Di hari raya,untuk kita saling bermaaf-maafan.Kosong-kosong gitu.siapa disini hati masih ada dendam kesumat,masih ada prasangka,masih ada rasa tidak puas hati.Moga perkongsian ini bermanfaat buat kita..Kita bukanlah manusia yang sempurna.Mereka juga bukan.Memohon maaf bukan kerana lemah,memaafkan juga tidak hina.Buang ego,jaga lah silaturrahim.
photo sumber google |
Perkongsian ustad pahrol tentang memaafkan...
Apabila kita disakiti,ia seperti dipatuk ular.tetapi tidak memaafkannya ia seperti membiarkan racun daripada patukan itu terus menerus berada dalam diri kita.patukan itu tidak memudaratkan kita tetap racun itulah yg berbisa.Memaafkan insyaAllah akan mengeluarkan racun itu dari dalam diri kita.justeru memaafkan org lain adalah seperti memaafkan diri sendiri.
Penyesalan semalam kebimbangan tentang hari esok akan merampas ketenangan hari ini.lalu padamlah penyesalan semalam dgn taubat.kebimbangan hari esok dengan tawakal dan tuailah ketenangan hari ini dengan sabar.ya allah ingatkan kami utk sentiasa mengingati mu
Rasa sukar memaafkan insan petanda hati belum benar-benar inginkan keampunan tuhan.Bagaimana Tuhan ingin ampunkan dosa kita,sedangkan kita juga tidak mahu memaafkan orang lain.Apakah merasa diri bebas dari dosa?
Yang paling wajar kita maafkan ialah diri sendiri.maafkan dirimu beri harapan kepadanya.bersangka baiklah pada diri sendiri atas kemampuanya berubah.insyAllah allah mengikut sangkaan hambanya termasuk sangkaan hamba itu terhadap.dirinya.
hidup lebih tenang dan ceria sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha untuk mengubah diri berbanding mengubah orang lain.
petanda diri belum baik apabila hati dan lidah sering berasa dan brkata"aku lebih baik daripada kamu"
Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)
Post a Comment
Thank you,come again :)