pic credit to Google |
Najat Vallaud-Belkacem,bukan sahaja seorang wanita muda yang pernah menjadi menteri pendidikan di Perancis,dia juga adalah satu-satunya wanita pertama yang diangkat memegang jawatan itu.Wanita yang terlahir dari keluarga pengembala kambing ini merupakan imigran dari Magribi dan juga beragama Islam.Yang membanggakan lagi,keluarganya tiada seorang pun yang terlibat dalam dunia politik seperti kebanyakan orang lain yang menerima jawatan kerana salasilah keluarganya.
Perjalanan kejayaannya tidaklah mudah,apalagi bergelar imigran di Perancis,tiada pula dukungan keluarga yang kaya,tetapi bagaimana seorang gadis yang dulunya mengembala kambing bersama ayahnya kini menjadi menteri bukan sahaja sebuah keajaiban tetapi sebenarnya menuntut kerja keras dan keyakinan diri yang mantap.Benar,ini membuktikan dimana juga kita berada,undang-undang manusia hanya memberi sempadan pada kejayaan individu tetapi Tuhan mengukur kerja keras seseorang,dan percayalah apa yang difikirkan itulah yang kita dapat.
Salasilah Najat
Beliau dilahirkan pada tahun 1977 di Bni Chiker,sebuah kampung pedalaman di Maghribi. Anak ke dua daripada 7 beradik ini tinggal di rumah ladang bersama kakak,ibu dan datuknya.Sewaktu kecil dia ditugaskan untuk mengangkat air dari telaga dan membantu datuknya mengembala kambing.
Permulaaan Hijrah
Bapanya yang merantau mendapat pekerjaan di sebuah kilang Renault,Perancis sebagai seorang buruh.Ketika itu Najat berusia 4 tahun dan keluarganya berhijrah ke negara itu untuk tinggal bersama.
Beliau dibesarkan di Abbeville dan kemudian di bandar Amiens.Pada permulaan mereka menerima kejutan budaya kerana tidak pandai bertutur dalam bahasa Perancis,tetapi galakkan ibu Najat untuk menumpukan kepada pelajaran dan bapanya juga melarang anak-anaknya untuk bercinta dan keluar dengan mana-mana lelaki sehingga umur mereka 18 tahun.Kurang dari setahun Najat sudah pandai bertutur dalam bahasa Perancis dan beliau juga memperolehi status kewarganegaraan Perancis.
Pendidikan
Beliau mendaftarkankan diri dalam jurusan undang-undang di Universiti Amiens.Beliau menamatkan pendidikan di Institut d'etudes politiques de Paris,sebuah universiti berprestij di Perancis.
Walaupun gurunya pernah menyuruh dia berhenti berangan memasuki universiti itu kerana faktor kewangan ibubapanya,beliau melakukan dua pekerjaan dalam satu masa ketika meneruskan pengajian sarjana dalam bidang pentadbiran awam.
Politik
Beliau mula melangkah ke dunia politik Perancis apabila menyertai Parti Sosialis sebagai penasihat kepada Datuk Bandar Lyon.Pada tahun 2012,presiden Parti Sosialis melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita.
Di tahun yang sama beliau dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Bandar dan Menteri Hal Ehwal Pemuda serta jurucakap Kerajaan pada tahun 2014.
Kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan Perancis dan merupakan wanita pertama yang memegang jawatan itu.
Perkahwinan
Berkahwin pada tahun 2005 dengan Boris Vallaud dan mempunyai sepasang anak kembar.Walaupun dengan statusnya sebagai ibu dan isteri tidak menghalangnya bergiat aktif dalam politik malah suaminya turut menyokongnya.
Diskriminasi
Statusnya sebagai imigran di Perancis dan membuat ramai orang mengecamnya dan menjadikan modal untuk menjatuhkannya dalam dunia politik oleh pihak lawan.Beliau sering dipinggirkan dari politik Perancis.
Hebat
Pelantikkan beliau sememangnya sebuah sejarah.Bukan sahaja sebagai wanita pertama tetapi juga wanita islam pertama yang berjaya mendominasi sebuah kerajaan di sebuah negara yang bukan tanah kelahirannya.
Beliau juga dilabelkan sebagai"wajah baru Perancis"oleh media.
Kejayaan Najat ini merupakan sebuah inspirasi kepada kaum wanita dan juga sesiapa sahaja yang terlahir dari keluarga yang bukan apa-apa tetapi menjadi insan yang boleh dibangga.Najat membuktikan darimana jua asal-usulnya,keazaman,percaya kepada diri sendiri dan keinginan untuk berjaya adalah motivasi utama untuk mencapai matlamat.
Kejayaan Najat membuktikan anak pendapatang juga boleh berjaya,yang membezakan kita adalah undang-undang yang termaktub dalam kitab tulisan tangan manusia,tetapi undang-undang ALLAH,KAU BERUSAHA,KAU BERJAYA..tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa kan tahu?
Bumi Tuhan ini terbentang luas untuk kita mencari dan terus berusaha,dimana jua kita berpijak di bumi Tuhan dan berlangitkan dari hanya Satu Pencipta yang ESA.Tiada bezanya walaupun geographi nya tak sama,tetap ia milik yang SATU.
Berusaha untuk merubah itu memang dituntut dalam agama,dan kejayaan Menteri pendidikan perancis ini sememangnya pencetus semangat dan motivasi pada diri .
Rujukan info:Mingguan Malaysia ahad 15 July 2018
Kredit penulis:Raja Intan Dianna Raja Azaham.
Appreciate your time reading this entry.
Perkongsian yang baik,
ReplyDeleteBiarlah siapa seseorang itu,
Dia pasti ada jalan hidupnya nanti,
begitu juga kita...
betult tu..kita ini sebenarnya sama sahaja diatas bumi Tuhan
DeleteSungguh..menjadi inspirasi kan Irda...Allahu.Berusaha..yakin..insyaAllah Allah beri.
ReplyDeleteWow! memang inspired ~~~
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)