Assalammualaikum,

25 Nov,2018


Majlis aqiqah dan cukur jambul Rayyan Mikhael telah dibuat pada 4 november 2018 di Jeram,Kuala Selangor di rumah ibu mertua.

Mula-mula plannya nak buat di KL sahaja,tetapi macam lebih meriah buat di kampung ibu.Sebab in law memang ada persatuan marhaban,lagipun ibu mertua dan adik ipar-ipar semua excited buat di kampung.


Bertuahnya, my sis in law Benz orang paling sibuk dan banyak sponsor pada majlis tu.Kalau takde adik ipar merangkap cousin yang super kreatif ni,kak longnya kelam kabut juga.Yer lah nak buat kerja semua tergendala,sikit-sikit baby nangis,sikit-sikit baby nak digendong.Alhamdulilah ada adik ipar yang sangat membantu.Paling dihargai mak mertua yang stay sampai pagi masak menu lauk kenduri.Terima kasih ibu..
 

Masa majlis tu memang request nak ada mini pelamin untuk Mikhael ambil gambar semua.Nasib ada kenalan di Kuala Selangor memang buat business pelamin berendoi ni.Harganya juga lebih murah berbanding sewa pelamin berendoi di KL.Sangat harga mampu dan budget...serius cakap..dan cantik pula tu.Tu pentingkan,harga budget,pelamin cantik..haaa...

mikhael diam je dalam ni.Kainnya lembut

susunan bunga yang cantik

Kalau di KL takkan dapat harga yang mereka tawarkan,dan pelaminnya walaupun simple tetap nampak menarik.Puas hati mama Mikhael ni.Yang penting pelamin mengerlip harga budget.Gitew yang dicari..hehe..Mak-mak untuk anak memang nak yang terbaik kan.


Mama pilih warna biru terquoise dan nak nampak macam baby boy letaklah bola dua ketul tu kan.Malam -malam lebih menarik sebab siap ada lampu buat naik seri bunga pelamin tu.Haa nama "RAYYAN MIKHAEL"yang diletak pada pelamin tu mama request,ikutkan takde.Walaupun mama over nak tambah itu ini,still dia caj harga biasa.Thank you tau.:)..mama mikhael memang macam ni..maafkan lah ye.



Sebab kampung owner ni dengan kampung ibu tak jauh mana,takdelah dia caj extra untuk pengangkutan.Kalau anda yang diluar Jeram,Kuala Selangor nak tempah boleh je .Just bayar extra duit minyaklah kan.Setakat RM30-RM50 EXTRA tu biasa lah,orang pun bukan isi kereta dengan air hujan.Kalau dia caj extra duit minyak pun still harga pelamin ni total extra caj masih murah tau.


Untuk nampak lebih clear,mama share dalam video ni ya.So kalau ada sesiapa nak buat majlis aqiqah anak dan cukur jambul,bolehlah booking pelamin berendoi ni juga.Ini fbnya untuk anda hubungi.





https://web.facebook.com/liza.azadi

buaian berendoi dshazaf www.wasap.my/601123358601

Next entry irda story lagi majlis aqiqah Rayyan Mikhael,mama nak simpan buat bacaan anak kelak.daaa..

Appreciate your time reading this entry.

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. Alhamdulillah..cantik mini pelaminnya..suka tengok.

    ReplyDelete
  2. ehehehe comel. siap ada footballs =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post