Masalah orang bila dah buat asb loan.Orang disini bukan sahaja bermaksud orang yang buat loan,masalah ini juga menimpa orang yang promote dan process ASB LOAN.


Minggu lepas,ada orang wassap irda tanya tentang ASB LOAN.Ada dua orang,seorang irda tak kenal yang ambil loan dengan orang lain dan satu lagi memang existing client Irda.

1.Saya dah ambil loan lebih 2 tahun setengah RM100K,dividen semua saya amik,hari tu saya tak boleh bayar.Dah lebih 2bulan tak bayar,bank call juga untuk ingatkan,saya angkat sekali,kemudian call lagi saya tak nak angkat lah,kemudian saya biarkan sahaja,buat tak tahu je,saya ada juga dapat surat.Lepas tu lama-lama senyap je,bank pun tak call dah.Rasa-rasa saya ada masalah tak lepas ni?

Ini namanya attitude,attitude problem!
Macam mana anda berinteraksi dengan bank tentang komitment anda,begitu jua lah agaknya anda bereaksi dengan kawan-kawan yang anda pinjam duitnya.

Kalau anda baru buat loan,dan tak pernah dapat dividend,saya boleh terima,mungkin anda masih blur atau tak faham apa sebenarnya consultant tu explain pasal ASB.Atau anda dipujuk rayu untuk sign up,anda tak nak pun,tapi tetiba loan anda lulus dan suruh bayar,jadi ini pun saya faham.Ini bukan masalah anda,tapi masalah si penjual ASB.Dia hanya bertujuan menjual bukan untuk membantu atau mendidik anda menjadi penyimpan duit yang baik.

Lagi satu masalah si penjual asb ni pula,selagi tak burse DSR,dia sembrono proses ASB LOAN semaksimum yang mungkin untuk orang lain .Apalagi kalau customer ni jadi pak turut sahaja,yang tak tahu apa-apa,jangan macam tu,nanti kalau customer tak mampu nak bayar,kan dah kena jual ASB nya.Sebagai orang ada ilmu,tanya dulu apa perbelanjaan customer dan berapa dia mampu simpan setiap bulan,bukan main proses sahaja.Niat dalam hati untuk membantu orang menyimpan duit,bukan untuk tambah duit anda sahaja.

Jadi berbalik pada soalan penanya tadi.

Sepatutnya cara terbaik apabila tidak lagi mahu sambung buat simpanan ASB LOAN.

Tunggulah sampai hujung tahun,at least dapat dividen penuh untuk tahun ke 3.

Kalau terdesak sangat,datanglah cawangan,minta pendapat banker disitu,cakap saya dah tak mampu nak bayar,ada tak cara nak kurangkan bayaran bulanan atau jika saya ingin batalkan,adakah surplus untuk refund atau saya kena bayar lagi pada bank?Bertanya dan berbincanglah,bukan buat tak tahu sahaja!

Ingat,walaupun tiada kontrak,anda kena check juga akaun ,tengok principal dan oustanding balance,jika outstanding lebih dari principal,maknanya anda belum sesuai batalkan,jika kurang,maknanya ada refund walaupun sikit.Jadi tak lah anda meroyan nanti kalau kena ccris atau surat saman dari bank bila anda buat tak tahu sahaja.

Selalunya berdasarkan pengalaman saya,banyak bank sekarang tiada kontrak lagi bila buat loan ASB,boleh dibatalkan bila-bila masa,cuma saya nasihatkan janganlah buat tak tahu sahaja,BUATLAH secara sempurna,isi borang dan buat semakan dahulu.Sebab jika tak sampai setahun selalunya ada insurance part yang masih ada berbaki untuk anda bayar.


Dan semak juga jika anda batalkan contohnya bulan 6 berapa roughly dividen yang akan dapat hujung tahun itu.Atau jika teruskan sikit lagi bertahan,berapa pula dapat dividen,dan berapa amortization amount yang anda akan dapat.Yang ini kalau anda tiada online banking,anda tak boleh kira-kira sendiri,anda perlu sistem bank untuk check.Jadi be professional,jangan buat tak tahu tapi ambil lah tahu,sebab itu nama anda,duit anda,dan juga hutang anda.

Ada juga masalah client irda,3 bulan tak bayar,masa bank call suruh bayar pun buat tak tahu juga,lepas tu cari Irda balik sebab nak tanya macam mana nak apply semula bila sijil dah dijual.

Hmmm...kenapa sebelum ia terjual tak tanya pendapat ya/?Cuba tanya pendapat dan sama-sama kita cari jalan untuk bantu,bukan dah jual baru call dan tanya.Sudahnya baru 8 bulan buat,kan dah rugi,walaupun dapat juga sikit dividend,tapi nak aktifkan semula perlu mohon semula ambil masa dan perlukan dokumen baru,jadi akan kehilangan 2-3 bulan dividend yang sepatutnya anda dapat.

Anda terfikir tak kenapa PNB benarkan ejen-ejen bank buat facility ASB LOAN?

Sebab kebanyakan dari kita ni susah sangat nak menyimpan secara disiplin,inilah salah satu caranya.

KADANG-KADANGPELIK,laju sangat nak apply personal loan,tapi bila sentuh bab asb loan susah!sebab apa?mereka nak duit cepat,tapi tak nak simpan!simpanlah walaupun sikit,jika mampu bayar astro 100 lebih sebulan,itu pun tak tengok tv,simpan 100 sebulan pun setahun dah berapa.Elakkanlah tabiat kita suka meminjam bila terdesak,tapi mulalah menyimpan bermula dari sekarang untuk kemudahan kita dimasa akan datang.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Appreciate your time reading this entry.

10 Comments

Thank you,come again :)

  1. Banyak kelebihan buat simpanan dengan ASB Loan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah buat masa ni xde lagi meminjam org..huhu
    yaya pun ade buat asb loan sblm ni.xde mslh utk byran bulanan sebab yaya just rolling drpd duit dividen yg dpt.tp baru je jugak buat terminate utk tidak teruskan awl bulan ni.ade la juga sikit refund dapt tp kena tgu sbuln++ bru dorang trnsfer ke acct.
    lepas ni just kena buat simpanan sendri tiap bulan la..da xde buat asb loan..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tahniah yaya pernah buat asb loan.BETUL tu cancellation ambil masa sekurang2nya sebulan untuk proses jual sijil ke PNB semula.Sekarang kalau boleh simpan sendiri pun bagus juga,tapi kalau tak boleh disiplin,loan asb adalah solusinya ya.apa2pun tahniah sebab yaya dah ada akaun ASB.ada orang tu dah 45 tahun hidup di Malaysia baru nak buka akaun,sayang sgt rasanya sebab asb ni khas untuk bumiputera sahaja,Patutnya kita grab peluang keemasan ni kan..ehehe

      Delete
  3. Salam kak..nak tanya..saya lambat bayar asb loan 20hari..dan dah dapat surat dari bank..biasa bayar pakai potong kat akaun maybank saya..tapi bila surat sampai dia suruh saya bayar tunai kat mana2 cawangan bank terdekat..jadi tak boleh ke saya bayar macam biasa masuk duit kat akaun nanti bank potong or saya kena pergi bank bayar tunai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh shj..discuss semula dengan bank ya

      Delete
  4. Salam sis. Hari tu, saya ad try register asb loan. Semua form saya da sign. Tapi now, saya terpikir nak cancelkan permohonan saya. Apa yang saya perlu buat sis?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum nak tanya bank mana yang amik ASB 200k bayar bulan bulan Rm768 ..sebab saya amik dengan Maybank sebulan bayar Rm955 utk loan ASB 200k. Tqia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..ada cik,boleh whatsapp sy untuk details ya

      Delete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post