Image may contain: 1 person, smiling
pre photo,sebelum i membebel panjang kat bawah.Selamat hari raya semua,maaf zahir dan batin.Nanti i buat full OOTD ya baju raya tahun 2017.
Image may contain: 2 people, people smiling, indoor
Last minit punya baju raya,malam raya baru beli.Next ootd my look i story ya



 Hari tu diawal bulan April,I ajakboss for coffee talk di bawah office tu.Kali ni I yang ajak,I orderkan dan I bayarkan.Tujuan nya satu,I nak bagitahu i nak resign.Jadi i tak nak nampak terlalu rude terus bagi surat.Sekurang-kurangnya I inform awal,boss boleh cari pengganti dan i boleh ajar.

Conversation dari pukul 11am sampai pukul 2 pm lebih tu tak berjaya sebenarnya,boss i counter back my request.Why Irda?Bukan your passion tolong your friends,motivate them,do sales with them?Why suddenly u nak run away.Bagitahu I what happen?

 "Bukan runaway boss..Im not happy!".

"Apa yang buat you tak happy,tell me,if you not tell me,takkan tahu your problem"

Actually i pun mati kutu apa yang i nak jawab.Position I ni terlalu banyak hati hendak dijaga.Jika I tak happy I tak boleh salahkan orang lain penyebab I tak happy,I yang salah sendiri.Dan jangan sesekali disebabkan orang lain I nak resign.Dalam sesebuah pekerjaan jika kita tak boleh nak kuasai sesuatu perkara jangan kita salahkan orang lain ,samada kita belajar untuk menguasai sebaiknya,set minda dan tindakan kita agar selari dengan peraturan dan cara yang ditentukan,bukan kita minta pula ikut aturan dan cara kita sendiri tentukan.Itu syokk sendiri namanya.Kan adat makan gaji bertindak mengikut acuan yang ditetapkan,kalau tak boleh,bukan salah mereka,tapi salah kita.Jadi jangan bising-bising,jangan menyalahkan orang itu orang ini,diam-diam sudah dan angkat kaki.Itu prinsip yang perlu dimatangkan dalam fikiran sebenarnya.Jadi inilah jadi pegangan I.I nak resign bukan sebab itu,bukan sebab ini,sebenarnya ada sesuatu belum dapat dipenuhkan dalam jiwa I dalam apa yang i lakukan saat ini.

Sebenarnya I sendiri tiada sebab kukuh mengapa dan kenapa secepat ini I nak resign.Baru nak masuk 4 month,dah ratusan kali fikiran i terlintas nak resign.Mungkin i ni follower tegar entrepreneur,businesswoman,dato sharifah,joyreva,ibu hanim,irfan khairi,chef li,jack ma,dr tuah,azizanosman,felinna dan ramli..jadi kepala i ligat nak jadi sebahagian dari mereka.Kawan-kawan rapat I pun dah mula amik langkah untuk menjadi usahawan.

air i hirup,perlahan-lahan mata i pandang ke luar,uitt i tak pernah nangis sebab kerja,kali ni i sebak.

"im not happy boss..my soul not there"

"U can change your portfolio,your position,back to sales,or stay at HQ as resolution unit or anything u like,banyak opportunity here,Bank x is the best company in Malaysia,benefit and salary.Please sayang your seniority!Then if you resign..dont tell me you join bank A."

I sebak lagi bila boss bagitahu pasal seniority,yes.I tewas bab ini,terlalu banyak keistimewaan i sebagai staff senior,50-50 pula hati ni.I rasa boss i ada belajar nak psycho orang nak resign ni,sekejap tu je dia boleh twist minda kau.

Lepas I bayar duit coffee,kami jalan sama and sekali lagi she remind me.

"dont give me your resignation letter.I won't accept".I diam senyum kelat.

Hari berlalu,i masih cuba yang terbaik.Rasanya kali ini bukan kerana kerja semata-mata,lebih kepada hendak menjaga banyak hati orang.Arghh sekali tekanan datang ,,kerja i menjadi igauan malam .Setiap hari i bangun,walaupun tiada orang nak amik attendance i,takde siapa monitor kedatangan I,sebab i kerja remote,visit dan coach people,still ada satu rasa yang tidak puas dalam jiwa i/Lama-lama i fikir,baru i sedar sebenarnya i dont like become a boss,i just want to be money magnet.Yes,i want to be businesswoman!kaya,dermawan,dan boleh memberi banyak pada orang.Yup itu yang i inginkan.Maybe tak perlu kerja yang glamour,something yang sangat energetic melakukannya!

Dan untuk kedua kalinya,hasrat i dah tekad dan bulat.I inform boss 5 hari sebelum raya,please start interview and July 2017,hire new person as retail segment manager.I will leave this position.I cant stand more longer.

"I accept your request to leave this position,but i won't accept your resignation letter.U go raya first,happy-happy with family,then come back with new idea,just tell me what you want to do,i will help you"

Boss,if you know,even after long break,my decision still same.I dah plan baik punya.If God willing,i nak lagi berjaya dan serba ada for my parents ,siblings dan untuk orang lain.Maksud serba ada adalah,kalau sekarang i hanya mampu bagi duit raya RM1,paling besar pun Rm5,atau RM10,note purple hanya untuk parents,i hope future i boleh tukar note merah banyak-banyak atau note hijau atau note purple sahaja.I nak berdiri dan memberi di rumah  anak-anak yatim,rumah-rumah fakir miskin.I nak bantu ibu-ibu tunggal,golongan oku.kadang-kadang i rasa teruk,nak bagi oku tepi jalan pun i akan cari duit paling kecil!..kepuasan akan datang bila kita mampu menjadi tangan diatas tanpa berkira-kira.

Teruja bila tengok vivy yusof bagi duit raya,hanya ada note RM50 dan RM20,sangat banyak dalam ikatan .Teruja tengok joy bagi duit raya,itu semua atas kemampuan mereka.Teruja bila vivy yusof boleh derma ribuan telekung duck di masjid-masjid,apa yang aku mampu berikan pula?Sekedar makan gaji,dapat bayar bil,simpan sikit,shopping untuk diri sendiri.ya untuk diri sendiri dan keluarga sendiri.

Kadang-kadang bila kita lihat kemampuan orang lain,jika kita berfikian positif dan menjadikan mereka inspirasi,kita takkan sekali-kali menganggap ia hanyak menunjuk-nunjuk,jika kita fikir macam tu,selidik balik hati kita,fikiran jahat dari hati jahat,hati jahat tidak akan bahagia!

Biar melimpah mana pun harta,kalau hati kau sakit,semua serba tak kena.

Jadi rajin-rajin muhasabah diri,jika ada orang melakukan kesilapan pada kita,jangan salahkan orang lain,kaji diri sendiri balik,kadang-kadang ALLAH nak bagi petunjuk pada kita,dengan menghadirkan orang-orang depan kita untuk kita melihat.Apa yang berlaku pada orang lain kadang-kadang untuk kita berfikir sesuatu,sebab ujian pada orang kadang-kadang tarbiah untuk kita juga.

Jadi untuk menjadi magnet rezeki,pertama sekali jangan salahkan sesiapa dalam hidup ini.Dan lepas raya ini,hope ada penyelesaian yang baik.Ini yang kedua kalinya hasrat untuk meninggalkan company yang banyak memberi rezeki selama ini dan segala perancangan menjadi kenyataan,Ku yakin ada sesuatu di depan dijanjikan Tuhan.

Setiap kali matahari terbit,ada satu hari baru dan harapan baru,kenapa meraih kepada yang statik sedangkan bumi ini Tuhan ini terbentang luas.Samada kita berani atau tidak sahaja untuk mencuba.

InsyaALLAH,demi Tuhan yang menciptakan hambanya,yang mengetahui isi hati hambanya,jauhkan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk dalam diri ini,dan jadikan aku sebahagian dari mereka-mereka yang beroleh rezeki Mu yang melimpah ruah.syukur alhamdulilah untuk semuanya selama ini.



Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

4 Comments

Thank you,come again :)

  1. Semoga impian menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  2. irda nak resign dah ke? hmm..
    semoga impian yang diimpikan tu menjadi kenyataan.. :)

    ReplyDelete
  3. semoga ada jalan yang terbaik ye bee. kalau hati dah takde, memang payah nak buat kerja bee. tawar je hati. harap harap u jumpa solution yang baik. selamat hari raya

    ReplyDelete
  4. Irda... sebenarnya bila baca entry Irda yang sebelum2 ni , Nany dapat rasakan macam ada 'sesuatu' yang Irda tak happy. I can feel you babe. Semoga ALLAH SWT memberikan petunjuk yang TERBAIK untuk Irda sekeluarga. Bak kata Cici...kalau tak happy memang takde hati dah nak keje. I pun tak suka jadi BOSS. Ntah la..itu bukan I kot...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post