Tips followup customer..ini boleh diguna pakai oleh sales person,ejen atau sesiapa sahaja yang kerjanya menjual produk mahupun perkhidmatan.Tips followup customer ni Irda dapat masa training dengan Dr.Reza di Royal Chulan tempoh hari.Perkongsian pertama irda pernah coretkan dalam entry ini:
[Tips untuk menjadikan hari lebih produktif]
Hari ini irda nak share topic yang berbeza untuk training yang sama pula iaitu Tips followup customer.
Siapa kat sini pembaca blog yang buat sales?selalunya lepas kita jumpa client atau bakal customer,kalau terus sign up atau beli produk kita memang rasa seronok,tetapi ada juga yang akan kata
"nanti saya fikir dulu",atau "nanti saya tanya husband dulu","tanya isteri dulu".
Selalunya banker macam irda yang jual produk bank memang akan menghadapi situasi begini.Macam irda,selalu sangat dah jumpa prospect yang ambil masa lama untuk katakan yes! or no!.
Jadi apa yang korang akan buat ye kalau customer kita yang kita followup,kadang-kadang bila kita call tak angkat atau pun bila wassap dia bagi blue tick sahaja?kadang-kadang online tetapi tak nak balas pun.Customer pun satu,kesian tau sales person.Kalau tak berminat balas sahaja,"maaf saya tak jadi ambil atau beli produk anda".Mudahkan? Orang yang menjual ni pun cari makan,bila dah tahu jawapan anda mereka pun tidak lah lagi membuang masa untuk followup anda.Permudahkan urusan orang,Allah akan permudahkan urusan anda.
Tetapi ada juga jenis sales peson terlebih gigih dan rajin.Bahasa utara ketegaq/degil,bila orang dah kata dah tak berminat,korang pun move on lah,cari customer lain,tak perlulah share lagi atau compare lagi benefit apa-apa or double counter offer lagi.Korang jangan buat customer menyampah dan sampai block korang.Better dont ok,,be professional,mungkin hati customer tu tak tergerak lagi nak membeli masa tu,so move on ok!
Jadi Dr REZA share tips follow up customer
1-4-4-7
Haaa..apa punya nombor tu?nombor ekor ka?hehehe...
ok macam ni,korang jumpa customer hari isnin contohnya..dia belum bagi kata putus,hari jumaat tanya lagi via wassap,kemudian sambung hari selasa,kemudian selasa depan lagi sekali,so lebih kurang follow up dalam 3 minggu macam tu
Monday-Friday-Tuesday-Tuesday
Seandainya dalam 3 minggu korang followup tu,wassap korang hanya dapat bluetick sahaja,atau call tak berangkat.No respond!
Korang boleh hantar message last agar customer tu rasa guilty.Selalunya orang yang berakal mereka akan faham dan rasa bersalah.Ye lah mr customer pun,kalau tak nak beli cakap je lah tak berminat kan,ini biar sales person tu terhegeh-hegeh followup,orang cari makan kan,permudahkanlah urusan orang tu.
suatu masa dunia ni berpusing,Allah letak awak berada dalam keadaan dia macam mana awak rasa?
After followup no respond.hantar message terakhir,boleh tulis macam ni
"Mr customer,I want you confirm ,u still interested with our product?because to be honest,I feel so bad to disturb you every time".
Jika message terakhir ini tidak juga berbalas,abaikan sahaja dan boleh delete nombornya dalam listing prospect anda,Kerana ini bukan prospect tetapi suspect yang hanya membuang masa anda.Move on dan cari lah prospect lain .
Sebagai sales person yang professional,anda harus
cool,confident dan calm.Jangan nampak sangat anda terlalu gelojoh,walaupun sebenarnya kita memang "gelojoh" nak cari sales hehehe,tetapi kita juga harus ada etika dan professionalisma ya.
Ingat selalunya,customer dont give business to desperate salesperson.
Takkan hari-hari nak message customer"Hi sir..any good news for me?"Hari-hari nak tanya macam ni,Irda pun menyampah dan akan block anda.Bagi masa,dan followup lah ikut nombor ajaib diatas.
Followup secara polite dan humble.biar customer rasa dihargai dan bersalah bila membiarkan anda terkontang kanting tanpa jawapan.Tetapi jangan silap,anda akan jumpa customer macam ni juga sebenarnya dalam aktiviti anda,selalunya orang macam ni kurang sensitiviti.Jangan sedih dan kecewa ya..
Irda bawa satu situasi,apa perasaan anda,jika terpaksa pilih antara 2 orang yang berbeza untuk produk atau facility yang sama,yang sorang kenalan lama,yang sorang tu sales person baru anda kenal tetapi telah mencuba sedaya upaya untuk berikan servis terbaik dan memenuhi standard piawaian anda.
Bila mana dia yang selalu gigih followoup,dan paling rajin update anda,terpaksa anda tolak produknya kerana menghargai kenalan lama,pasti anda juga terasa bersalah kan untuk menolak?.Tetapi anda terpaksa menolak servisnya juga kerana janji anda pada kenalan lama yang jual package yang sama.Agak berat sebenarnya menyatakan pada sales person tersebut anda sudah buat pilihan apalagi si penjual ini cukup bagus servisnya dan cara followupnya.Pasti anda rasa guilty untuk menolaknya..apalagi apabila last sentence message anda di balas begini
"Dear sir/madam,dont feel bad about it even just one second,I'm just proud to received the opportunity to serve you.Thank you"
Hebatkan ayat akhir ni,walaupun dia tidak dipilih ,tetapi masih mampu membalas dengan begitu professional dan berhikmah...semakin menebal lah rasa bersalah anda.
Inilah yang terjadi pada Dr Reza dengan seorang BANKER .Akhirnya walaupun dia reject untuk pertama kali apply housing loan dengan sales person tersebut..6 bulan kemudian,sales person tu tetap dapat business lagi besar dari dr Reza.Ia bukan hanya housing loan tetapi shop lot yang nilainya lebih besar.Ini kerana Dr Reza tidak dapat melupakan ayat terakhir sales person itu yang mengundang rasa bersalahnya.
Nah,...hebatkan?Jadi pengajaran kita disini,walaupun orang tu tak jadi amik produk kita,kita tak usah marah-marah,tak usah melenting dan mengungkit susah payah yang telah kita lakukan untuknya.Balas sahaja baik-baik,insyaALLAH pasti akan ada yang baik datang,samaada dari orang yang sama atau orang lain..Hanya waktu yang bisa menentukannya..
Ok sales person semua,kita bukan sahaja harus produktif,tetapi kita juga sentiasa harus positif..insyaALLAH more business will come.
Follow up client anda dengan baik,biarkan mereka memilih,tanggungjawab anda hanya berkongsi bukan memaksa,tetap untuk memilih anda hanya mereka yang boleh menentukannya.Jika anda sudah berikan yang terbaik.Allah JUGA TIDAK kejam pada hambanya yang gigih berusaha,pasti lambat laun akan ada jawapannya..ok?
Ok daaa....
Appreciate your time reading this entry.
Sedayanya cuba wujudkan situasi menang-menang...sama-sama menjaga dengan pehuh hemah dan hikmah...
ReplyDeletebetul tu kak
DeleteBab2 nak pengaruh orang ni yang tak pandai.
ReplyDeleteTerpengaruh, adalah.
hehe...jgnlah bgitu wp
Deletesaya pun kadang2 buat senyap jg sbb bila jwb, dia offer yg lain..tanya reasons..
ReplyDeleteok, will be more considerate in the future..
heehe...tu ketegaq namanya kak
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)