Supir terbaik di padang bukit tinggi -Feedback dari Puan Rafeah Klang

Menggunakan khidmat supir untuk percutian di Padang Bukit Tinggi melalui irda.Hari ini irda nak share feedback dari Puan Rafeah Klang.

Percutian suami isteri ini bermula pada 13 hingga 16 April 2018.Mengambil package all in termasuk hotel,makan,tiket masuk lawatan dan juga insurance perjalanan di Padang Bukit Tinggi.


Perkongsian Gambar menarik

Terima kasih Puan Rafeah dan suami dari Klang kerana telah menggunakan khidmat supir dari Irda.

 

 

Photo ini diambil di Pantai Air manis ,Padang.Orang Padang memanggil nama pantai ini (Aie manih)Tempat ini ada sejarah tersendiri.Kata orang batu yang tertungkup itu adalah manusia yang disumpah menjadi batu oleh ibunya yang bernama Malin Kundang.

Sebenarnya kisah Malin Kundang atau Tanggang di Malaysia,ramai mengatakan kisah ini bermula dari Padang dan ia benar-benar terjadi.Buktinya,hingga sekarang batu Malin Kundang masih terdampar di Pantai Air Manis untuk dijadikan tempat kunjungan dan pedoman bagi anak-anak yang meningkat dewasa.

 

Ada apa dengan Malin Kundang? 

Satu-satunya anak tunggal lelaki kepada seorang perempuan tua yang menetap di kawasan berdekatan dengan Pantai itu.Malin,waktu kecilnya adalah seorang anak yang baik,rajin bekerja dan sangat sayangkan ibunya.Apabila meningkat dewasa,layaknya anak lelaki di ranah Minang,mereka memang terkenal dengan adat merantau.Malin pun telah mengikuti sebuah kapal yang singgah berlabuh di Pantai ketika itu untuk belayar menjadi anak kapal.

Dari seorang anak kapal biasa,kerana kerajinan dan kejujurannya,Malin dilantik menjadi nakhoda kapal dan telah berkahwin pula dengan puteri cantik anak kepala sang empunya kapal tersebut.Akhirnya,segala kekuasaan di kapal telah beralih tangan kepada Malin Kundang.


n> Apabila Malin pulang kepadang dengan kapal besarnya,semua orang Padang begitu kagum dengan besarnya kapal yang berlabuh ketika itu.Ibu Malin yang sangat rindu kan anaknya,juga turut serta berkumpul untuk melihat jika ada anaknya pulang dengan kapal besar itu.Ibu nya menjerit dan menangis menahan kerinduan saat melihat sosok tubuh Malin Kundang dan ingin merangkul anaknya.Tetapi,manusia mudah lupa akan asal usulnya.Saat melihat seorang perempuan tua yang miskin dan buruk,Malin Kundang berasa malu ingin mengaku perempuan itu sebagai ibunya pada isterinya .Dia menolak ibunya dan tidak mengaku bahawa wanita tua itu adalah ibu kandungnya.Dia mengatakan kepada isterinya bahawa ibunya telah lama mati dan wanita tua yang didepanya saat itu hanyalah orang gila.

Ibunya begitu sedih dan menyumpah anaknya,'agar Malin Kundang dijadikan batu",Saat Malin ingin kembali berlayar,awan gelap dan petir saling sabung menyabung.Ombak menghempas kuat kapal yang besar itu menyebabkan kapal pecah dan Malin tersedar akan dosanya,dia berlari ingin mendapatkan ibunya untuk memohon ampun kepada ibunya.Tapi sudah terlambat,Malin menjadi batu ketika ia ingin sujud memohon ampun pada ibunya.

moral of the story:Doa ibu itu sentiasa makbul,ibu jangan mendoakan yang tidak baik untuk anak.

walau siapapun kita,sekaya manapun kita,tanpa ibu yang melahirkan siapalah kita ini.

Benar atau sekedar rekaan?

Ada yang mengatakan batu Malin Kundang sebelum ini sudah semakin hancur ketika gempa dan dihempas air laut.Ia sudah ditambah baik oleh pemerintah untuk dijadikan tempat wisata.Di keliling batu Malin Kundang itu juga sudah diwujudkan batu-batu seakan menyerupai kapal dan alat-alat kapal seperti tali dan sebagainya untuk mewujudkan rasa seperti kejadian itu bagaikan baru semalam berlaku.Walaupun ia pernah mendapat tentangan oleh sesetengah pihak kerana tidak lagi menjaga originaliti,tetapi sebagai mengekalkan tempat wisata,bagi irda ia ok sahaja.

Keadaan kapal yang pecah dan menjadi batu.credit photo to:rinaldimunir.wordpress.com

TERIMA KASIH


Terima kasih Puan Rafeah dari Klang kerana telah menggunakan khidmat supir dari Irda.Moga ada rezeki kita ketemu lagi.

InsyaALLAH...




Appreciate your time reading this entry.

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. Sama macam kisah si Tanggang.
    Kita ambil pengajaran daripada kisah ini

    ReplyDelete
  2. legend punya story tu malin kundang @ tanggang,kan
    btul or x Wallahua'lam

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post