"Loan saya terbatal lepas dua bulan tak bayar,saya dapat balik tak duit yang sudah bayar selama ni'"
Selain itu
"Saya tak bayar loan saya 2 bulan,saya biar je,bila dah terbatal saya dapat tak apa-apa refund,berapa agak-agaknya saya dapat kalau saya buat loan banyak RMX dan selama ni X"
Paling tak gemar soalan,berapa saya dapat refund?boleh kirakan tak?hemmm...
Adik-adik pelabur ASB semua.Bila tak nak buat asb loan dah janganlah buat tak tahu sahaja.pergilah bank untuk bertanya,apa yang perlu saya buat dan beritahu saya dah tak boleh bayar komitmen ke apa.
Selalunya jika loan tu baru sangat tak sampai setahun memang tiada refund yang korang dapat.Tetapi jika lebih dari 3 tahun memang ada sikit,sebab tu kena pergi bank dulu untuk buat semakan.
Dibank nanti akan ada system untuk check,masa tu akan nampak berapa oustanding principal korang dengan berapa loan approved.Dari situ boleh kira anggaran berapa refund yang korang akan dapat.Boleh juga dengar nasihat banker yang berpengalaman agar loan itu tidak terbatal dan minta nasihat yang terbaik daripada mereka.
Bila korang minta akak yang kirakan,setiap bank interest dan promosi tak sama,lain bank lain pula promosinya dan jumlah insurance pun tak sama setiap orang.Agak sukar akak buat anggaran kerana akak tidak ada system untuk check asb loan korang.Jadi cara yang terbaik,pergilah bank berkenaan untuk membuat pembatalan dengan sebaiknya. Masa tu boleh minta banker tu kirakan siap-siap, senang kan?
Janganlah buat tak tahu sampai dua bulan tak bayar,kalau ada refund tak ape,kalau ada tunggakan?haa kan tak pasal-pasal nama sangkut CCRIS lepas tu nak buat loan lain nama dah tak cantik.
Bertanya juga kenapa sampai dua bulan tak bayar.
Alasan:
"Gaji lambat,jadi ada tunggakan"
Kalau tahu gaji lambat dan ini bukan lah pembayaran pertama kali,jadi masa first payment tu patutnya buatlah advance bayaran sebulan.Jadi kalau bulan depan lambat bayar pun dah ada stanby siap-siap dalam akaun.Masa mula-mula sign up patutnya dah ada perancangan tu dan ambillah loan ikut budjet korang.Ini seronok dapat dividend,bila bab membayar buat tak tahu.mana boleh macam tu.Disiplin kena ada,korang jangan nak pusing-pusing dengan akak,cakap gaji lambat,bank tak buat pemotongan dari akaun gajilah.Selalunya kalau korang buat asb loan dengan bank yang gaji korang masuk sekali tu,if 1 haribulan due date dan masa tu belum masuk gaji,once masuk je gaji system akan automatik potong ye adik-adik.
Alasan lain:
"Saya tak faham sangat pasal ASB ni,sebab tu malas nak sambung."
Kenapa masa awal-awal tu cakap tak faham?.Dah 3 tahun dan sudah ambil 3x dividend masih tak faham?Habis tu kalau tak faham perlu ke biarkan je loan tu,pergilah balik bank itu untuk penjelasan lebih lanjut.Be responsible dengan apa yang awak sign dan awak keluarkan thumbprint dan jagalah nama dari tercemar dalam rekod CCRIS ya..sayang je kalau muda-muda dah ada rekod macam tu..nanti nak buat loan lain payah.
ok adik-adik,jimat dari sekarang,susah-susah dahulu,senang-senang kemudian.Selamat menyimpan untuk masa depan..:)
Appreciate your time reading this entry.
macam2 alasan..hehe..
ReplyDeletegigih baca. apa2 pun semua tanggungjawab sendiri kan. nice sharing irda:)
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)