image credit google |
Raya kemana sahaja?Irda tak kemana-mana pun,lebih suka menunggu tetamu di rumah,lebih rela ke dapur dan ke ruang tamu,tambah kuih raya dan hidangan.Kalau nak ke rumah orang untuk beraya pun,tunggulah matahari turun takpun lepas magrib hingga sebelum isyak.Cuaca panas tidak memungkinkan rasanya untuk keluar kemana-mana,kepala mudah migrain.
Nak layan TV pun entah apa-apa aje ceritanya,boring..sudahnya ambil buku sambil terbaring di sofa dan sebalang kuih raya sebagai peneman,layannn..hehe bertuah punya menantu.
Sebenarnya bila dah dewasa ni,mood raya tu tak berapa sangat,Ia lebih menggembirakan untuk kanak-kanak.Alya setiap kali bulan puasa akan menghitung hari untuk tibanya hari raya.Bila dah raya,kemain dialah orang paling riuh.
Masa raya lah dapat jumpa sepupu-sepapat,Alya orang yang paling suka balik kampung nenek dia.Paling gembira,sanggup bangun pagi-pagi atau berjaga lewat malam,kerana kemeriahan kampung.
Malam-malam di kampung,seronok dia nyalakan pelita,main bunga api,rumah yang jauh dari jalan raya,menyebabkan suasana halaman rumah meriah dengan suara Alya dan sepupu-sepapat.Ya,usia alya begini lah paling meriah dan merasakan seronoknya beraya.Zaman mamanya dah berlalu.Selain seronok berpakaian baru,dapat pula beramai-ramai ke rumah orang dan apa yang paling dia suka dapat duit raya.Setiap ringgit yang dia dapat,dikira berkali-kali,kalau boleh nak pegang tak nak lepas-lepas.Tak nak bagi mama untuk simpan.Amboiii..
Selalunya duit raya anak buat apa?
1.Selalunya irda akan bagi dia guna sikit,selebihnya simpan.Kalau guna pun beli toys yang bermanfaat.Macam tahun lepas,pergi Aeon ,minta dia pilih sendiri apa yang dia nak tetapi dengan syarat within budget untuk dibelanja.Bukan semua duit raya boleh dihabiskan.
2.Simpan dalam Tabung Haji atau ASNB account.Yang ni irda pernah hurai panjang dalam entry
[simpanan tabung haji]
3.Boleh juga simpan dalam akaun MAYBANK YIPPIE,akaun ni irda buka sejurus lepas pantang bersalinkan Alya.Berbanding akaun tabung haji,akaun ni lebih mudah diakses,jadi transaksi keluar masuk itu ada.Tidak seperti tabung haji alya,sejak mula dia dibuka,langsung tiada transaksi pengeluaran,Mungkin nanti bila dia nak masuk universiti.Sekarang irda pun ada buat potongan pendapatan tiap bulan untuk disimpan dalam tabung haji.
4.Boleh juga simpan dalam Fixed Return Investment atau Islamic Fixed deposit.Selalunya minimum nak buka akaun ni RM1000 dan simpanan berjangka.Tetapi,sekarang irda tiada langsung FD,dah semuanya withdraw untuk buat rumah hari tu.
5.Boleh juga buat simpanan Unit Trust.Unit trust atau Unit Amanah ni boleh guna EPF juga sebenarnya..Tetapi boleh juga guna cash.Minimum akaun opening RM500,dan minimum RSP(Regular saving plan)RM100,contohnya kalau nak simpan untuk anak hingga anak mengjangkau usia 18 tahun,mulakan simpan dari sekarang.Tetapi ingat,unit trust adalah akaun pelaburan,ada market turun naik,ia bukanlah untuk simpanan short term,tetapi for long term.Letak satu amount yang mana kita tak nak keluarkan hingga 5-10 TAHUN keatas,biarkan duit itu berkembang dan diuruskan oleh Fund Manager yang bertauliah.Boleh juga buat simpanan Unit Trust tiap-tiap bulanan serendah RM100 sahaja
Irda adalah one of investor dalam Unit Trust dan juga merupakan agen yang berlesen.Jadi untuk maklumat lanjut tentang simpanan ini boleh wassap irda.
6.Selain simpanan berbentuk wang kertas dan juga digit wang ringgit,rasanya tak lama lagi irda nak mulakan simpanan dalam bentuk emas.Jika sebelum ini beli emas fizikal tetapi atas risiko kehilangan,atau nilai susut yang tinggi juga kadar inflasi,irda mula mencari ilmu tentang simpana emas melalui akaun.Sebelum ni memang ada di CIMB tetapi irda dah withdraw sebab pengetahuan masih cetek tentang emas,
Tetapi masa irda baca buku"mudahnya menjemput rezeki",Irda terjumpa dengan pakar public gold iaitu Tuan Zulkifli,boleh juga baca di blognya yang cukup menginspirasikan dan memotivasikan.
[http://www.mohdzulkifli.com]
Puas membaca setiap tulisan tuan zulkifli,banyak perkara yang irda belajar.Tulisannya yang penuh motivasi kewangan juga bagus buat kita yang dahagakan ilmu kewangan.Jadi lepas raya ni irda nak mula simpan sikit-sikit dari pendapatan diri sendiri dan dimulakan membuka akaun emas GAP dengan duit raya alya.Simpan at least 1g sebulan hingga dia dewasa kelak,itulah sasaran terbaru irda untuk buat simpanan masa depan anak.
Mungkin bila dah explore lebih nanti,dah pandai,boleh juga jadi dealer public Gold kan..Manalah tahu,sekali harung dalam dunia kewangan,lengkapkan sahaja semua ilmu didada.
Thats all for today..hari dah mulai cerah,masa untuk sidai kain dan mendobi kain baju di musim perayaan ini.
daaa...
Appreciate your time reading this entry.
Seelok2nya dilabor
ReplyDeletebetul tu wp,dilabor kan seeloknya dari dileburkan
Deletededulu kecik2 memang parents simpan semua. da besar sikit boleh pegang suku. makin dewasa ko pandai2 la manage hehehe..
ReplyDeletehehe..selamat hari raya dear
DeleteSalam..
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA, KAK IRDA =)
selamat hari raya yaya ..mai datang rumah akak..:)
DeleteDuit raya anak sis menabung di Tabung Haji..
ReplyDeleteDari segi sambutan Hari Raya setiap tahun lebih kurang sama, tak ke mana-mana lebih kepada tunggu rumah, masak dan makan..
Selamat Hari Raya Aidifitri to you Irda..
Maaf Zahir Batin..
Setiap tahun, duit raya anak2 kebiasaannya Nany akan simpan di Tabung Haji. Thanks Irda for sharing. Teringin nak tau pasal simpanan emas tuh. Huhuhu..Selamat Hari Raya Irda! Maaf Zahir Batin.
ReplyDeleteDuit raya anak abahnya simpan kt sspn, utk tabung belajar dorg nnt.
ReplyDeleteSelamat hari raya irda dan keluarga.
Selamat hari raya Irda.
ReplyDeleteDuit raya anak samalah separuh bagi depa guna separuh lagi simpan kat akaun masing-masing.
Nanti ada anak ai follow tips ni.. hiksss. Selamat hari raya Irda..
ReplyDeleteselamat hari raya kak irda! masih belum trlambat kan busyra nak wish. hehe
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)