Lama sungguh rasanya tak jumpa kawan lama ni,walaupun sebenarnya dia adalah FB friend irda juga,tapi hakikatnya sungguh irda tak ingat dia ni kelas mana,sebab dulu memang tak kenal sangat kelas ke dua atau ke tiga ke..heheh,amboii irda berlagak nya..tapi sebab dia ni kwn di Fb juga,tahulah sedikit sebanyak perkembanngannya.



Satu hari tu nampak status dia register kelas di British Council.Hati ni tergerak lah nak bertanya tentang course tersebut.Kawan yang ni bekerja di JB dan pernah bekerja di luar negara,nak tambah ilmu berbahasa Inggeris lagi?wahh irda yang tak berapa fasih lagi kelaut takkan tak nak tambah nilai diri kan?Jadi bila kawan ada information,cepat-cepatlah irda tanya total course fees,kelas kat mana dan berapa lama kelas.Ada ujian apa-apa tak sebelum boleh daftar di British Council.

So tahulah irda sedikit sebanyak.Plannya maybe nak daftar untuk diri sendiri atau nak daftarkan anak nanti.Bukankah ilmu itu wajib dicari sehingga liang lahad?Alang-alang english irda pun berterabur..haa inilah masanya nak ambil kelas apa-apa kan..walaupun sebenarnya tak tahu nak daftar bila..hehe,ada hati nak ambil  tahu pun dah cukup baguih dah kan?

Jadi dari pertanyaan tentang english kelas,irda pun tanyalah dia kerja dimana,,wahh hebat kawan aku ni bisik di hati,mesti income pun tak belas-belas ribu cecah puluhan ribu..memang pun ,tak sangka irda bagaikan ahli nujum pak belalang.Bila tanya tentang ASB..Kawan irda ni langsung tak ambil tahu pun selama ni tentang ASB .Dia banyak salurkan duit pada property.Bagus juga tu,tapi sayang juga as Bumiputra tak penuhkan ASB LOAN kan..Apalagi irda pun explain dan curahkan segala ilmu di dada ..dari perbualan di FB messenger irda beralih ke wassap,alhamdulilah sehari lepas tu kawan irda sudi nak apply terus maximum..Alhamdulilah..bukan sahaja rezeki irda tetapi dapat bantu kawan lama menyimpan bulanan ke dalam akaun ASB pun dah seronok sangat.

Allah juga mempermudahkan kerja irda.Ngam-ngam untuk buat submission,dia pun kena turun Kl.Jadi senanglah urusan signing dan cop jari semua kan.Tak perlulah irda jumpa dia di Johor .Alhamdulilah..mudah sangat,loan dia pun dah lulus.

Pertemuan diatur di Zon Hotel Klcc.Irda mula-mula tak tahu kat mana hotel ni.Macam pelik je namanya.Rupanya as petronas staff dapat staff rate tau hotel ni.Hotel ni berdekatan dengan menara Atlan Jalan Ampang tu.Punyalah selalu lalu situ,boleh tak tahu kewujudan hotel ni.Haa nasib maps google sangat membantu kerja Irda.

Pagi-pagi lagi irda dah text dia,maybe sampai dalam 9.30 pagi macam tu dalam wassap irda tulis macam tu.Dia yang baru sampai dari JB semalam agaknya mesti baru bangun tidur bila irda text dalam pukul 7am macam tu.Lagipun malam sebelum tu Jalan Ampang memang sangat jammed disebabkan kes bas Rapid KL yang lari dari abang burger tu.Malam tu juga dia baru sampai dari JB.Apalagi,terperangkap dalam jammed lah kan.

Sorrylah sahabat..pagi-pagi dah kejut hang...Lepas urusan signing di lobby Zon hotel,dapatlah berborak sekejap,tak lama pun..sebab irda bergegas nak balik sebab ada hal lain nak diuruskan.Tak sempat nak borak panjang sangat ..apa-apapun terima kasih sebab semuanya berjalan lancar.haaa..betul tau pagi-pagi bergerak keluar rumah tu adalah jalan-jalan pintu rezeki.



Tips dipermudahkan urusan hari ini:

Dalam dhuha ada sebut"jika sukar permudahkanlah..jika jauh dekatkanlah"

sales person,socialentrepreneur or sesiapa sahaja..mohonlah setiap hari padaNYA untuk dipermudahkan dalam urusan harian dan percayalah..jika ia rezeki kita walaupun ia didasar laut yang dalam pun akan mudah kita mengailnya...kerana ia memang akan jadi milik kita.

Tetapi seandainya dia bukan milik kita..dah masuk mulut pun boleh keluar semula.

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post