Pengacara majlis di Dewan RISDA,Ampang
19/07/2017
Alhamdulilah,seperti yang irda cerita di entry sebelum ini .Baca sini [emcee-pengacara majlis].Hari sabtu lepas,15 July sudah berakhir semuanya.
Seperti biasa,sehari sebelum irda dah siapkan text.Sebab ni kawan punya event,lagilah nervous,apalagi ada kawan-kawan office lama datang sekali.Diorang cakap "lama tak dengar irda bercakap,"...Laaa selama ni den guno bahasa isyarat ke? heheh.
Pelamin tersergam indah di tingkat 1,Dewan RISDA |
Dewan yang selesa dan luas,yang penting tidak panas ya. |
Dewan RISDA,Ampang ,wedding ceremony tu di tingkat 1,dewan agak luas,decoration pun cantik.Makanan pun sedap,tak salah irda diorang caj RM20 satu kepala sekali dengan pelamin,makeup dan makanan.Harga tu maybe after negotiate dan tak pasti lagi harga selepas itu.
bahagian makan beradab di dewan RISDA |
Antara menu yang dihidangkan selain nasi minyak berlauk |
First menu yang irda makan.Laksa |
Antara menu yang dihidangkan laksa dan air panas teh tarik.Nasi minyak,nasi putih,daging masak kicap,ayam masak merah,sambal sotong dan acar buah.air sirap.Ramai yang makan katanya catering sedap.Uols yang mencari tempat bersanding bolehlah cuba tempat ni.
Irda sampai dalam pukul 11.15am macam tu,memang suka datang awal,walaupun bersanding pukul 1pm.Majlis orang adalah tanggungjawab kita kan.Sebelum datang irda singgah rumah kawan minta tolong makeupkan.Sebenarnya boleh je makeup sendiri.Walaupun tak berapa rapi,boleh je tapi sebab pertama irda nak bagi job kat kawan irda tu.Haaa jangan cakap buat-buat baik pulak ya,takde maknanya,,tak tunjuk baik pun.
with beloved officemate |
Masuk je dewan,irda jumpa mira gojes,napa panggil dia mira gojes?sebab dia memang gorgeous lah... dah ada anak umur belasan tahun pun,pinggang saiz budak sekolah and cute sangat,nampak muda macam umur 20an,lesung pipit pun pemanis senyumannya.Lama tak jumpa kan,saling bertanya khabar lah diantara kami.Ni kalau mira baca jangan kembang ya,malas nak puji depan-depan.:)
Sebagai pengacara majlis yang bukanlah pro sangat! kenalah sedar diri ,Irda kena make sure mic berfungsi,PA system available( kena make sure control lagu dengan nak bercakap,deal dengan orang yang jaga PA system) dan kena jumpa orang penting majlis masa tu seperti mak ayah,abang atau kakak pengantin untuk tanya apa-apa yang mereka nak kita buat.Cerita sikit pasal perjalanan majlis,kalau perlu rehearsal,irda akan buat.Tapi selalunya jarang buat rehearsal.
Kedua,kalau pengacara majlis boleh je nak makan dulu,sebab nanti dah start majlis dah tak sempat makan dah,tapi kan kadang-kadang irda selamba jer banyak kali makan.hahaha.psttttt,jangan bagitahu keluarga pengantin tau,hahaha,..awal datang makan,lepas tu time pengantin makan beradap,i makan lah lagi,sebab pengantin makan,emcee kena duduk diam,apalagi nak buat selain makankan?nanti tutup majlis makan lagi.isk isk..ko makan ke mengketedarah irda?
Tapi selalunya kurangkan makan tue lebih elok,ditakutkan masa mengacara sakit perut ke apa,apalagi kalau berseorangan.Bayangkan tengah bercakap goyang sana,goyang sini,menahan perut,haru biru ...
Ketiga, kalau orang luar yang irda tak kenal,majlis diorang irda akan minta 50% deposit dulu.Kalau orang yang kenal especially kawan-kawan,harga pun irda tak bagi,ikut lah bujet diorang,tak berkira sangat.
Selalunya ada orang akan bayar lepas event,bankin dalam akaun,ada juga yang bayar sebelum mula majlis,sampai-sampai je dapat envelope,terus senyum lebar tau.itu cara psycho sebenarnya supaya buat betul-betul majlis orang kan.
Ada juga orang bayar masa nak balik.Mana-mana pun ok je,sebab bagi irda mengacara majlis ni macam hobby juga,lagipun bukan kerja berat pun.Cuma dia punya berat kat kepala kita lah,nak make sure tak silap sebut nama-nama orang,tak silap aturcara majlis dan tak tersasul.Nervous dan panik kadang-kadang mesti ada,sebab kita bercakap depan orang ramai kan.
Jadi sebelum mula majlis,kita digalakkan duduk diam,selawat dan baca apa-apa yang patut,agar semua mata yang memandang tak nampak apa-apa kekurangan.Selalunya orang akan cepat kesan yang salah,kalau yang molek jarang benar orang akan ingat.adatlah manusiakan.
irda with family pengantin |
Majlis hari tu irda tutup pukul 3.15 pm bila tetamu makin berkurangan.Sekejap je irda kerja kan 1am-3pm?Tapi dia punya perjalanan kerja tu dari pagi sampai petang juga sebenarnya,dari prepare text,persiapan diri,dan persiapan tempat majlis.Itulah tanggungjawab emcee,jangan fikir kejap je dia mengacara,tapi pandang yang di belakang nya juga.
Apapun irda belanja selawat dari ustad ni,tak tahu pun ada orang record masa ni.
Ok daaa......
Appreciate your time reading this entry.
Jadi emcee ni mesti kena ada bakat juga, pastu kena study juga apa patut yek, supaya tk tersyasyul gitew. Byk sudut juga kena amik kira termasuk tahap kecomelan dan kekemasan yek, pastu nk bercakap tu biar kena dgn majlisnya kan, hehe..pandai je. Untung jadi org ada byk kebolehan ni.
ReplyDeleteHihi...betul la tu...hat salah cepat aje detect...hat elok diam diam...haha
ReplyDeleteCantik nya Irda! teringin nak dengar Irda bercakap jadi emcee.
ReplyDeleteWAH PANDAI IRDA MENGACARA MAJLIS MENGURUSKANNYA..TAHNIAH
ReplyDeletecantik as alwes emcee..
ReplyDeletepengalaman yang berharga betul ni Irda, seriously tak semua orang boleh jadi emcee. tiba-tiba terbayang diri sendiri kowt2 dipaksa jadi emcee mcm manalah. hehe.
ReplyDeleteMesti nervous kan lagi2 bila bak kata irda, org akan mudah perasan if kita buat silap. Sbb tu doa tu penting kan. Apapun best of luck irda. moga semakin banyak job sebagai emcee. amin! :)
Wow.. Dasyat.. Emcee nie walaupun nampak sekejap tapi yanggungjawab tu berat..
ReplyDeletecun nyer kak irda..hehe
ReplyDeleteweewiitt
Post a Comment
Thank you,come again :)