Sebenarnya tak mudah untuk suruh orang buat simpanan ASB ni,sebab kebanyakkan daripada kita lebih suka buat personal loan.Mungkin sebab dapat duit cash tetapi bahananya terasa kalau kita tak bayar dan interest yang tinggi.
Bayangkan kalau kita pinjam RM5000 pun,contohnya bayaran
sebulan RM184 kita buat bayaran selama 5 tahun,total kalau dikira-kira balik
kita membayar pada bank lebih dari RM10,000.Tetapi bagi orang yang
terdesak,mereka tidak berfikir panjang untuk membuat pinjaman.Walaupun sudah
bekerja puluhan tahun,sedikit simpanan pun tidak ada,Aduhai kesiannya..dimanakah
silapnya?
Cuba kalau anda menyimpan dalam ASB sebanyak RM150 sebulan
pun,jika tak buat ASB loan pun dalam 5 tahun sudah berapa?tak masuk dividend
pun sudah RM9000.00 itu kalau buat simpanan sendiri.Kalau buat ASB LOAN ? Lagi
banyak dapatkan..Tetapi mentaliti menyimpan ini malangnya tak semua orang
ada.Bagi kita,semua serba tidak cukup.semua serba mahal,belanja mahal,gaji
kecik..hemmm…kalau gaji kecik cuba
paksa diri RM100 sebulan pun jadi la..
Banyak sebenarnya cara kita menjimatkan wang
perbelanjaan.Cuma samaada kita sanggup atau tidak sahaja.Teringat di awal zaman
pekerjaan,masa tu irda bekerja dan belajar pada masa yang sama.Gaji pun
tidaklah besar mana,dalam RM 550 mcm tu,tetapi dari 550 tu irda boleh kumpul
untuk bayar kolej fees dan bagi mak sikit.
Caranya?Bawa bekal pergi kerja,amik cara transport paling murah dan tidak berbelanja suka hati.Dulu kalau nak dressing up to date sikit,suka beli seluar dan kemeja di COMMA brand di ampang park tu,baju nya cantik dan murah..Jadi walaupun berjimat,appearance tetap kena jaga kan.Masih mampu bagi mak dan buat simpanan sikit..Bagi irda ,biar susah walau macam manapun ,mesti kena ada simpanan setiap bulan.

Lepas tu bila hujung tahun buat evaluation simpanan untuk
tahun tu.Baru rasa nikmatnya bekerja dan kita tahu kemana pergi duit kita selama kita bekerja.Ini
tidak,cukup bulan duit habis.Takkan semua gaji kita berakhir dengan semuanya kita flush
dalam toilet ?At least kita ada satu aim apa yang kita nak capai dengan kerja
yang kita lakukan.Jadi bila kita dapat capai disitu kita rasa semangat untuk bekerja setiap hari.
Contohnya hujung tahun aim nak Mac Book atau hujung tahun nak travel,atau nak beli apa-apa yang boleh dirasai boleh digunakan lama dan ada sentimental value.Jadi bila semua tu ada dan tercapai baru kita terus bersemangat untuk bekerja tahun berikutnya,.
Kita akan jadi mudah down,kita rasa kerja kita ni tak best,rasa nak MC atau EL,sebab kita selalu rasa gaji kita tak mendatangkan apa-apa,cukup bulan makan bulan macam tu juga..tapi fikir balik,pendatang yang kerjanya di bawah terik mentari tu pun tetap semangat bekerja sebab dia tahu dengan kerja tu dia boleh simpan duit,hantar ke kampung dan mereka ada impian untuk buat rumah,beli kenderaan dan sebagainya.
Ada pula orang kata,dia boleh lah menyimpan gaji besar,atau dia ada business partime.Tak jugak,kadang-kadang besar pendapatan besarlah kualinya.Sifat menyimpan ni bukan bergantung pada jumlah pendapatan tetapi pada diri individu tu juga.Kalau gaji besar jenis boros pun tak menjadi juga,.Kalau pandai berbusiness tetapi tak pandai mengurus kewangan pun tak jadi juga.Ia berbalik pada individu tu juga.MAYBE ramai yang pandai cari duit,tetapi ingat tak ramai yang pandai mengurus duit.

Jadi disini irda bagi tips untuk korang mulakan menyimpan
walaupun sikit.:
1.Buat asb loan kalau jenis yang bukan disiplin menyimpan.Bila dengan ASB LOAN ni korang akan jadi paksa rela untuk menyimpan.
2.Simpan dalam akaun yang takde kemudahan ATM CARD.Contoh tabung haji dan ASB.Sekarang ni kebanyakkan bank bagi atm card tak bagi buku macam paper less gitu,actually i dont like it!HAHAH..nasib masih ada akaun yang dulu buka ada buku dan takde atm card..
so irda akan cerakinkan akaun:
1.maybank buku sahaja-untuk emergency anak
2.cimb buku sahaja-untuk emergecny mak ayah
3.tabung haji anak-untuk yuran pendidikan atau memang untuk pergi haji
4.tabung haji mak ayah and me-potongan gaji tiap bulan dalam akaun tu.
UPDATE SEKALI SETAHUN je tengok berapa baki terkini.
3,Buat potongan gaji jika ingin menyimpan dalam ASB atau
tabung haji.
4.Simpan dulu baru belanja.Yang ni payah kan?Tapi cubalah..bila dah cuba dan terbiasa
baru kita akan rasa feelnya.Contohnya bila dah dapat gaji,asingkan yang wajib
dulu,contoh bil atau apa-apa bayaran yang wajib,lepas tu letak untuk budjet
sebulan belanja makan dan transport.Lepas tu mesti ada sikit balance lagi untuk
kita berfoya-foya kan>??HEHEH…haa yang ni amik 50% SIMPAN dulu.Gunakanlan
duit yang untuk enjoy ni bila dah dekat-dekat nak gaji bulan depannya pula.
Example:gaji 25.ha 22-24 tu baru kita guna duit balance 50%
dari budget berfoya-foya tu ya utk beli bende-bende lain yang tak berapa nak
penting seperti tudung baru ke,perfume ke,gincu ke.bedak ke dan blabla…mcm tulah
pusingan seterusnya.
Amacam boleh buat tak?cuba lah..memanglah orang cakap
duit tak boleh bawa mati,jangan kedekut sangat,hidup harus dinikmati.
Tapi alhamdulilah dengan menyimpan lah sebenarnya apa yang
irda nak sekarang ni irda dapat tanpa bebanan hutang.Bila tak berhutang,kerja
apa pun kita lakukan walaupun pendapatan nya kecil kita tetap rasa happy,sebab
tak perlu nak bayar apa-apa lagi pada orang lain.all mine gitu..:)
Sebab tu orang cakap"FREEDOM IS KEY OF HAPPINESS".Freedom for me adalah bebas kewangan.
Bebas kewangan ni bukan sahaja bermaksud duit yang sentiasa ada,tetapi kurang berhutang dan lebihkan simpanan juga adalah salah satu kebebasan minda yang membahagiakan tau sebenarnya.

Appreciate your time reading this entry.
thanks for the tips sangat berguna especially dekat anak muda macam saya yang baru nak belajar simpan duit
ReplyDeletewelcome dear
DeleteSetuju....sangat menginspirasi...bak kata baba kak PC...tak apalah makan telur mata nasi dan kicap...ada tabung sikit-sikit asal tak ada hutang....tidur lena..bangun pagi boleh senyum...hehehehe...motivasi mak2 dan bapak2 nak galak anak menyimpan...
ReplyDeletebetul kak,orang dulu-lagi hebat disiplin menyimpan ni kak
DeleteMESTI SIMPAN IKUTKEMAMPUAN SNG NK GUNAKN KALA TERDESAK
ReplyDeleteya kak...sikit-sikit lama jadi bukit
DeletePost a Comment
Thank you,come again :)