Menggunakan khidmat supir dari Irda,percutian sis Emma dari KL..amat bermakna sekali.Apatah lagi,1 august jatuh pada birthday Sis Emma..Kami sediakan kejutan percuma untuk sis Emma..alhamdulilah teruja benar nampaknya.Syukur bila client happy...we celebrate her birthday.


Mereka hanya berdua jalan-jalan di Padang Bukit Tinggi,banyak tempat shopping yang mereka singgah.Dari kedai kain sulaman,telekung,kedai silver dan pelbagai kedai lagi.Rasa nak tergelak irda bila diorang share"i totally broke irda ,tak tahu sini banyak sulaman'..

Haaa bagi kaum hawa yang ke Padang,ini adalah syurga bagi anda untuk shopping .Banyak sangat kain-kain yang berkualiti dengan harga yang amat berpatutan,hari sehari untuk shopping tak cukup,pasti rasa nak repeat lagi.Letakkan satu budjet untuk anda shopping sahaja tau,jangan lupa,,haa jika tidak takut terlajak berbelanja sampai habis duit semua.





Ada satu kedai silver yang anda boleh tempah cincin,rantai atau pun gelang silver yang sangat halus hasil kerjanya.Anda boleh request ikut design yang anda inginkan.Ada client irda bagitahu:

'Di Malaysia akak beli cincin silver mesti gatal-gatal lepas pakai silver tu,macam tak sesuai dan alergic dengan silver,yang ni akak beli cincin silver masa di Padang,cantik sangat dan tak gatal-gatal pun tangan akak:.."

Wahhh gitu ya kak,mungkin campuran silver yang digunakan tak sama kot.



Amacam cantik kan?seni hasil kerja tangan yang sangat halus .haa kalau ada nak tempah nama anak ke,nama sang kekasih ke,rasanya kedai ni adalah pilihan yang tepat.Selalunya kalau datang pagi-pagi,petang tempahan sudah pun siap.

Hebat kan diorang ni bekerja..sebab diorang kat sana memang mengutamakan pelanggan.Janji siap itu hari,mereka akan siapkan.


Lagipun banyak kedai-kedai diorang ni memang jadi kunjungan khas para pelancong.Yang paling best kebanyakkan kedai ni hanya berdekatan dengan rumah atau sawah padi.Lain dari yang lain tau...

Mananya kita tak teruja shopping sakan disana?kalau boleh swipe..mesti kita hulur dah kad besi kita kan..sorry irda panggil credit card kad besi..hahaha.

Ini baru cerita bab kerja tangan,belum lagi cerita kain sulaman..fuhh sampai esok pun tak habis entry ni ditaip tau.Apa-apun,cerita sahaja tak best.apa kata anda berkunjung ke Padang,bawa keluarga atau kawan-kawan...jangan pening-pening sangat..selebihnya irda uruskan accomodation anda disana.

Gerenti puas hati..InsyaALLAH...



Appreciate your time reading this entry.

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. wah cantik cantik beul design custom made rantai tu. nak pergi tapi tu lah jauh

    ReplyDelete
  2. wow boleh custom made tu menarik.. kita je ada yang macam tu heheh.. takpenah ada pngalaman nyopping di sana tapi kawan2 penah share.. lubuk labur duit =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post