Shaklee pun bagus juga.Irda dulu beli dengan kawan irda,dia ni doktor di Johor Bahru,dia yang advised makan.Cuma irda lama dah tak beli sebab tak tahu kesedaran takde nak makan,dah beli simpan je dalam kabinet,huhu.Rajin makan masa awal-awal beli je.Samalah beli multivitamin ka,apa bentuk vitamin pun,beli rajin lepas tu jadi pekasam je disimpan sampai expired.Entah elergic bende berbentuk pil kot..
image credit google |
Bila selalu dengar kebaikan habbatussauda,irda pun start lah google dan memang nak start with habbatussauda untuk menjaga kesihatan.Jadi irda amalkan pagi sekali dan malam sekali mulai samalam.Tapi masih tak tahu cara makan yang betul.Jadi banyaklah laman sesawang yang irda google.
Semalam irda just amik setengah sudu kecil,rendam dengan air panas, dah sejuk baru minum.Tak tahulah betul ke macam tu.Up juga satu status di Facebook nak tanya siapa ada amalkan jadi nak tahu cara makan yang betul.Urmppp,maybe orang sekarang dah tak amalkan kot,takde siapa pun yang tahu.Huhu,semua lebih suka supplement yang lebih mudah di makan.Sedangkan habbatussauda ni makanan sunnah yang paling dituntut dimakan sepanjang zaman.
Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.”
Dalam banyak-banyak entry yang irda baca,ada yang cadangkan seperti berikut:Irda copy paste dari beberapa blog:
Berikut adalah kaedah makan untuk menjaga kesihatan;
1 Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
2 Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
3 Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
4 Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
5 Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
6 Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Semua cara diatas irda tak dapat follow sebab:
1.Ketiadaan bahan-bahan yang disebutkan di rumah
2.Kemalasan tahap maksima nak prepare semua tu..kah!
Jadi irda google lagi dan lagi.Then ada terbaca satu blog ni ada mutawif pesan ,makan 7 biji pagi secara kunyah dan 7 biji malam secara kunyah.Itu kalau bijian yang belum diproses.
Ada juga yang ambil 7 biji campur dalam minuman pagi mereka seperti nescafe.Tapi macam tak berkesan kot.
Jadi semalam irda rendam dan minum bila dah sejuk tu tak salah pun sebenarnya,sebab irda ada terbaca juga ada yang buat macam tu..Cuma semalam dose terlebih kot..huhu,tapi kat botol tu suruh 1/2 sudu makan dengan madu.EEH irda,ko jangan degil boleh tak,makan je lah 7 biji,masalahnya 7 biji tu macam sikit je,dah lah bijinya kecil yang amat.eeh ko ni buat je lah..ikut je lah orang punya experience.
(this two voice always mumbling..conversation antara diri sendiri.)
Tapi mulai hari ni irda nak cuba kunyah pula.Rasanya ?alaa rasa jintan hitam lah kot.Pedas-pedas sikit.Ya kunyah dengan 7 biji.Memang kita digalakkan apa-apapun dengan nombor ganjil.
Tapi nak pesan pada diri supaya minum banyak air lepas amalkan habbatussauda.Sebab jintan ni kan bersifat panas.
Kenapa irda baru nak terhegeh-hegeh makan ni semua?
almaklum usia dah 3 siri ni baru nak jaga kesihatan.Lagipun memang nak cari supplement lah,nak cari yang sunnah untuk dimakan.Harga yang berpatutan.Selain madu ,habbatussauda juga baik untuk diamalkan .Dulu masa pantang serius satu apa pun tak jaga.Makan pun belasah je ,pantang lalu apa makanan terus ngap,itu bukan berpantang tapi pantang nampak makanan.Haha..sekarang baru nak sayang badan uittt...:)
InsyaALLAH,PAGI irda nak kunyah 7 biji habbatussauda selepas subuh atau dhuha.Malam maybe selepas isyak atau sebelum tidur.Jom amalkan.
Jom mulakan hari dengan habbatussauda dan akhiri hari tu dengan habbatussauda,selingkan dengan susu kambing lazz dan kalau ada madu asli lagi terbaik.
Sekarang tengah fikir macam mana nak bagi alya makan pula.Dia dahlah pelik dengan bende-bende jintan ni.Ermmm..
Banyak kebaikan habbatussauda untuk
1.kesihatan
2.MenambahTenaga
3.Kecantikan.
Kembali pada sunnah itu adalah yang dituntut kan.ok dah 5.42am,Irda bangun pukul 4am tadi,now siap-siap..stop sampai sini dulu yaa
owh ya today alya punya birthday,tapi today juga my productif day bermula,My first day collaboration with ex-colleague.So we become partner again in new challange and of course in new company.Hehe...complete my 3/3 mission.
Doakan success ya.Untuk 1,2,3 mission,i need superb energy ,so hopefully berpagi-pagian dan juga mengamalkan makanan sunnah,aktiviti harian irda berjalan lancar.Amin.Doa kan juga irda istiqamah mengamalkan habbatusauda ni ya.Takut kan sampai berkulat pula disimpan..huhu
p/s:Alya we celebrate your birthday tonite with all family yaa.Daaaa
Appreciate your time reading this entry.
Sebenarnya kena rajin amalkan...hihi..saya pun sama kalau beli supplement jarang habis pada waktunya...kena letak alarm kot as reminder haha
ReplyDeleteMoga terus istiqhomah ya Irda...insyaAllah nanti dapat rasai kesannya..tapi betul..memang kena lebih minum air..
ReplyDeleteSelamat ulangtahun kelahiran Alya syg.Moga diberi usia yang berkat.Sentiasa mencintai Allah dan Rasulullah SAW.Syg mma ppa..Be solehah girl ya.
Patutlah irda maintain muda remaja je. rupanya sangat menitik beratkan kesihatan. bagus tu irda. keep it up. dulu selalu gak amalkan habbastus sauda dlm bentuk pil, tapi tak lama gak. now kat rumah ada madu asli, memang buat stock, pun masih malas2 nak amalkan. bila lah nak ada kesedaran diri ni. haihh
ReplyDeleteAkk tgh amal mkn vivix, akk kalo suppliment yg sedap tu, haha..in shaa Allah tak lupa makan.lagipun vivix tu ok serasi dgn akk.
ReplyDeleteHabbatussauda blm penah try. Moga2 irda boleh istiqamah mkn lps ni, kalo sihat kita juga yg senang kan.
Bagusnya sis. Wish you all the best btw ❤
ReplyDeletebanyak kelebihannya kan, moga terus istiqamah. akak pun amalkan supplement jugak sebab ye lah umur dah meningkatkan akak ni lagi dah nak masuk 40an dah tahun depan
ReplyDeleteThanks..good info..
ReplyDeleteAssalam. Bagus sangat perkongsian ni. Betul, banyak khasiat habbatussauda ni. Saya pun ada beli..cuma nak makan secara konsisten tu kena perbaiki lagi :).
ReplyDeleteKita pun ada kat rumah ni habatussauda. Pagi tadi ambik secubit kunyah. Sedap jugak!
ReplyDeleteSekali pas makan baru google, alamakkkkk.... 7 biji jer. HAhaa
Malam karang laaa mengira 7 biji jer. Kecik nau macam tak puas makan. Hehee
Niceee
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat byk maklumat ttg habatus sauda...tq sharing
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)