhh! orang tak suka sebenarnya kata-kata itu....

Teringat dulu waktu dalam pantang anak mak ni tak pernah jaga apa-apa ,seminggu pantang di rumah mak,lepas tu sibuk balik rumah sendiri,teringat lagi hari ke 20 pantang,orang minum cendol ais kacang!huhu.teguk air sejuk dalam peti ais..gulgulp!sedap...makan maggi cili api,berdesup pedas hangat membuka selera diwaktu pantang..hikhik...

Mak datang rebus akar kayu,orang buang dalam sinki...mak tak tahu ,.tapi orang tulis kat sini,sebab orang tak suka semua tu!mak rebus air untuk bertangas,orang suruh husband duduk bertangas,mak masak ikan haruan,orang suruh husband makan habiskan..haha kan menantu kesayangan mak,dia cover baik semua nya.tapi sekarang bila usia bertambah,baru orang sedar kenapa mak buat semua tu...mak....im sorry.

Menangi Jam Tangan Calvin Klein untuk ibu sempena hari ibu akan datang
Ketika bercuti dengan mak,adik beradik dan sepupu sepapat

Walaupun orang kadang-kadang melawan dalam hati.Tapi percayalah mak,jauh disudut hati ini,orang ingin penuhkan semua kehendak mak.Waktu  berkahwin dulu pernah cakap dengan menantu kesayangan mak"Im married with someone yang boleh jadikan mak macam mak kandungnya...yang tidak akan membeza-bezakan mak dengan ibu kandungnya ,yang sanggup jadi abang sulong untuk adik-adik,dan orang cakap,walaupun berkahwin tanggungjawab orang kepada mak tidak akan pernah akan orang abaikan.Perkahwinan ini bukanlah penamat sebuah tanggungjawab seorang anak perempuan pada seorang ibu.."

Anak mak ini selalu ingin bekerja keras untuk membahagiakan mak.Rasanya tiada apa yang lebih penting dalam hidup ini selain mak.Ingin buat mak rasa senang,rasa mewah walaupun gaji orang taklah setinggi mana dan ingin buat mak rasa serba ada dengan hasil titik peluh orang.Kalau boleh ingin membina sebuah istana dilengkapi dengan orang gaji,biar mak rasa hanya bersenang-senang,mak hanya perlu pergi ke surau,usrah,mengaji dan bermain dengan cucu-cucu,selebihnya usah mak fikirkan apa-apa..tapi kenapa ya mak...kenapa mak,masih ada rindu untuk yang disana...yang sudah lama kita tinggalkan.???..


Rumah mak ini masih mengimbau mak pulang ke sana,walaupun orang dah bekerja keras untuk membina yang lebih indah buat mak disini,memori mak disana masih membawa mak pulang.Bukan sesekali,bahkan setiap tahun mak berkehendak pulang,mak masih rindukan haruman rumput ,tiupan angin malah deruan ombak yang tidak jauh dari rumah mak ini.Sebenarnya tiada apa yang menarik hati orang untuk ke sana,entahlah..hati kontang..

mungkin sekedar belajar sejarah dan terdidik dengan adat,ia baik untuk didiami,kerana budaya disana cukup baik mendidik jiwa,selebihnya ia hanya lah sebuah memori duka yang tiada apa-apa.


 Dan sempena hari ibu tahun ini,sebenarnya sudah terniat untuk menghadiahkan mak tiket percutian ,tetapi bujet orang lari selepas beli kelengkapan rumah baru mak.:)Maaf ya mak,tahun ni semua hadiah hari ibu banyak dilabur di rumah  Gombak,dengan harapan mak tidak lagi merindui rumah mak di seberang laut sana.huhu..

Jika anak mak memenangi hadiah jam tangan dari Calvin Klein ini,sangat cantik,lagipun jam tangan mak baru je orang rosakkan,tempoh hari,harap ini boleh sebagai ganti hadiah hari ibu tahun ini.

Walaupun mak tak pernah minta apa-apa,tak pernah nak apa-apa,mak tahu kan?selama ini orang bekerja keras untuk siapa?dan semua yang orang lakukan untuk siapa?ya Hanya untuk MAK...SAYANG MAK....

SELAMAT HARI IBU MAK....
(http://bit.ly/CalvinKleinWinner11).

 Win a Calvin Klein Watch this Mother's Day 2017, Check this for details: http://bit.ly/CalvinKleinWinner11
#CalvinKleinFans #CalvinKleinMothersDay2017



thank you for reading this entry...appreciated :)

9 Comments

Thank you,come again :)

  1. Terharu sungguh hati akk dgn catatan indah irda ni, tulusnya akk dpt rasakan, sungguh bertuah tau ibu irda ada ank sebaik irda.

    Tapi mak irda mmg nmpk mudalah, dan cantik sangat. Kirim salam akk kt mak ye

    ReplyDelete
  2. macam kakak & adik..semoga mak diberi kesihatan yg baik..
    Good luck irda, mana tahu rezeki untuk hari ibu..

    ReplyDelete
  3. terharu akak membacanya...selagi mak masih ada bahagiakanlah dia, akak dah takde mak..ah sedihnya rasa.

    apapun moga impian irda untuk mak menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  4. Wow, love every words you used in this entry. Every each of them ada maksudnya and I don't think I can ever write as you did!

    I wish you luck in this competition. Hope you're able to give the watch to your mother.

    ReplyDelete
  5. asalam saya follow blog Puan ya...menarik ..

    ReplyDelete
  6. What a nice entry Irda <3

    ReplyDelete
  7. Entri ini membuatkan Siqah rindu akan arwah Mak. Siqah suka baca nasihat Mak Irda. Betul sangat apa yang dikata :) Semoga mak Irda dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa. Dan betullah Irda, mak Irda nampak muda. Mak dan anak, both cantik tau 😍

    ReplyDelete
  8. nasib la mak akk xde blog..kalo tak mau dibaca ni nati..
    tharu menangis kang..hehe

    ReplyDelete
  9. wahhh cantik jam..hargailah mak selagi dia ada.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post