Berborak dengan Fatah,seorang kawan yang membayar RM4000 untuk isterinya yang bersalin di hospital Selayang melalui pembedahan buat diri ini tertanya"awat mahai sangat".Bukankah sepatutnya hospital kerajaan lebih murah.Ini harganya hampir sama dengan pula dengan hospital swasta

Baru tahu,dia menggunakan FPP program untuk kelahiran anak sulongnya.


image credit Google:Wad di FPP

Apa itu FPP?

FPP(Full paying patient)adalah satu kaedah pembayaran penuh oleh pesakit untuk mendapatkan servis ward 1st Class di hospital kerajaan.Ia bukanlah bertujuan untuk menswastakan hospital kerajaan tetapi ia adalah pilihan yang disediakan di hospital kerajaan untuk mereka yang sedikit berkemampuan untuk memilih perkhidmatan yang berbayar sepenuhnya.

Bila ia berbayar sepenuhnya,sudah pasti servisnya juga lebih VIP,wad pun boleh pilih yang rata-rata ibu mengandung akan pilih single bedroom agar suami boleh menemani isteri bermalam di hospital.Kalau wad biasa ataupun 2nd class,suami hanya boleh melawat tidak untuk menemani di waktu malam.

Kasihan suami isteri jika situasi  isteri sakit di wad pada waktu malam,suami hanya mampu menunggu di lobby hospital.Hendak buat macam mana kan,memang itulah peraturannya.Lagipun ia bertujuan keselematan dan keselesaan pesakit lain.Jadi bila ada pilihan,kenapa tidak kita pilih yang lebih selesa sedikit walaupun terpaksa bayar lebih.Lagipun beranak bukan setiap tahun kan?

Berapa bayaran FPP untuk bersalin?

Apa yang irda baca:


RM 3000 untuk deposit
jika melahirkan secara normal selalunya caj dalam RM1600-RM2000,jadi baki deposit akan dipulangkan.

Kalau secara pembedahan pula anggaran cost RM4000-RM5000 ,Jadi setiap hari deposit akan disemak supaya tidak kurang dari RM1000,jika kurang bayaran akibat kes-kes tertentu penambahan hendaklah dilakukan dengan segera.

Apa kelebihan FPP lagi?

Seperti yang irda sebut diatas tadi,wad lebih selesa.Ada toilet yang bersih dan bilik sendiri.Seleksi pilihan makanan juga ada disediakan.

Kita juga boleh pilih pakar yang kita suka.Tapi satu hal yang harus maklum,kekurangan doktor wanita di hospital kerajaan.Jadi tidak semestinya bila kita nak pilih doktor pakar mana yang kita suka,kita boleh senang nak dapat doktor perempuan.Tidak semudah itu.Kita mungkin boleh pilih doktor mana tapi bukan jantina doktor yang kita suka dan lebih syariah.

Servis seperti di hospital swasta tetapi harga lebih murah berbanding hospital swasta.

Untuk peringatan booking hendakla awal,walaupun kita digalakkan daftar bila kandungan dah berusia 26 minggu keatas,tetapi yang menyedihknnya,banyak hospital FPP sentiasa penuh,jadi ikut nasib juga,kalau ada rezeki kita dapatlah beranak dihospital kerajaan dengan layanan VIP,kalau tidak terpaksalah menjadi pesakit biasa atau terpaksa ke hospital swasta juga.

Bila dah daftar,kita juga akan chek-up di hospital,setiap kali check up anggaran cost dalam RM100-RM200 juga.Kalau check-up di KK kan FREE,tetapi 5 jam lah tunggu kan.Huhu,biasalah dik orang ramai.

Berdasarkan pembacaan  irda juga,tiada jururawat pelatih untuk menguruskan kita.Jadi semuanya diuruskan oleh jururawat yang berpengalaman dan pakar yang professional.

Antara hospital kerajaan yang ada khidmat FPP:

1.Hospital Selayang
2.Hospital Putrajaya
3.Hospital Sungai Buloh
4.Hospital Ampang

Itu sahaja setahu irda,kalau ada lagi boleh tambah.

 Jadi jika ada ibu-ibu yang sedang mengandung saat ini ada bujet dalam RM5K sahaja,bolehlah stanby register untuk menggunakan khidmat ini,tetapi ikut nasib juga ya,kalau nasib tak baik,walaupun 6 bulan lagi nak beranak,FPP dah full.Mungkin ini harus ditambah baik lagi di masa akan datang,nak buat macam mana kan,mungkin kekurangan doktor pakar penyebabnya.

Tue lah nak sangat anak jadi doktor pakar wanita,negara memang memerlukannya.Alangkah bagus kalau alya nak jadi doktor pakar wanita besar nanti,banyak sangat tempat memerlukan lebih ramai doktor wanita.

Ada juga kenalan yang bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan,katanya stress dan penat,dan selalu oncall,kalau ramai pesakit makan pun tak sempat.Tapi hakikatnya itulah ruang pahala yang besar untuknya,moga dia sentiasa sihat selalu dan kuat menjalankan tanggungjawab pada masyarakat.Orang suka,ALLAH bertambah sayang.


Appreciate your time reading this entry.

5 Comments

Thank you,come again :)

  1. kalau mampu apa salahnya kan.. pengorbanan isteri bertarung nyawa nak melahirkan apalah sangat dengan nilai rm tu. tapi kalau tak jangan terkilan. insyallah semua pun baik2 saja =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear,kalau mampu apa salahnya kan,,lagipun duit dicari untuk kesenangan hidup,sesekali bagi keselesaan pada isteri

      Delete
  2. Pertama kali dengar dan tahu ni Irda..sebab biasanya class wad di hospital kerajaan ni berdasarkan gred bagi kakitangan awam itu sendiri..dan GL yang selayaknya untuk ibu bapa isteri dan anak daripada suami/isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. irda pun baru tahu kak,tapi sebenarnya dah beberapa tahun FPP ni wujud di hospital kerajaan

      Delete
    2. Saya pun lahirkan anak kat hospital selayang under fpp. Anak ke 2 dan ke 3. Tahun 2015, 2017.

      Delete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post