Adik ni gaji RM1400 sebulan,jika ambil ASB LOAN 50,000 monthly installment lebih kurang dalam RM276 jika buat maximum tenure sudah termasuk takaful.
Cawangan ASNB buka setiap sabtu ke -3 |
Adik ni pula tinggal bersama ibubapa,jadi gajinya bersih tanpa perlu bayar sewa tempat tinggal.tolak epf dan socso kerja lebih masa dapat lah dia bersih dalam RM1300.
Jadi bila dia tolak RM1300-RM276 komitmen menyimpan dalam asb loan,dia masih ada dalam RM1000++ untuk enjoy lifestyle,minyak motor,tiket wayang,lepak mamak..huhu bagi mak..dan dating.
Ok juga dia simpan sikit daripada tak simpan langsung betul tak?Walaupun orang cakap tak berapa untung sangat buat asb loan,habis tu kalau tak simpan langsung ada untung ke?Biar sikit-sikit,lama-lama jadi bukit.Kalau ambil dalam RM50,000 setahun anggaran dividen boleh dapat dalam RM3500-RM3800,kalau biarkan dividen tu accumulated dalam akaun ASB lagi bagus.Kalau 5 tahun dah dapat berapa,kalau 10 tahun lebih lagidan begitu lah seterusnya.Lagipun ASB LOAN bukan macam personal loan,kalau personal loan kita kena bayar sampa habis,ASB Loan kalau kita ada masalah untuk membayar ada cara untuk selesaikannya seperti yang Irda pernah explain seebelum ni.
Cuba kalau tak simpan langsung,adakah adik ini akan ada simpanan?Adakah dia akan menyimpan tiap-tiap bulan?Belum pastikan..itulah kelebihan buat simpanan ASB ni,at least kita tahu pergi mana duit kita dan mendidik diri kita menjadi orang yang berdisiplin dalam menyimpan untuk masa depan.
Baru 6 bulan meyimpan dalam ASB,kelmarin dia contact Irda lagi
"Kak,saya nak tambah sijil lagi RM50,000 boleh tak?kalau boleh macam mana caranya?"
Irda reply"Boleh dik,satu orang maximum boleh buat ASB loan dalam RM200,000 maximum total sijil,tapi awak ok ke nak buat lagi,adakah tidak membebankan awak?"
Yerlah irda concern client kalau buat kalau tak mampu bayar,bila dia ada dua sijil total loan akan jadi RM100,000 dan installment akan jadi RM500++,walaupun mungkin DSR dia belum bursed,dan irda dapat sales,tapi irda bukanlah jenis push sales tetapi more to mendidik orang menyimpan ikut kemampuan,sales kita dapat,pahala juga kita dapat.
Owh rupanya perancangannya begini,"
"saya nak kahwin kak,memang nak push saving sekarang ni,jadi kalau saya simpan 500 lebih sebulan,tahan nafsu berbelanja insyaALLAH umur 23-25 saya dah boleh gunakan dividen ni untuk belanja kahwin."
Bagusnya lah hai anak muda ni,awal-awal dah merancang,jadi walaupun gaji masih kecil tetapi mempunyai perancangan kewangan yang bijak,insyaALLAH semuanya akan dipermudahkan.Jadi tak perlu buat personal loan atau pinjam duit mak ayah bila nak kahwin nanti kan.
Good job dik!salute tau..
Dan semalam,lepas 6 bulan irda jumpa lagi dia.Kali ni irda jumpa pagi sebelum bergerak ke ofis,sajalah jumpa pagi senang irda nak arrange timetable waktu tu.Irda keluar rumah 8.30am,jadi tunggu dia sambil breakfast di sebuah gerai berdekatan dengan Plaza Idaman,Gombak.Nasib dia duduk dekat je di Selayang,jadi senanglah irda nak jumpa dia.Pagi tu irda makan nasi lemak dan roti canai kosong sambil menghirup teh tarik hangat di kedai.Udara pagi begitu dingin kerana cuaca mendung bagaikan nak hujan.Nikmatnya suasana pagi...
Dia pun datang dengan girlfriend cantik dan ceria je tengok wajah girfriend dia.Suka tengok budak-budak muda yang mudah dilentur mengenai kewangan,jadi girlfriend dia pun happy bila nampak kesungguhan si teman lelaki untuk merancang kehidupan mereka.
Dan Irda?Jadi orang tengah yang bertanggungjawab mengurus, dan memproses ASB Loan adik ni rasa bertanggungjawab untuk adik ni,jadi apa-apa irda cakap contact atau wassap je,insyaALLAH apa-apa diperlukan Irda akan jawab.
Irda bukanlah sales person yang lepas close deal babai client..tetapi insyALLAH relationship akan terjaga sampai bila-bila,sebab bagi IRDA ini bukan sahaja sebab marketing tetapi adalah berbuat baik pada semua orang itu amat dituntut dalam agama.
Appreciate your time reading this entry.
bagusnya adik tu muda muda dah pandai urus duit. good job. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 146
ReplyDeleteSalam sis,
ReplyDeletenak tanya. boleh ke kalau contoh kita buat loan ASB 30k (5 tahun). Selapas setahun, saya nak buat loan ASB lagi 50k (8 tahun).
Boleh ke saya buat dua loan berbeza?
Post a Comment
Thank you,come again :)