Last week,7-8 August irda ada menghadiri training bertajuk "Winning in Turbulence"di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.Trainer yang bernama Dr Reza ni buat mata irda segar,bukan sahaja dengan gaya percakapan yang hebat malah ilmu yang disampaikannya tak buat mata mengantuk,pemikirannya juga luar kotak.Rasa bertuah sangat dapat menghadiri training tersebut.
Trainer berbangsa IRAN dan memperolehi PHD dari University America ini telah menetap lebih dari 10 tahun di Malaysia,berkahwin dengan orang Malaysia dan rasanya menjadi kaya raya di Malaysia berdasarkan cerita-ceritanya yang irda tangkap sedikit demi sedikit .Jealous a bit dengan kejayaannya,tetapi he deserved for it sebab dia memang seorang yang hebat.Rich,success and educated,ciri lengkap seorang manusia yang wajib dikagumi..hehehe...tetapi apa-apapun dia juga manusia macam kita,dia belajar dan masih belajar untuk jadi manusia terbaik begitu juga kita.
Kita juga sudah pastinya akan berjaya dalam apa jua bidang kita asalkan kita juga tidak berhenti berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam.
Adat belajar,bila kita faham,kita wajib ajarkan pada orang lain agar ilmu itu kekal dan senang diingati.Jadi InsyaALLAH,apa yang irda ingat dan sempat irda rekod akan diisi dalam blog ini untuk bacaan diri sendiri semula suatu masa nanti dan moga ia juga jadi panduan kita bersama.
Baiklah,setiap orang yang berjaya dalam hidup itu adalah orang yang produktif dalam harinya.Tidak lesu,tidak lemah mahupun tidak sentiasa moody.Orang itu juga hendaklah sentiasa positif dalam kehidupan hariannya.
Tetapi kita juga manusia biasakan,macam mana sebenarnya nak jadi orang yang sentiasa termotivasi untuk menjadi orang yang produktif dan sukses tu?Sebenarnya dalam hidup ni DR Reza kata he hate motivation,kadang-kadang kalau hadiri ceramah motivasi,semangatnya hanya sekejap,lepas habis je kursus motivasi,esok-esok kita kembali ke kehidupan biasa,tiada lagi semangat berkobar-kobar seperti dalam kelas.Bagi nya yang penting adalah driver,apa yang memandu kita untuk jadi lebih baik ,dengan adanya driver ni lah buat kita bersemangat sentiasa untuk mencapai yang terbaik dalam hidup.Macam irda,driver irda adalah family dan juga rasa ingin bebas kewangan untuk family,mak ayah dan adik beradik.Itu sebenarnya adalah driver..jadi selagi mereka ada insyaALLAH hidup irda termotivasi sendiri tanpa perlu kelas motivasi.
Jadi dia kongsikan 7 tips untuk sentiasa menjadi orang yang sentiasa produktif sepanjang hari bermula dari bangun tidur.Walaupun tips ni adalah regular habits of the super sales team,tetapi mungkin ia juga boleh digunakan bagi orang yang bekerja bukan dalam bidang sales atau pun bukan dalam entreprenuer.Mana yang kita rasa baik kita ambil sebagai teladan.
1. Minum air masak
Minum segelas atau dua gelas air masak sejurus sahaja anda bangun pagi.
Macam irda bangun tidur selalunya memang akan check hp dulu.Bukan apa tengok time pukul berapa,bukan untuk check media sosial ke apa.
Dr reza kata masa tidur otak kita dehydrated,jadi minum air itu elok untuk otak kita.Jangan bangun-bangun check media sosial,lagipun jika kita selalu check media sosial,kita akan mengalami "sosial media depression"sebab early morning kita dah start compare diri kita dengan org lain
2.Kemas katil.
Walaupun perkara ni nampak simple.Tetapi sebenarnya ramai juga yang tak buat.Kemas katil di pagi hari adalah menunjukkan anda seorang yang berdisiplin dan teratur.Tapi betullah,irda kalau keluar rumah katil tak kemas lagi,bila balik akan jadi serabut je tengok bilik.Jadi memang kena kemas katil tu supaya bila keluar rumah akan jadi rasa lega.
3.Berus gigi menggunakan tangan yang berbeza
Jika selalunya kita berus gigi menggunakan tangan kanan.Cuba sesekali kita gunakan tangan kiri di pagi hari."Shocking brain",SUPAYA otak kita sudah mula berfungsi aktif di pagi hari.
4.Rancang hari anda.
Plan aktiviti hari itu dalam diari,hp atau apa sahaja.Bila kita plan apa yang kita hendak lakukan untuk hari tu,banyak benda kita tak terlepas pandang.
5.Exercise/Bersenam ringkas
Sebagai muslim,bagi Irda senaman ringkas ni boleh kita lakukan 2 rakaat sebelum subuh atau waktu solat subuh.Sebab tu bila kita terlepas solat subuh kita akan lesu.
6.Rest well
30 minit sebelum tidur,amatlah dilarang untuk kita semak smart phone.Kalau boleh kita banyakkan ketawa ,menjamah coctail seperti 2 teaspoon madu,1 spoon apple cider vinegar,dan minum air suam.
Dr reza juga share the power of nap.Siapa kat sini sebenarnya tak mudah nak nap walaupun dalam10-15 minit semasa waktu rehat.Maknanya kita sama.
Cara Dr reza, senyap,gelap tempat kita nak nap tu dan cuba focus minda kita pada satu objek di rumah seperti sofa warna merah di rumah.Jadi lama-lama minda kita akan tenggelaman dan akan tertidur sejenak.
7.Evaluate your day.
Yang ni penting,apa jua yang kita buat sepanjang hari,bila hari semakin berakhir jangan lupa beri penilaian apa juga yang baik dan perlu kita perbaiki untuk hari itu.
Ia penting dalam memberi nilai pada hari kita .Contohnya berapa prospect yang kita jumpa hari ini,adakah close and berapa pencapaian kita hari ini.Amat PENTING untuk kita catat dan evaluate,supaya hari esok kita mampu melakukan yang lebih baik dari hari ini.
Itu sahaja perkongsian untuk hari ini..Next entry irda share tips-tips lain ya..daa
Appreciate your time reading this entry.
Tips untuk menjadikan hari lebih produktif tanpa ada rasa down dan lemah.
irdagarmin
isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata.
Menulis dalam kesibukan keluarga dan kerjaya.Jika ada yang bermanfaat buat anda,alhamdulilah.Kongsikan kepada yang lain ya.Jika ada salah dan silap dalam berkarya,maafkan khilaf saya.Yang baik itu dari ALLAH swt,yang buruk itu dari saya yang serba tidak sempurna.
wah tips yang sangat berguna. thanks share
ReplyDeletewelcome dear
DeleteSebenarnya semua ini mudah dan ringkaskan Irda...tapi terkadang kita pandang sepi dan anggap ianya kecil lalu meremehkan.Kena ubah persepsi dan mesti konsisten.Terima kasih Irda perkongsian ya..
ReplyDeletebetul tu kak,yang nampak kecil kdg2 besar impaknya pada kehidupan kita
Deletebetul..akk bila dgr ceramah motivasi, mula2 je bersemangat, lepas tu lesu, kembali mcm biasa..thanks for sharing..
ReplyDeletesamalah dengan banyak baca buku motivasi kak...kdg2 ia membantu tetapi sekejap cuma..
DeleteTk info.
ReplyDeletewelcome wp
DeletePost a Comment
Thank you,come again :)