"Kak,saya ada baca di FB,ada cara lebih menguntungkan buat ASB LOAN ni,macam mana tu kak?"

Seorang client bertanya soalan ini ,buat  Irda tersenyum sahaja.

 Skyline, Skyscraper, Skyscrapers, Bankenfirtel, City

Sebenarnya tiada cara magic atau cara lain dari yang lain untuk mendapatkan untung yang lebih daripada loan ASB ni.Semuanya memerlukan proses dan mereka di luar sana memberi idea dengan pelbagai konsep adalah marketing strategi,boleh diikut boleh juga tidak ikut kesesuaian kita.



Ambil mana-mana bank pun di Malaysia ni,tetap dividendnya sama,sebab yang bagi dividend bukanlah bank,tetapi ASNB PNB.Jadi bank mana bukanlah penentu untuk mendapatkan dividen yang lebih.

Sebelum ni irda sudah ulas,cara rolling dan compounding dalam ASB.Lebih baik adalah cara compounding yang mana tiap tahun dividen akan accumulate,boleh baca dalam entry lama ni
[teknik rolling dan compounding]

Tak salah juga buat cara rolling jika rasa tak nak komitmen bayaran bulanan,jadi semua tu pilihan masing-masing.

Maximum ASB LOAN.


Nak untung lebih buatlah maximum 200k,mesti ada beza dividend loan asb 50k,dengan loan ASB 200K.Tetapi jangan tamak dividen je,nanti culas bab membayar,jangan ikut-ikut orang nanti kita yang terjelepok bab nak membayar.

Beberapa sijil

Ada orang pula caranya buat 50k,tahun ni,tahun depan tambah lagi 50k sehingga buat maximum 200k,itu pun bergantung pada anda.Ingat, setiap sijil ada cost fees,dan berbeza interestnya ikut time promo yang anda ambil.Satu sijil let say processing fee RM50,kalau dah 4 sijil anda dah kena caj RM200 disitu sahaja.

Ikut kesesuaian nak buat banyak-banyak sijil hingga total jadi 200k,atau nak buat satu sijil sahaja 200k terus, dividen masih tetap sama bergantung pada jumlah amount yang anda buat loan ASB tu.Mungkin anda ada pelbagai cara bayaran,dan bagi anda buat beberapa sijil lebih memudahkan,seandainya tidak mampu bayar boleh cancel salah satu sijil dulu dan sambung mana yang mampu dari buat 200k terus,jika ada masalah kewangan terpaksa batalkan satu sijil yang jumlahnya 200k tu pula.






Tetapi bagi irda dua-dua ada kelebihan,jika ambil 200k jika ada promo interest rate mungkin total bayaran lebih murah berbanding dari anda ambil 50k x4 sijil.Lagipun beza umur dan takaful juga akan makin bertambah bila anda sudah semakin bertambah umur.

Jadi sebenarnya,pendapat irda,apa jua cara nak pusing-pusing macam mana pun,tetap loan ASB MAXIMUM 200K,tetap dividend by PNB,semakin kita google cara dan tengok cara orang berbeza-beza kita makin pening.

Baik pilih satu cara kita selesa,state pada pilihan kita itu dan teruslah menabung dan menabung sehingga beberapa tahun kita nampak dividen itu telah bertambah dan terus bertambah.Selagi kita tak mula dan asyik dengar cakap-cakap orang kita makin pening.Google ni semakin kita gali,semakin banyak pula rasanya yang kita belum baca.Orang lain sudah bermula kita masih lagi membaca.

Samalah kesnya,contohnya irda nak masak ayam masak kicap,irda google cara nya,ada chef kata letak tu sikit,ada orang tulis letak ni sikit,lepas tu kita tengok jiran kita masak cara lain pula,tapi hakikatnya ia tetap akan jadi ayam masak kicap.Kita bukan nak ayam masak merah atau ayam rendang.

Jadi back to investment,ia tetap ASB.ASB unit trust yang harga tetap.dari kita sibuk memeningkan kepala untuk satu investment di satu bakul apa kata kita belajar benda lain pula.Yang kita dah buat biarkan ia..kita boleh belajar Unit Amanah,Hartanah dan simpanan emas pula.Yang ASB mana dah buat teruskan,jangan sibuk compare lagi..tetapi dari kita belajar satu menu ayam masak kicap,baik kita pelbagaikan menu lain pula,skill dapat makan pun makin berselera.



Jadi sama,sudah-sudah tu nak compare ASB LOAN tu,cari dan cari lagi,kalau dah buat teruskan,kalau belum buat sit down dengan consultant dan terus sign up,jangan fikir tunggu dan tunggu,ingat kita bukan makin muda,duit pula macam air,dari hari ke sehari nak buat,tunggu punya tunggu ,sampai gaji ditangan habis gitu sahaja,cukup tahun makan tahun kerja lama-lama tiada simpanan langsung.Siapa yang rugi?





Appreciate your time reading this entry.

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. Sha dah tutup dah loan ASB ini sebab komitmen..

    ReplyDelete
  2. ELOK BUAT ASB LOAN NI..MASA SGT CPT BERLALU SEKEJAP SAJA DH SELESAI BYR PINJAMANNYA N KITA PEROLEH SIJIL SAHAMNYA

    ReplyDelete
  3. abe kie melabur ASB cara potong gaji je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post