Alhamdulilah,9 bulan lamanya untuk Irda tunggu waktu yang sesuai untuk berkongsi entry ini secara public.Lusa,genap usia satu bulan anak ke dua irda.Hadiah dari ALLAH yang terbalut indah, kini sudah terbuka dan tiba masanya irda berkongsi pada anda semua.Kenapa irda tak kongsi secara umum dari awal?sebab pengalaman ectopic pregnancy dan keupayaan dengan hanya ada satu tiub fallopio bagaikan mimpi ngeri untuk diingat kembali.


Jadi biarlah sang buah hati lahir dulu,baru irda share secara umum.
Tujuan irda berkongsi,moga ada ibu yang dalam dilema sama macam irda jadikan ia sebuah cerita sebagai sandaran atau jika ada yang sedang TTC(trying to conceive) sebagai pengalaman kita bersama..Perkongsian ini juga bagaikan sebuah diari untuk anak-anak Irda dewasa kelak.

arghh dulu satu harkat,anak- sahaja..sekarang lebih panjang harkat nya anak-anak,itu juga satu bukti usiaku juga makin bertambah.


 Mempunyai anak adalah impian semua wanita yang bergelar isteri.
Namun ada wanita yang bernasib baik ada juga yang tidak.Buktinya ada juga saudara irda sudah belasan tahun berumah tangga tidak dikurniakan anak.Malah penyanyi tersohor Malaysia Dato Seri Siti Nurhaliza juga telah melakukan IVF sampai 5 kali untuk mendapatkan Siti Aafiyah.Itu bukti berkahwin tidak semestinya hukumnya beranak.Sebab ia bergantung pada ALLAH yang mahu memberi atau tidak.

Begitu juga Irda,anak pertama yang berusia 10 tahun yang sangat manja,sampai sekarang pun tak boleh tidur sendiri,makan pun bersuap lagi,manja sebab dia sorang yang ditimang-timang.Setiap kali pergi mana-mana orang akan tanya bila nak tambah lagi?tak payahlah makan itu ini untuk merancang family..amboii...bila masa pula aku makan pil perancang?suka hati je membawang!

Keinginan untuk menambah anak,sejak Alya sudah masuk sekolah tadika lagi.Allah pernah beri sekejap kegembiraan itu,tapi akhirnya ALLAH tarik kembali nikmat gembira itu.Pengalaman ectopic pregnancy dan pengalaman pembedahan belum irda sempat ceritakan di blog.Tetapi itulah saat yang mendukakan.Air mata ini pernah tumpah saat terpaksa melepaskan janin dalam kandungan.Takut kalau dibiarkan ia membesar ia akan membawa maut pada Irda waktu itu. 

Selepas pembedahan tu,dengan satu tiub fallopio Irda berfikir dan sering bermonolog dalam diri  mudahkah untuk irda mengandung lagi?.Ceteknya pengetahuan ditambah kurangnya keyakinan,buat diri ini sentiasa was-was dan berprasangka pada ALLAH.

Niat menambah anak,apalagi anak lelaki juga semakin kuat bila mak teringin sangat nak cucu lelaki.Dulu pun anak pertama semua mendoakan anak lelaki.Tetapi Allah lebih mengetahui kenapa Dia memberikan perempuan.Ada lah hikmahnya..asalkan sihat dan cukup sifat,alhamdulilah.

Niat menambah anak juga semakin membuak-buak apalagi umur sudah melebihi 3 siri,takkan seorang anak perempuan sahaja?nanti nak wariskan harta kat siapa ?(walaupun harta secupak,tanah sekankang kera.. tak banyak mana tetap berfikir panjang),anak perempuan ni kalau besar sudah dibawah suaminya..kalau ada anak lelaki nanti bila tua boleh pimpin tangan mak dia yang kerepot masa tu pergi klinik ka,bawak jalan-jalan kat taman ka,atau suapkan makan minum ka...haaa jauh fikir tau.


Terngiang pertanyaan seorang nurse di wad nicu  tempoh hari"Ibu ..lamanya nak dapat second child?kali ni ibu buat IVF ke atau semula jadi?sebelum ni ibu memang tak nak anak ke?,saya dah 5 tahun kahwin,sampai sekarang belum ada baby juga,asyik jaga baby orang je di wad ni".

kesian pula dengar luahan hatinya.

Nurse yang bernama Shima tu nampak lembut,baik dan ikhlas dalam kerjanya...nanti next entry Irda cerita kenapa sampai ke NICU baby Irda..Ada juga readers merangkap travel client Irda yang bertanya soalan yang sama,walaupun tak pernah jumpa,dia peramah irda pun ramah,dia booking travel ke padang bukit tinggi dan honeymoon kali ke 3 yang juga belum dikurniakan anak.Kami berbual perihal anak juga di wassap dan macam mana ttc irda.Walaupun tak pernah jumpa.irda share juga apa yang irda buat.

Sebenarnya tiada rahsia sangat pun .Irda Tidak buat IVF,tidak pula buat apa-apa treatment lain.Memang waktunya ALLAH bagi,ALLAH memang akan bagi.

Cuma ada beberapa usaha kecil yang irda lakukan untuk memiliki sibuah hati.Takkan hari-hari nak cakap ngan suami,"please mengandungkan i.please...please i nak mengandung"haaa yang tu takdelah buat...huhu...

TTC JOURNEY Irda share buat anda pembaca.Sebelum apa-apa,ingat irda hanya berkongsi bukanlah nak rasa diri ni bagus.tetapi sekedar sebuah perkongsian .Irda bukanlah manusia yang maksum dari dosa..irda juga adalah pendosa...tetapi percayalah,apa jua hal di dunia ini,mintalah pada ALLAH,nescaya tangan yang menadah takkan pernah disia-siakanNYA.


 
1.Pertama-Tahajud 3 malam berturut-turut.Jika dulu irda tahajud hanyalah untuk minta kunci rezeki,kebaikan dalam kerjaya mahupun hubungan dengan manusia.Sebelum pregnant tu,3  malam tu irda spesifikkan doa,minta betul-betul untuk nak anak..Mengadu segala-galanya pada ALLAH.Minta apa yang terbaik untuk kita.Dan nyatakan juga keinginan kita dengan jelas.

Doa irda:

"Allah,jika mempunyai anak lagi itu baik untuk aku,kurniakanlah ya ALLAH.Lelaki atau perempuan,Kau yang maha mengetahuinya.Kurniakanlah ya ALLAH jika ia baik untuk aku dan keluargaku,berikanlah aku zuriat lagi.Kau maha mengetahui masa depanku,keinginan ku.Jika keinginanku ini baik untuk ku,Kau lah yang menentukannya"

Ingat setiap permintaan harus disandarkan dengan ibadah.Kenapa kita nak tambah anak?Contohnya kita nak anak kerana kita ingin menjadi isteri yang baik atau ingin menjadi anak yang baik.Ibu yang baik untuk mendidik amanah ALLAH.Nak anak lagi untuk hari tua kita kelak ada yang menjaga,hantar kita pergi masjid ka,atau bila kita tak larat berwudhuk ada orang boleh tolongkan.Pewaris legasi kita.Setiap apa yang kita minta harus dikaitkan dengan kebaikan ibadah untuk kita.Bukan kita cakap nak tambah anak sebab nak tutup mulut orang bila nak ada anak lagi.Bukan nak tunjuk kat orang kita ni sebenarnya sihat dan subur.Tidak..tetapi mintalah untuk kebaikan ibadah kita lagi.Mendekatkan kita lagi padaNYA.bukan sebab orang lain ada anak ramai,aku pun nak juga.Atau dia tu baru kahwin dah anak 2 dah,aku bila lagi ni?Niat yang salah tu..

2.Irda juga amalkan makan habbatussauda di pagi hari.Tetapi on off lah,tiadalah hari-hari.Pagi-pagi lepas subuh,sebelum keluar pergi mana-mana.Ambil 7 biji habbatussauda minum atau kunyah begitu sahaja.

3.Susu Lazz susu kambing pemberian adik ipar juga irda minum.Tetapi itu bukanlah minum terbukti hamil.Hanya kita ni kan berusaha.Taklah minum selalu..kadang 1 bulan sekali baru minum gitu-gitu je.



4.Banyakkan sedekah dan buat baik dengan semua orang.Ya,bila kita buat baik,kita sebenarnya tidak boleh minta balasan takut ikhlasnya lari.Tetapi tak salah kalau kita berbisik dalam hati"Ya ALLAH,andainya apa yang aku bantu tadi elok untuk orang itu,tolonglah ya ALLAH tunaikan pula impian aku.,aku akan cuba menggembirakan orang lain/membantu orang lain,dan padaMU juga aku mohon ehsan dan bantuanMu"Ikhlas samada diri kita atau orang lain,terlalu sukar untuk dinilai.Ia ibarat semut hitam diatas batu yang hitam.biarlah ALLAH je yang tahu.Tetapi bagi Irda,tak salah pun bila kita buat baik,kita minta ALLAH tunaikan impian kita.Sebab tu lagi banyak kita buat baik,lagi banyaklah kita meminta pada NYA.

5.Selalu sentuh perut kawan yang mengandung.Contohnya ,ada seorang adik tu baru kahwin dan mengandung.Irda selalu usap-usap perut dia.Kadang-kadang lagakan perut sendiri dengan perut dia.Kadang-kadang belikan buah untuk dia dan pernah satu hari irda cakap sambil pegang perut dia"Doakan akak mengandung macam awak juga ya"tup tup 3 bulan lepas tu memang irda "termengandung".Betul kadang-kadang mengandung ni boleh berjangkit,selalulah buat baik dengan mak buyung yang dekat dengan awak ya.

Jadi ttc journey ni takdelah yang susah dan costing pun Irda buat.Tak pergi berurut pun macam kawan irda suruh.Atau buat ivf ke apa.cuma mintak dan mintak..kadang-kadang minta waktu solat,kadang-kadang time hujan duduk pun mintak.Kadang-kadang sedang basuh pinggan kat dapur pun mintak dalam hati...kadang-kadang dalam train yang penuh dengan umat manusia pun,duduk diam-diam mintak lagi.dimana-mana minta je kat ALLAH..dalam lisan mahupun hati..ALLAH AKAN SENTIASA MENDENGAR PERMINTAAN KITA...permintaan yang baik harus disertakan dengan niat yang baik dan banyakkan berbuat baik dengan orang lain.Permudahkan urusan orang lain,orang lain juga akan mendoakan kita.

itu sahaja rahsianya..


First masa up satu gambar ni di FB,ada beberapa orang sahabat Pm IRDA.
"Semakin berisi,ada isi ke"?Masa ni irda memang tak tahu yang irda pregnant.Lagipun period day belum lepas lagi.Mungkin juga masin mulut diorang ni.

Masa gambar ni jumpa kawan irda dari JB ni untuk discuss tentang macam mana main saham USSTOCK melalui financial.org.Dia pun baru resign dari CIMB.Kami pun ada plan nak trip sama-sama ke Pulau Sabang,Acheh.Ticket semua dah beli.Rancangannya nak ke Pulau Sabang untuk review supir  disana untuk tujuan kolaborasi dan juga nak snorkeling di pulau sabang.Perancangan kitakan tak sehebat perancangan ALLAH.

Semua trip plan irda terpaksa batalkan bila tahu irda pregnant lepas tu,.Bila lepas 3 hari je lewat period.Hati dah berdebar-debar sangat.Adakah kali ini doa disambut ALLAH?Terus malam tu singgah farmasi .Ikutkan hati nak check malam tu juga.Lagipun period Irda memang regular,kitaran 28-30 hari.Tetapi sekarang dah lewat 3 hari.Allah// tak SABAR rasanya tunggu esok pagi..Tapi tunggu juga sampai esok hari.Sebab ada baca,paling bagus check UPT ni pagi-pagi air kencing yang pertama waktu pagi tu.


Esoknya,pukul 5am Irda terus terbangun.Terus ambil UPT,dan check..Alhamdulilah..2 line!Ya ALLAH rasa nak jerit jer waktu tu,Perasaan?nak nangis..nak teriak dan tak tahulah nak cakap apa.Selalunya apa yang irda rasa di hati memang akan kuat.Terus update husband.im pregnant!yeay..im successfull..im a winner!..Alhamdulilah..alhamdulilah....dan apabila dah tahu pregnant,terus jadi orang nak buncit cepat,.terus down dress,kali ni pregnancy irda akan jaga betul-betul dan tak semua orang pun tahu sampailah usia kandungan 7 bulan,sebab nervous nak update orang,sebab takut kali ni kehilangan lagi.Jalan slow-slow,pakai pun longgar-longgar,,takut mencederakan baby dalam perut je rasanya.Walaupun masih aktif sana sini dan ligat buat sales ,tetapi irda totally macam makcik-makcik..huhu senang cerita irda betul-betul bahagia dengan kandungan ni,jadi tak kisah dah kawan-kawan lelaki tegur "bambam ke,tak hot ke,tak make up ke..huhu"


Bahagia perempuan mengandung itu hanya ALLAH yang tahu,dan dia sebenarnya tak peduli dah bagaimana pandangan orang pada dirinya,yang penting dia nak anak dalam kandungan tu sihat walafiat..

Ok uols..next irda share pengalaman semasa mengandung yang ke dua ni dan cerita sedih lepas melahirkan baby ni ya.Tunggu next entry..lama-lama menaip waktu pantang ni kang mak bising pula..walaupun tak pantang sangat pun,makan semua bedal je..haa next entry irda cerita bab pantang pula,,tapi mak  bising kalau lama-lama depan laptop..dia ingat den sibuk buat kerja..

 Image may contain: Nur Rina, smiling, outdoor

 Aku pernah menerima "anugerah terindah",
tapi tidak lama.
Ia pergi meninggalkan dan hingga kini memberi kesan.
Walau sesaat tidak pernah dapat kulupakan.

Kali ini aku menerima hadiah dari Tuhan.Terbalut indah dalam rahim yang diciptakan.Hadiah dari sebuah kesabaran .10 tahun jarak yang telah ditetapkan.Selepas episod duka pernah kehilangan.

Setiap detak jantung dan gerakan.Bagaikan menari-menari dalam sentuhan.Setiap hari ku menghitung hari pertemuan.Tangisan pertama yang kunantikan,kini ia lena dalam rangkulan.


 Allah ambil sesuatu, untuk mendidik kita menjadi hamba-Nya yang ikhlas dalam menerima setiap ketetapanNya

Allah beri sesuatu, untuk mendidik kita menjadi hamba-Nya yang senantiasa bersyukur

Kerana yang terjadi dalam hidup kita, semuanya telah diatur oleh pemilik rencana paling sempurna
Allaah subhaanahu Wa Ta'ala



Karena itu,
Bersabarlah saat diberi ujian
Bersyukurlah ketika diberi kesenangan
Bahagia secukupnya, sedih seperlunya
Jangan sampai berlebihan
Kerana akhirnya kita semua ini akan pulang
pulang ke pangkuan yang menciptakan..

Kepada ibu-ibu yang sedang TTC saya doakan anda dikurniakan oleh ALLAH swt apa yang diiginkan.AAMIN..



11/10/2018
3.03pm
Taman Harmonis,
Appreciate your time reading this entry.

23 Comments

Thank you,come again :)

  1. Alhamdulillah, tahniah...anugerah terindah..didoakan ibu & baby sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah kak.syukur pd Allah..aamin..tq kak

      Delete
  2. Allahu...alhamdulillah...syukur dan tahniah untuk Irda sekeluarga..kak PC tumpang gembira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah kak..syukur pd Allah..terima kasih kak pc
      .

      Delete
  3. Alhamdulillah.. tahniah irda.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..syukur pd Allah..tq lea :)

      Delete
  4. Alhamdulillah, tahniah2x, akk tumpang gembira. Tapi irda tak bgtau bby apa, cuma bayang2 cam sebut bby boy, Alhamdulillah lengkap sepasang.
    Allah memberi bila tiba
    Waktunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah2..syukur pd Allah ..yup kak..baby boy..hehe..yup spsg dah..moga anak ini sihat dan membesar dgn sempurna..aamin

      Delete
  5. Alhamdulillah tahniah irda & keluarga.

    Being a ttc-ian for 5 years, I know how does it feels. And can relate to it. Yang paling sis setuju, minta dan minta dgn Allah tak kira masa/tempat (yg elok) asalkan terlintas keinginan tu, terus berdoa.

    Take care irda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima.kasih puan hazel..Alhamdulila syukur pd Allah..betultu puan,mintw dimana2 sahaja ..Allah maha mendengar

      Delete
  6. Alhamdulillah..rindu nya nak baca entry Irda. Akhirnya upload juga kan story pasal prgenancy yang ke2 ni. Tahniah Irda...sesungguhnya usaha Irda itu berbaloi dan doa Irda dimakbulkan tuhan. Rezeki masing2 kan Irda..yang pasti jangan putus harap dan bersangka baik dengan ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah.syukur.pd Allah.betul.tu.nany..sabar dalam.meminta..Allah maha.mendengar permintaan kita..hehe doakan irda jadi ibu yg baik macam nany juga ya
      .admire ur story with kids..and anak2bijak mcm anak nany

      Delete
  7. Asalam wanita yag dah berkahwin memang mahukan zuriat..tahniah puan jaginya sedari kandungan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam tuan..terima kasih tuan..

      Delete
  8. Alhamdulillah. Tahniah. Anugerah terindah hanya datang dari Allah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah..betul tu kakcik..syukur pd ALLAH

      Delete
  9. Asalam terima kasih singgah di blog saya ya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.
    Tahniah!

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah tahniah..

    singgah n follow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  12. Amiin ya rabbal alamin. terima kasih irda atas doa ayat terakhir entry ini. Doakan Rina dikurniakan zuriat soleh solehah amiinn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamin...moga Allah memakbulkannya..

      Delete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post